Wednesday, August 14, 2013

ISTERI KENA PUKUL DALAM LIF




Rakaman video seorang isteri dibelasah suaminya yang tersebar di laman Youtube sejak semalam kini sedang disiasat pihak polis. 

Rakaman berdurasi 2 minit 20 saat itu bukan sahaja memaparkan aksi seorang isteri dipukul bertubi-tubi oleh suaminya malah turut diterajang lelaki terbabit di hadapan dua anak mereka di dalam lif.

difahamkan, kejadian berlaku di lif sebuah hospital di Bandar Perda, Bukit Mertajam, kira-kira jam 4 petang, 12 Julai lalu.

Kejadian dikatakan berpunca akibat salah seorang anak mangsa enggan mengikut bapanya pulang.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis sudah menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun pada hari kejadian dan sedang memburu lelaki berkenaan.

Mazlan berkata, lelaki berusia 36 tahun itu adalah seorang penjawat awam dan bertugas di Jerantut, Pahang.

"Polis ke pejabatnya di Pahang pagi tadi, namun lelaki itu dimaklumkan tidak hadir bekerja.

"Tindakan suami itu keterlaluan kerana memukul isteri di hadapan anak yang baru berusia empat dan lima tahun," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam di pipi, bengkak kepala dan sakit di bahagian pergelangan tangan.

Mazlan berkata, polis sudah mendapatkan perintah perlindungan sementara (IPO) untuk menghentikan perbuatan suaminya dan memberi perlindungan kepada mangsa.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

sumber sinar

3 comments:

Anonymous said...

Ape punya jantan sial, camni ko layan bini ko yang da melahirkan 3 zuriat untuk ko. Dah macam xde otak pukul bini kat tempat awam pastu kat depan anak lagi. camne la anak2 ko nak respect kat ko kalo perangai ko cam sial cam ni. Jantan kalau kaki betina mmg perangai cam ni.... rasa cam nak sepak jer jantan ni....memamg babi sial haram jadah punya jantan .....

Anonymous said...

adoiii panasnyer aku tengok jantan ni, ape la perasaan anak2 dia.... kesian kat anak2 yang tengok perlakuan bapak yang cam binatang ni, cian bila tgk anak perempuan dia berlari 2 kali bagi kasut kat mak dia... jantan kalau perangai dah cam binatang takyah sebok la konon nak jaga anak.... pergi je la menyundal.....

Anonymous said...

yang ini lah DAYUS ...JANTAN SUNDAL.
Semuga cepat dapat tangkap..jgn dibiarkan berkeliaran....nti habis semua kaum2 Hawa kna pukul.
berharap sangat agar spesis ini dapat hidup lama dalam penjara nanti
tunjukkan semua skill yg ada dalam penjara nanti...org mcm ko ni x layak idup kat Malaysia..
bersama2 lah kita doakan agar Lahanat ni ditangkap..sebarkan gambar2 dia disemua tmpt2 Awam.

Related Posts with Thumbnails