DAP hari ini menegaskan parti tersebut mempunyai calon yang lebih baik berbanding calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk memastikan kemenangan pakatan pembangkang di kerusi Parlimen Alor Setar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei.
Timbalan Pengerusinya, Tan Kok Wai berkata, PKR perlu memberikan laluan kepada calon DAP bertanding walaupun PKR telah mencalonkan calonnya, Gooi Hsiao Leung bagi kerusi itu.
Katanya, pihaknya tidak menolak akan berlaku pertembungan tiga penjuru antara kedua-dua parti jika persepakatan gagal dicapai oleh DAP dan PKR.
"Ini permintaan daripada DAP agar memberikan kami ruang atas semangat pakatan pembangkang. Kita menawarkan seorang calon yang lebih baik dan disenangi rakyat selain merupakan anak tempatan.
"Kita merayu supaya PKR memikirkan semula calon mereka. Calon kami sangat dekat dengan komuniti di sini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Baru-baru ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Hsiao Leong yang juga Ketua Biro Perundangan PKR Kedah sebagai calon Parlimen Alor Setar.
Hsiao Leong bertanding di kerusi yang sama tetapi kalah di tangan Datuk Seri Chor Chee Heung daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 184 undi pada pilihan raya umum lalu.
Dalam sidang akhbar sama DAP turut bercadang untuk bertanding di empat kerusi DUN negeri ini iaitu Kota Darulaman, Derga, Bakar Bata dan Bakar Arang. - UTUSAN ONLINE
strategi Najib melewatkan tarikh PRU13 memang kena pada waktunya. di saat begini pun pihak musuh masih bercakaran satu sama lain berebut kerusi. hancur hancur hancur pakatan. padan muka hangpa...!!!!!
see the leg laaaaa!!!!!!
- Posted using BlogPress from my iPad
Location:Lorong Perda Selatan 3,Kampung Permatang Balu 2,Malaysia
0 comments:
Post a Comment