kekalutan Nik Aziz untuk mendapat undi orang islam semakin menjadi jadi, Aku percaya ini semua sudah ketentuan Allah yang mahu melihat Nik Aziz terus hidup lagi lama.
baru baru ini dia mengatakan solat orang umno tidak dapat pahala. cuba kita tengok cara dia mengeluarkan kenyataan, dia bukan buat apa pun, hanya berkata kata dengan menyusun ayat supaya penyokong2 dia nampak dan menjadi meluat kepada orang umno. ini lah sikap seorang ulamak yang hanya tahu memecah belahkan orang islam lain.
hari ini pulak dia keluarkan lagi kenyataan yang cukup haram jadah bilamana dia kata kerajaan bina masjid bukan sebab islam tetapi kerana nak cari projek. jelas lah di sini Nik Aziz semakin gila dan menekan penyokong2 nya supaya kalau ada yang nak undi BN jangan undi bn. percaya sangat akan kata kata Nik Aziz
kalau kerajaan di bawah UMNO bina masjid itu bukan Islam, sila keluarkan kenyataan kepada sesiapa yang pergi bersolat berjemaah di masjid seluruh malaysia ini adalah haram dan solat tidak sah.
KOTA BHARU 7 April – Setelah menuduh solat orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.
Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.
“Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar.
“Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil ‘sambil menyelam sambil minum air’. UMNO pula ‘sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri)’. Bukan setakat minum sahaja, makan besar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam.
Mengenai dakwaannya itu, Nik Abdul Aziz dengan angkuh mempertahankannya dengan menegaskan, orang UMNO bermakna orang yang menolak Islam dan sembahyang mereka sememangnya tidak akan memperoleh sebarang ganjaran pahala.
Beliau berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan menolak Islam bermakna mereka turut menolak Allah SWT. Dakwaan Nik Abdul Aziz itu dibidas banyak pihak terutama golongan ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman dan Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut.mengikut pendapat peribadi aku, Nik Aziz tak ubah seperti FIRAUN di zaman moden ini. Allah sengaja membiarkan dia hidup lama bukan kerana dia ulamak. tetapi Allah nak tengok siapa lebih berkuasa untuk menentukan dosa dan pahala.
0 comments:
Post a Comment