Tuesday, September 4, 2012

LAGI PEMIMPIN MINTA MENTERI KDN BERTINDAK...!!!

Tindakan undang-undang yang tegas perlu dikenakan terhadap individu yang memijak gambar perdana menteri dan mengibar 'bendera baharu' yang didakwa menggantikan Jalur Gemilang pada perhimpunan Janji Bersih Khamis lalu.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilihat agak berlembut apabila insiden seumpama itu berlaku menyebabkan ada pihak berani mencabar norma kehidupan masyarakat kerana yakin tidak akan dikenakan tindakan undang-undang. "Lihat dalam beberapa perlakuan melampau terhadap negara dan pemimpin negara sebelum ini, walaupun desakan masyarakat supaya diambil tindakan, namun KDN kelihatan berlembut.

"Maka ia harus ditamatkan, tindakan setegasnya adalah sangat perlu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, laporan polis yang dibuat pelbagai pihak terhadap kejadian itu akan sia-sia sekiranya tindakan tidak diambil terhadap individu terbabit.

Di TAWAU, Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menyifatkan perbuatan memijak gambar pemimpin negara dan mereka bendera baru untuk Malaysia sebagai bibit-bibit permulaan untuk mewujudkan suasana kekacauan di negara ini. - BERNAMA

dato seri KDN masih dok teropong lagi ka...!!!  mampuihhhh lah kalu dok buat macam nie lagi bila ada orang pijak pijak gambar perdana menteri dan mahu tukar jalur gemilang. 

3 comments:

Anonymous said...

Gantikan saja Menteri dan KPN dengan orang yang lebih berwibawa. Jangan calonkan semula Si Din tu dalam PRU nanti jika dicalonkan juga BN akan kehilangan satu kerusi. Asyik amaran, amaran dan amaran. Tak ada kompromi, tak ada kompromi dan tak ada kompromi. No Action Talk Only (NATO). Sebab ketulahan menghunus dan mencium keris. Jangan dipermainkan keris pusaka. Pantang pendekar bila keris telah dihunus kemudian minta maaf. Fikir-fikirkanlah. Moral ceritanya, Si Din ni bukannya seorang pendekar. Aku tidak akan terkejut dia akan kalah pada PRU13 nanti jika masih dicalonkan. Tang KPN lak tengok jerlah wajahnya dan bandingkan ngan karisma KPN terdahulu, TS Musa, TS Rahim Noor dan Tun Haniff anda akan dapat jawapannya.

Anonymous said...

ha betul la nape la dilantik slembik ni jadi kdn hancus nak komen banyak2 pun tk guna walau pun aku penyokong kuat BN kalau la si lembik ni jadi calon betanding tempat aku memang aku tak pergi undi nasib baik dia bukan calon tempat aku hei selisih minta jauh kan orang lembik cam ni

Anonymous said...

Katakanlah dalam perhimpunan NGO pro kerajaan perlakuan demikian berlaku..aku rasa, elok keluar je berita dan lum ada desakan dan laporan polis, dah sah pelaku tersebut akan diheret ke mahkamah.

dan aku percaya mereka yg kononnya akan ditahan dan yg telah ditahan..mereka akan dibebaskan setelah diambil kenyataan!!

spt biasa ler.

Related Posts with Thumbnails