PRN Sarawak telah selesai hasilnya dan memberi kita banyak petunjuk bagaimana suasana politik PRU 13 ini nanti . Pengundi Cina dijangka akan terus mengamalkan politik kaum yang menebal nanti sepertiman di PRN Sarawak semalam setelah dihasut pelbagai dakyat perkauman kuat , chauvinis oleh parti Big Brother Pakatan iaitu DAP .
Kesannya , mereka tidak akan memberi undi kepada BN meskipun yang menjadi calon BN adalah dari parti kaum Cina seperti SUPP . Ini kerana bagi mereka sekarang inilah masanya yang terbaik untuk mereka berkuasa dan menjadi Ketua bukan lagi mengikut telunjuk bangsa lain.
Ini lah yang ditanam kuat oleh pemimpin2 DAP di ceramah2 mereka . Sehingga ada calon DAP itu mempersoalkan kaum mereka pun ada hak menjadi Ketua Menteri seperti di Sarawak bukan sahaj Bumiputra Sarawak . Isu ini juga diulas oleh blogger Sense ,credbility & accoutability
http://sensecredaccountability.blogspot.com/2011/04/finale-prn-sarawak-betapa-sakitnya-hati.html
Selain itu rakan blogger MPP juga turut mengulas mengenai sokongan kuat kaum CINA di bandar terhadap di DAP semasa kempen pilihanraya Sarawak . http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/04/bn-akan-kehilangan-kawasan-majoriti.html
Menurutnya , kaum Cina percaya bahawa DAP tidak mengikut telunjuk bangsa lain kerana parti itu mengetuai Pakatan Rakyat . DAP dalam Pakatan memang Big Brother malah Anwar Omega dan PAS pun terpaksa ikut telunjuk mereka sebelum ini .
Ini lah cabaran yang besar BN harus tempuhi untuk berdepan pada PRU 13 akan datang . Kawasan bandar di seluruh negara ibarat kawasan Hitam buat BN kerana majoriti penduduk di situ adalah kaum Cina .
BN harus fikir strategi terbaik untuk menangkis cara politik DAP dan Anwar yang selalu bangkitkan emosi rakyat dengan menggunakan isu perkauman . Jika trend pengundi Cina sokong DAP tidak dibendung , maka akan besar kepala puak2 ultra kiasu ini seperti Kit Siang ,Guan Eng dan Karpal Singh .
Ikuti juga analisis oleh blog MIM mengenai PRN Sarawak dan politik kaum Cina ....
Jika kita perhatikan jadual di atas, kita akan dapat gambaran perspektif politik masa depan yang perlu diambil dengan sangat serius oleh parti-parti politik yang sedia ada terutamanya parti Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR)
1. Pakatan Rakyat (PR) sebenarnya hanya berkisar kepada parti DAP. Itu sahaja. Parti PAS dan PKR hanya bertenggek kepada kekuatan parti DAP yang sering membakar sentimen perkauman yang kuat di kalangan penduduk bandar-bandar besar.
2. Kekalahan teruk parti PKR dan PAS di Sarawak sebenarnya sudah dijangkakan. Cumanya jentera propaganda parti pembangkang seperti blog dan portal cuba menyembunyikan kelemahan parti-parti tersebut dengan memberi gambaran yang salah kepada penyokong-penyokong parti tersebut.
3. Peningkatan kerusi parti DAP di Sarawak adalah merupakan satu proses yang perlu dilihat dengan teliti kerana peningkatan tersebut berkait rapat dengan undi dan sokongan kaum Cina dan proses pembandaran.
4. Boleh dikatakan bahawa kaum Cina di bandar telah memberi isyarat yang sangat keras dan nyata kepada parti-parti politik di negara ini terutamanya parti Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sekarang ini.
5. Parti-parti seperti SUPP di Sarawak senasib dengan parti MCA dan Gerakan di Semenanjung. Kekalahan TS George Chan Hong Nam, Timbalan Ketua Menteri di DUN Piasau merupakan satu tamparan hebat dan ianya lebih memalukan apabila ahli politik veteran itu dikalahkan oleh seorang ahli politik DAP muda yang baru berusia 28 tahun!
6. Anwar Ibrahim bakal merudum dan tidak lagi menjadi daya penarik seperti dahulu. Kekalahan PKR di Sarawak tentunya akan memburukkan lagi imej PKR dan diri beliau sendiri.
7. Kekalahan PKR yang memalukan ini juga menunjukkan betapa Anwar Ibrahim sebenarnya hanyalah badut parti DAP dan tidak mungkin akan dapat menguasai parti cauvinis itu.
Persoalannya, apakah keputusan pilihanraya Sarawak ke-10 ini boleh dijadikan platform untuk menentukan tarikh PRU-13?
Tetapi sebelum itu, ada beberapa perkara yang mesti diambil dengan serius oleh parti Barisan Nasional (BN).
a. Generasi muda mesti didekati dan dibantu secara langsung. Generasi muda memerlukan pemimpin-pemimpin muda untuk menyampaikan suara mereka mereka di dalam kerajaan hari ini.
b. Kaum Cina di bandar perlu dikaji dengan serius. Perubahan undi yang nyata di Sarawak dan PRK sebelum ini jelas menunjukkan perubahan trend pemikiran kaum Cina. Jika tidak diselesaikan dengan segera, DAP akan bertambah besar kepala dan angkuh. Dan apabila angkuh dan besar kepala, MiM berharap tidak akan berlaku pula kejadian yang tidak diingini ! Kenyataan Lim Kit Siang di dalam media jelas menunjukkan betapa pemimpin DAP itu semakin berlagak dan besar kepala.
c. Janji-janji semasa pilihanraya mesti ditunaikan dengan seberapa segera. Dalam masa yang sama, projek-projek tersebut diharapkan dapat disalurkan kepada lebih ramai lagi pihak dan bukan sahaja untuk kroni-kroni sahaja.
d. Keberkesanan dan keefesienan wakil-wakil rakyat di kawasan mereka perlu diawasi dengan serius. Mereka wajib dekat dan senang didekati oleh rakyat tempatan. Perkara ini mesti digiatkan kerana jika merujuk kepada beberapa kerusi yang dimenangi oleh BN, terdapat calon-calon BN yang menang memandangkan penduduk tempatan amat senang dengan peribadi wakil rakyat tersebut.
e. Segala kemudahan, insentif dan pelbagai perkara yang membantu rakyat perlu dihebahkan dengan lebih jelas dan diulang-ulang. DAP seperti Lim Guan Eng kerap mengulangi wang ehsan RM100 setahu beliau di mana-mana sahaja beliau berceramah walau pun RM8.13 sebulan itu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pelbagai program dan insentif yang telah dirancang oleh kerajaan BN. Tidak ada salah program 'populis' jika ianya praktikal !
5 perkara di atas adalah di antara beberapa perkara penting yang perlu dikaji dan diselesaikan dengan kadar segera jika BN mahu mengekalkan kuasa di Malaysia.
sumber : BLOG MIM
0 comments:
Post a Comment