Thursday, February 4, 2010

PAS PANIK MENERIMA CABARAN ZAMBRY


Setelah membaca beberapa blog pemimpin Pas di Perak sehari dua ini, saya dapat rasakan betapa paniknya parti itu apabila Menteri Besar Perak, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir mencabar supaya 28 Adun pembangkang di negeri ini mengosongkan kerusi bagi membuktikan parti mereka masih diterima rakyat.

Maka melompatlah mereka dengan menuduh Dr. Zambry sebagai bodoh, angkuh dan sombong kerana mengemukakan cabaran itu. Walhal merekalah sebenarnya bodoh, sombong dan angkuh sama seperti sikap yang ditunjukkan Nizar Jamaluddin, Ngeh Ko Ham, Nga Kor Meng, Sivakumar dan pemimpin seangkatan dengannya.

Sejak berlaku peralihan kuasa di Perak setahun lalu, sikap bodoh, sombong dan angkuh puak-puak ini ditunjukkan dengan amat keterlaluan apabila mempertikaikan titah DYMM Sultan Perak memperkenankan Dr. Zambry menjadi Menteri Besar dan sekaligus memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran Perak.

Maka berkokoklah Nizar, Ngeh, Nga dan lain-lainnya ke seluruh pelosok negeri mengatakan Kerajaan BN Perak ini sebagai kerajaan haram, berlaku rampasan kuasa dan mendesak supaya DUN Perak dibubarkan. Bodoh, sombong dan angkuhnya mereka apabila berkokok berdegar-degar kononnya rakyat Negeri Perak akan memberikan kemenangan lebih besar kepada pakatan DAP-PKR-PAS jika DUN dibubarkan dan pilihanraya diadakan.

Hakikatnya dalam PRU12 lalu rata-rata mengetahui bahawa rakyat masih memberikan mandat kepada BN untuk memerintah Perak, walaupun dengan kemenangan tipis sebanyak 28 kerusi, berbanding 18 kepada DAP, 7 (PKR) dan hanya 6 (PAS). Tetapi atas dasar menjunjung perkenan DYMM Sultan Perak, maka Kerajaan Perak beralih kepada pakatan pembangkang itu yang bergabung dengan menguasai 31 kerusi.

Tetapi apabila proses yang sama berlaku setahun lalu, berikutan tindakan tiga Adun membebaskan diri dari pakatan DAP-PKR-PAS dan menyokong BN, Nizar dan puak-puaknya tidak dapat menerima hakikat lantas melontarkan pelbagai cacian dan penghinaan terhadap perkenan DYMM Sultan Perak itu.

Rakyat Perak telah dapat melihat pelbagai drama yang dipertontonkan oleh Nizar, Ngeh, Nga, Sivakumar dan juak-juak mereka sejak setahun lalu. Bermula dari tindakan mereka memboikot upacara mengangkat sumpah Dr. Zambry sebagai Menteri Besar di hadapan DYMM Sultan Perak di Istana Kinta pada 6 Februari 2009, tunjuk perasaan penyokong menghalang kenderaan rasmi membawa DYTM Raja Muda, sidang DUN di bawah pokok dan hotel, menjadikan sidang DUN Perak seperti sarkas, melarikan jubah dan mencuriguna kepala surat Speaker, menjerit di dalam Parlimen semasa mengangkat sumpah, sehinggalah kepada perbuatan-perbuatan yang tak masuk akal termasuk tindakan Nizar merestui nama negeri digelar Perak Darul Kartun.

Terbaru, Pas dan Nizar mendabik dada pula kononnya kehadiran wakil kedutaan Amerika Syarikat ke pejabat Pas Perak sebagai tanda sokongan terhadap kes rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan pada 9 Februari nanti.

Setelah bersungguh-sungguh mendesak supaya DUN Perak dibubarkan bagi menunjukkan pakatan DAP-PKR-PAS masih mampu membentuk kerajaan, tak salah jika Dr. Zambry mencabar kesemua 28 Adun pakatan itu mengosongkan kerusi dan bertanding dalam pilihanraya kecil bagi menguji arus sokongan rakyat di kawasan masing-masing.

Jika tidak berani melakukannya, janganlah lagi menyalak ke seluruh pelosok negeri mendabik dada kononnya pakatan haram mereka itu masih diterima rakyat dan mahu menguji populariti dengan mendesak DUN Perak dibubarkan. Tidak perlulah mengganggu Dr. Zambry daripada melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada beliau untuk mentadbir negeri.

Tidak bolehkah pemimpin PAS yang mendakwa kononnya memperjuangkan Islam itu menunjukkan sifat sabar sehingga PRU13 nanti, atau sekurang-kurangnya menunggu sehinggalah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 9 Februari?

Apalah yang nak dibanggakan dengan kenyataan Nizar yang mahu membubarkan DUN Perak jika keputusan mahkamah memihak kepada beliau nanti, sedangkan rakyat amat faham dengan sistem demokrasi di negara ini di mana seorang Menteri Besar tidak akan mampu bertahan lama jika tidak ada sokongan majoriti dalam DUN? Paling lama Nizar hanya boleh bertahan hingga sidang DUN akan datang dan tidak hairanlah jika dia beriya-iya mahu membubarkan DUN jika keputusan mahkamah memihak kepadanya.

Apapun kita serahkan kepada hakim-hakim yang bijaksana untuk membuat keputusan pada 9 Februari nanti. Tak perlulah Nizar dan kuncu-kuncunya cuba hendak memanipulasi keadaan dan membuat reverse psychology kerana tidak mungkin kebijaksanaan hakim-hakim di negara ini termakan dengan tingkahlaku murahan seumpama ini.

Bersabarlah. Masanya pasti akan tiba.

http://khusairitgmalim.blogspot.com/2010/02/pas-panik-menerima-cabaran-zambry.html

Wednesday, January 27, 2010

Gempar! DUN Perak Akan Di Bubarkan


Tengok tajuk pun dah gah semacam? Itu lah permainan kotor Nizar mantan MB meroyan yang sejak akhir akhir ini mengwarwarkan DUN Perak akan dibubarkan.

PUTRAJAYA 25 Jan. – Siapakah Menteri Besar Perak yang sah? Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir atau Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin?

Jawapannya akan diketahui apabila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan pada 9 Februari ini.

Keputusan itu amat ditunggu-tunggu kerana ia akan menentukan sama ada Barisan Nasional (BN) akan terus mentadbir negeri itu atau kembali kepada pemerintahan pakatan Pas, DAP dan PKR.

Panel lima hakim yang bersidang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Utusan Malaysia



Sebenarnya Nizar Komunis telah mendahului keputusan makhamah,beliau bertindak menjadi hakim dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.Taktik serampang dua mata untuk memperbodohkan juak pakatan haprak agar yakin bahawa makhamah akan memihak kepada mereka,jika keputusan tidak menyebelahi mereka,maka akan membangkitkan kemarahan
sekali gus menuduh makhamah dikawal oleh kerajaan.

Secara tidak langsung mereka telah memberi tekanan kepada badan kehakiman untuk menyebelahi pihak mereka dan mengambarkan jika DUN tidak dibubarkan Sultan Perak dilihat tidak berlaku adil dan perlu disangah.Sultan juga diugut akan mendapat malu jika keputusan makhamah tidak menyebelahi BN. Inilah permainan persepsi yang digarap sebegitu rupa untuk memberi tekanan kepada semua pihak.

Namun harus diingat salah seorang hakim yang terlibat adalah rakan karib Azmin Ali, kebarangkalian sudah ada keputusan sulit yang dibocorkan kepada pihak Nizar Komunis atau pun hakim tersebut telah memberi insyarat positif kepada mereka.Harus diingat ada 5 orang hakim yang akan mengadili keputusan ini kelak.Dan salahnya seorang diragui akan memberi keputusan yang berat sebelah.

Pisau perhatikan PAS Perak begitu yakin sehingga akan menganjurkan perhimpunan 10ribu penganas muda PAS kononnya untuk menjadi jentera jika DUN dibubarkan. 10ribu pemuda akan diperbodohkan secara terang terangan. Nampak gaya bertambahlah golongan yang diperbodohkan di negeri Perak selepas ini.

Sedikit contoh sekiranya Nizar kalah dalam keputusan ini:

1. Nizar Pencacai kurap DAP akan kata mahkamah tidak adil.
2. Mereka akan kata kesemua hakim sudah dibeli
3. Merka juga akan menuduh dengan mengatakan bahawa ini adalah KONSPIRASI!

Kalau menang Hakim itu adil,kalau kalah hakim itu di kawal dan berat sebelah,kalau menang bubar dun,kalau kalah buat kacau seluruh negeri perak.Itulah perancangan Nizar dan kuncu kuncunya.


Pisau kata " Nizar makin hari makin teruk meroyannya,kebetulan tanjung rambutan dinegeri perak,apakata tempah satu bilik khas untuk nizar ,kerana kronik meroyan beliau sukar diubati"

sumber dari : megat pisau facebook

Monday, November 16, 2009

TAUBAT LAH NIZAR, KERAJAAN DITEKAN KUMPULAN PENDESAK BUKAN MELAYU

UMNO adalah tunggak Barisan Nasional dan Kerajaan yang memerintah sekarang ini. Seandainya kekuatan UMNO goyah maka bangsa-bangsa lain sama ada dari dalam parti komponen BN atau luar akan segera mengambil kesempatan dengan menuntut segalah hak-hak dan keutamaan yang selama ini diberikan kepada bangsa Melayu sebagai bumiputera dan penduduk asal negara.

Kekalahan dibeberapa negeri berikutan kemerosotan sokongan kepada UMNO dan parti-parti komponen BN telah menyemarakkan semangat parti pembangkang yang didalangi bangsa pendatang untuk mendesak kerajaan bagi mendapatkan lebih banyak lagi hak-hak yang selama ini hanya diberikan kepada bangsa Melayu serta peribumi sahaja. Sekiranya UMNO tidak kukuh maka kerajaan terpaksa tunduk kepada permintaan mereka itu.

Antaranya adalah dari Jawatankuasa Suqiu dan antara tuntutannya yang dianggap elstrem adalah:

a) Atasan alasan menggalakan perpaduan, Suqiu meminta dimansuhkan perbezaan bumiputera dengan bukan bumiputera dalam semua bidang.

b) Atas alasan mempertahankan Hak Asasi Manusia dan Menegakkan Keadilan, Suqiu meninta dipinda Akta Kesatuan Sekerja, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Polis dan Akta Universiti dan Kolej Universiti supaya selaras dengan piawaian hak asasi manusia dan mempertahankan kebebasan bercakap, perhimpunan dan persatuan.

c) Dibawah tajuk Laksanakan Dasar Ekonomi Yang Adil, Suqiu meminta diberikan bantuan secara adil dan mencukupi kepada semua sektor termasuk industri penternakan babi.

d) Suqiu juga mahu mahu dihapuskan sistem kuota yang berasaskan kaum dan menggantikannya dengan sistem pengagihan yang berasaskan kebolehan.

e) Dalam tuntutan Laksanakan Dasar Pendidikan yang progresif dan liberal, Suqiu meminta dibatalkan rancangan Sekolah Wawasan dan hentikan perlantikan guru-guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina untuk memegang jawatan-jawatan tinggi di sekolah rendah cina untuk memastikan sifat dan cara pendidikan di sekolah rendah cina itu tidk diubah. Suqiu juga mendesak dihapuskan kuota untuk kemasukan ke universiti.

f) Dalam usaha memodenisasikan kampung baru, Suqiu mendesak kerajaan memastikan semua penduduk perkampungan beru diberikan hak milik tanah dengan segera.

1. Apa yang mereka minta dan apa pula yang mereka rela memberikan?

2. Apakah mereka yang menguasai ekonomi ini selalu jujur dengan bangsa Melayu dalam peluang pengagihan ekonomi? Apakah mereka tidak mensabotaj perniagaan bangsa Melayu dan yang kerajaan ujudkan? Masih ingat dengan kedai G-Mart yang dianjurkan oleh Pernas? Kenapa mati? Bukankah mereka yang menguasai pengedaran barangan mensabotaj usaha tersebut? Siapakah mereka itu?

3. Jika jujur mengujudkan bangsa Malaysia dan hendakkan hak sama rata, kenapa perlu pertahankan sekolah bahasa cina? Kenapa tidak ada hanya sekolah berbahasa Malaysia sahaja? Bukankah semua setuju bahawa Bahasa Malaysia adalah bahasa resmi negara?

4. Banyak lagi ketidak jujuran mereka terhadap kita, namun malangnya bangsa kita sendiri yang menjadi musuh dalam selimut dan menjadi dalang memusnahkan bangsa sendiri. Siapa agaknya Si-Kitul dan Raja Mendaliar abad ini?

5. Siapa yang kadang-kadang tidak mempercayai kebolehan bangsa sendiri dalam perniagaan lalu membuka peluang lebih luas kepada bangsa lain? Mungkin kerana adanya sedikit imbuhan @ hadiah @ sumbangan jelasnya RASUAH!

6. bRAVEhEART akan dituduh rasis, tetapi apa yang mereka perjuangkan itu bukankan rasis juga? Apakah kita mesti takut dituduh rasis untuk pertahankan hak bangsa kita dibumi kita sendiri?

sumber dari...http://braveheart-blogger.blogspot.com/2009/11/taubatlah-nizar-kerajaan-ditekan.html
Related Posts with Thumbnails