Tuesday, November 17, 2020

i-Sinar KWSP

 KENYATAAN MEDIA DARI MENTERI KEWANGAN 










Friday, November 13, 2020

APA JASA TUN M PADA KWSP .

Nak tahu apa jasa PM4/7/7i pada KWSP?

Biar saya dedahkan sedikit. Tengok dia berani nafi tak.

Pada awal 1980an masa PM4 – terutamanya masa dari 1981 hingga 1987 kadar faedah simpanan tetap yang dibayar bank adalah lebih tinggi daripada kadar dividen KWSP pada masa itu.

Bermaksud ianya lebih bermanfaat masa itu untuk simpan wang dalam bank berbanding menabung dalam KWSP.

Kenapa begitu? 

Semasa dia mula jadi PM, dia telah wujudkan syarikat Maminco untuk memanipulasikan pasaran timah dunia.

Malangnya rancangan jahat dia gagal dan memakan diri sehingga telah menjahanamkan buat selama-lamanya seluruh industri timah negara yang merupakan industri utama dan eksport negara utama kita.

Akibatnya, syarikat Maminco rugi teruk dan terpaksa dibail-out untuk membayar balik pinjaman bernilai RM660 juta (bersamaan dengan nilai sekitar RM10 bilion sekarang memandangkan ianya berlaku 40 tahun dahulu).

Apa yang dia buat untuk bail-out Maminco?

Dia wujudkan sebuah syarikat yang dinamakan Makuwasa Securities Sdn Bhd.

Apa fungsi syarikat Makuwasa?

Cuma sebuah syarikat kosong untuk mengambil dan menjual saham-saham bumiputera yang telah diperuntukkan kepada KWSP.

Hasil jualannya pula digunakan untuk bail-out kerugian Maminco.

Jumlah saiz aset KWSP masa itu tak besar. Cuma sekitar RM10 bilion masa itu berbanding RM940 bilion sekarang.

Tapi saham-saham milik kerajaan yang telah diluluskan dan sepatutnya diberi kepada KWSP telah digunakan PM4 untuk bail-out syarikat Maminco melalui syarikat Makuwasa.

Hakikatnya, seluruh industri dan eksport utama negara dilumpuhkan buat selama-lamanya dan duit yang sepatutnya diberi kepada KWSP telah disalahgunakannya untuk bail-out. 

Cuba tanya dia atau Uncle Kit Siang jika ini benar.

Ini cabaran terbuka Najib ni.

(Tanya dia juga kenapa Pak Kadir tiba-tiba boleh menjadi taikun MRCB masa dia PM)

FACEBOOK NAJIBRAZAK 

komen aku .. 

apa saja di tangan dia.   semua rugi !!!! 

kroni kroni dia semua taikun besar .... SELAMAT KAN MALAYSIA KONON.      

Tuesday, November 3, 2020

ITU WANG RAKYAT.


Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ada ruang aliran tunai untuk membenarkan pengeluaran sehingga RM10,000 daripada Akaun 1 untuk pencarum yang paling terdesak.

Lagipun, katanya, ia adalah wang milik rakyat dan KWSP ditubuhkan untuk menjaga rakyat.

”Sebab itu, rakyat ada hak untuk gunakan sebahagian wang ini pada masa mereka paling terdesak,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam hantaran di Facebook.

Sebagai individu yang mencadangkan pengeluaran wang dari akaun itu, Najib berkata, wang yang dikeluarkan pada masa terdesak ini boleh dipulihkan pada masa depan apabila krisis Covid-19 berlalu dan ekonomi bertambah baik.

Jelasnya, tiada siapa yang kata wang yang dikeluarkan hari ini pada masa kadar dividen KWSP tak dijangka tinggi, tidak boleh dimasukkan kembali setahun atau dua tahun kemudian.

Ini kerana terdapat dua cara untuk memulihkan semula simpanan pencarum iaitu dengan menaikkan semula kadar caruman KWSP majikan dan ahli yang telah diturunkan pada awal tahun ini.

Selain itu melalui pemberian projek-projek lumayan kepada KWSP oleh kerajaan dengan tujuan untuk menjana lebih keuntungan.

”Jika dibenarkan, wang yang dikeluarkan pada masa ini akan merancakkan kitaran wang ekonomi tempatan pada ketika ekonomi lembab akibat Covid-19.

”Akhirnya balik kepada kerajaan melalui pelbagai cukai juga,” kata beliau. – MalaysiaGazette

Wednesday, October 21, 2020

DAP DAH BERSUARA



Ramkarpal membangkitkan bagaimana Mahathir meletakkan jawatan pada awal tahun ini tanpa berbincang dengan pimpinan PH serta janjinya agar Anwar menggantikannya. 

"Dia letak jawatan sebagai perdana menteri. Dia kata ini kerana dia dikatakan tidak lagi ada majoriti pada masa itu...Dia tidak peduli untuk berunding dengan kerajaannya atau Kabinetnya. 

Dia buat mengikut caranya sendiri. "Kini dia nak jadi perdana menteri sekali lagi. Sebagai warga Malaysia saya bertanya pada diri sendiri, adakah tiada orang lain? 

"Adakah kita akan lantik orang sama yang berjanji kepada negara yang dia akan serahkan baton kepada Anwar tetapi hari ini memberitahu kita dia tidak sesuai untuk negara?  BACA SELANJUTNYA DI SINI

komen 
sebenarnya pengikut tun M tiada arah lagi nak tuju. untuk terus berkuasa pundek pundek dalam pejuang ini mengharapakan tun m untuk jadi PM. supaya puak puak ini boleh menyamun lagi bagi pihak berkenaan, geng pejuang ini mana reti berpolitik. semua bergantung harap kepada susuk tubuh yang dah tua bila bila masa saja nak mampus. kuasa politik geng ini hanya tunggu malaikat maut cabut nyawa presiden depa ja. ...mungkin esok lusa bulan depan tahun depan atau lagi 3 tahun ,

Saturday, September 26, 2020

Saturday, June 6, 2020

KERAJAAN BETA : KITA & PERLEMBAGAAN

KERAJAAN BETA : KITA & PERLEMBAGAAN

LAPANGKAN MASA ANDA HUJUNG MINGGU INI UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH MENDALAM TENTANG ISU "KERAJAAN BETA" DARI ASPEK PERUNDANGAN & PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. AMBIL TAHU JUGA TENTANG HAK HAK UMMAT ISLAM, BANGSA MELAYU & BUMIPUTERA YANG TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA...



Thursday, April 9, 2020

JANGAN AMBIL MUDAH ATAU PENTING DIRI KETIKA #covid19 #dudukrumah #kitamestimenang

Sebagai pemimpin dan rakyat semestinya saranan serta arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan wabak Covid-19 perlu kita patuhi.

Saya percaya bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan pertimbangan menyeluruh pihak kerajaan dan pastinya ia melibatkan banyak pihak serta Kementerian yang punya keupayaan dalam mengenal pasti kesan daripada keputusan yang dibuat.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini sebenarnya mencakupi semua perkara, antara perkara paling penting yang diberikan perhatian khusus oleh kerajaan adalah soal kesihatan dan keselamatan rakyat, kerana itu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Tidak ada gunanya negara hebat dalam soal ekonomi tetapi dalam masa yang sama rakyat menderita kerana penularan wabak yang boleh membawa maut.

Apabila rakyat mula menderita, kerajaan sedia ada pun pastinya akan pincang malah mungkin akan dijadikan sasaran oleh banyak pihak kerana tidak melaksanakan langkah-langkah yang perlu pada ketika wabak Covid-19 masih boleh dibendung.

Saya faham ada di antara rakyat yang terkesan secara langsung akibat arahan Perintah Kawalan Pergerakan ini, hilang punca pendapatan malah ada kalangan pekerja yang terpaksa menghadapi hari sukar kerana perlu bercuti tanpa gaji atau dibayar separuh gaji termasuklah para peniaga dan penjaja yang kini terpaksa menutup perniagaan masing-masing.

Atas kesedaran itu, saya melihat kerajaan tampil dengan pelbagai bentuk bantuan melibatkan semua pihak daripada isi rumah sehinggalah kepada para peniaga dan penjaja.

Bantuan Prihatin Nasional serta Bantuan i-Lestari melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Pakej Ransangan Ekonomi sempena Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah tindakan yang tepat bukan sahaja untuk kesejahteraan rakyat tetapi juga bagi meransang ekonomi lokal melibatkan pengguna dan pengeluar.

Langkah berhati-hati dan berperingkat juga sedang dilaksanakan oleh kerajaan contohnya membenarkan kumpulan yang terlibat dalam sektor perniagaan seperti kedai baja dan racun, kedai makanan haiwan, kedai ‘hardware’ dan kedai alat ganti kenderaan beroperasi pada setiap hari Isnin dan Khamis pada tempoh waktu 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Saya percaya langkah-langkah ini adalah permulaan kepada langkah yang lebih baik dan bersifat rakyat didahulukan.

Walaupun pandangan daripada Penasihat Khas Pelaburan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lee Kah Choon yang menggesa supaya kerajaan membenarkan para pekerja kembali bekerja dalam tempoh waktu yang singkat ini dilihat sebagai salah satu keperluan, saya merasakan bahawa ianya mestilah berpandukan kepada sejauh mana keadaan wabak Covid-19.

Jangan kita ambil mudah dalam keadaan kritikal sebegini kerana satu kesilapan mudah akan menyebabkan seluruh rakyat menerima kesannya. Jangan sesekali lupa kejadian penularan wabak Covid-19 yang merebak di negara-negara lain sehingga menyebabkan angka kematian mencecah puluhan ribu hanya kerana kerajaan tidak mengambil langkah-langkah yang agresif.

Kepada semua pihak, saya mohon bersabar dan sama-samalah kita hadapi keadaan ini dengan langkah-langkah yang sewajarnya, turuti saranan kerajaan dan yakinlah kerajaan tidak akan menzalimi rakyatnya sebaliknya sedang berusaha untuk menyelamatkan semua kita.


YB Dato’ Muhamad Yusoff Bin Mohd Noor
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang

Tuesday, February 18, 2020

PROJEK MEGA PIL PAN ISLAND LINK

#myPenang

Petang ni mai kita lihat dan fikir pasal satu lagi projek mega yang akan dilaksanakan di Pulau Pinang.

Pan Island Link (PIL) : Grafik seperti dilampirkan dibawah.

Lebuhraya itu nanti akan mempunyai 6 lorong. Boleh rujuk kepada laluan 6 lorong Lebuhraya Lim Chong Eu depan Tesco untuk gambaran jelas. Lebar tu. Lebihkurang separuh adalah dalam terowong. Rujuk grafik dibawah. 

Panjang ? Keseluruhan PIL itu adalah 19.5 KM ( ada yang tulis 20 KM). Bermakna terowong itu akan merentasi bukit-bukau disepanjang laluan pembinaan. Kos projek RM 9.5 Billion (ada yg tulis RM 10.00 Billion).

Jadi, lebihkurang 9KM adalah pembinaan terowong untuk memuatkan lebuhraya selebar 6 lorong laluan. Bayangkan betapa besarnya terowong itu. Cara pembinaan terowong adalah melalui gerudi dan letupan terkawal (drilling and blasting). Kedalaman tak pasti dan berbeza mengikut kontor bukit. Kedudukan Empangan Air Itam tak jauh dari lalaun terowong.

Berapa tinggi lebuhraya itu?  Ada yang setinggi 5 tingkat (lebihkurang 70 kaki) di kawasan pecan Georgetown. Tinggi tu ! Naik naik tangga jenuh laa. Pakat naik lift, ikut giliran. 

Kesan kepada perumahan atau bangunan disepanjang laluan? Orang yang tinggal disana boleh bayangkan. Nilai hartanah disana pulak akan meningkat? Atau menurun?. 

Projek dijangkakan akan berjalan selama 7 tahun. Kalau mula tahun ini, tahun 2027 dijangka siap. Buat kerja dalam terowong, orang ramai tak sedar. Tapi kalau didalam pekan? 7 tahun akan sengsara.

Kaeadah pembiayaan? Pinjaman? Atau tunggu nak jual 3 pulau PSR diselatan Pulau Pinang. Bila nak mula 3 pulau? Tak pasti, namun lapuran EIA telah diluluskan dan bersyarat. Jadi ka nak tambak 3 pulau tu? Yang diketahui setakat ini para nelayan telah mula membuat tuntutan pampasan melalui LKIM. Berapa jumlah? Kenalah tanya nelayan. Nampak tu macam Kerajaan Negeri nak buat juga 3 pulau tu. Isu 3 pulau tu kita bincang lain kali, lain topik. 

Kalau ambil loan berapa lama nak selesai bayar? Cukupkah pendapatan Kerajaan Negeri nak bayar pinjaman tu? RM 10.00 Billion tu jumlah yang sangat besar. Terpikir pulak, apa jadi kalau projek tu separuh jalan. Ada 'exit clause' ke dalam perjanjian antara kerajaan dan pelaksana? Takut nanti projek tak siap sempurna, strutktur terpacak menjolok mata dan terowong jadi empangan. Risiko besar dan risiki tinggi ni.

Tak ada kah kaedah lain yang lebih selamat, mudah, murah dan kurang risiko. Pihak NGO antaranya Penang Forum telah banyak bersuara, tapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengar ka?

Rakyat Pulau Pinang pula, lebih-lebih lagi yang tinggal di Balik Pulau ni atau di Seberang Prai pernah ambil tahu tak tentang perkara ini. Atau, semua ambil sikap buat tak tau saja pasai lebuhraya tu tak mai ke kawasan mereka! 

Cuba fikir kesannya kepada kehidupan anak cucu kita, kalaupun kita tidak sempat melihatnya.

SUMBER FACEBOOK MUHAMMAD FARID 
Related Posts with Thumbnails