Sunday, April 8, 2018

MANIFESTO BARISAN NASIONAL #bersamaBN #HebatkanNegaraKu

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan manifesto parti itu menjelangnya PRU14. Bertemakan _*'Bersama BN Hebatkan Negaraku'*_ di hadapan 50 ribu penyokong setia BN di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Antara pengumuman istimewa semalam adalah:

1. Pendapatan isi rumah RM3000 ke bawah BR1M *digandakan RM800 menjadikan jumlah keseluruhan RM2000.*

2. Pendapatan isi rumah RM3000 - RM4000 *digandakan kepada RM600 menjadikan dari RM900 kepada RM1500.*

3. Individu Bujang berpendapatan bawah RM2000 akan *ditambah RM150 menjadi RM600.*

4. Bagi isirumah berpendapatan RM4000 hingaa RM5000 *akan dapat RM700 dan dibayar dua kali.*

5. Bantuan _one off_ *RM1500 kepada anak-anak penerima BR1M yang berjaya melanjutkan ke pusat pengajian tinggi.*

Antara intipati manifesto BN yang dibentangkan:

1. Pas Pengangkutan Awam TN50 bernilai RM50 – RM150 sebulan untuk pelajar, belia bekerja, warga emas & OKU

2. = RM1,500 gaji minimum pekerja

3. Turunkan 50% kos langganan jalur lebar, 2x kelajuan jalur lebar

4. RM10,000 pelepasan cukai pendapatan individu bagi kos perubatan ibu bapa

5. RM5,000 insentif khas kepada setiap peneroka FELDA

6. RM7,500 sehektar - Geran khas tanaman semula bagi peneroka FELDA yang layak

7. Hutang dilupuskan bagi pembelian saham FGV peneroka FELDA

8. 1 juta usahawan digital

9. Kurangkan pekerja asing kepada 15% daripada keseluruhan keupayaan tenaga kerja

10. Skim sewa-untuk-beli - Insentif akan disediakan untuk menggalakkan bank & pemaju perumahan

12. RM1,500 kepada anak-anak penerima BR1M yang mendaftar di pusat pengajian tinggi (sekali beri)

13.  Kediaman dan rumah mampu milik akan dibina untuk anggota polis, tentera & veteran

14. Penggubalan Akta Gangguan Seksual 

15. Galak sektor swasta benar ibu mengandung pulang awal

16. Gubal Akta Dana Politik

17. Fair Works Commission untuk tentukan paras gaji sektor swasta yang lebih setimpal

18. Anak muda bawah 30 tahun akan disediakan pekerjaan atau latihan bersesuaian dalam tempoh 6 bulan

19. Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Hak-hak Sabah dan Sarawak akan direalisasikan secara konsensus

20. 12,500km jalan luar bandar akan dinaik taraf di Sabah & Sarawak

21. Terma "Lain-lain" digugurkan bawah segmen kaum dalam sistem atas talian Kerajaan 

22. Universiti Al-Quran ditubuhkan untuk melahirkan lebih banyak graduan huffaz

23. Sijil setara dengan SPM dan STPM boleh dipertimbangkan termasuklah isu tentang UEC untuk kemasukan IPT

24. Rumah mampu milik dan kos rendah ditambah di tanah rizab Melayu, wakaf dan baitulmal

25. Tingkatkan Bantuan Musim Tengkujuh untuk pekebun kecil getah

26. Skim Bantuan Tani dan penanaman semula untuk pekebun kecil kelapa sawit, getah, koko dan kenaf

27. 1 juta pengguna akan terus menerima subsidi bil elektrik bulanan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails