Sunday, April 1, 2018

ANTARA KRONI TUN M MELAWAN 1MDB YANG WAJID DI KETAHUI.

PRU 14 makin hampir dan PH yang diketuai Mahathir semakin giat menyerang DS Najib dan kerajaan. Bagus juga untuk kita imbas kembali antara punca mengapa Mahathir mula menyerang DS Najib.

Antara punca Mahathir menyerang DS Najib kerana DS Najib tidak mahu lagi kroni-kroni Mahathir berterusan mengaut kekayaan dengan rakyat menjadi mangsanya. Antaranya dalam sektor industri tenaga negara yang telah mengakibatkan TNB dan rakyat keseluruhannya menanggung kerugian atas perjanjian-perjanjian melibatkan Pengeluar Tenaga Bebas (Independent Power Producer (IPP))  yang sangat tidak adil dan berat sebelah. 

DS Najib melakukan tindakan berani melaksanakan pemilikan  IPP menerusi Edra Global Energy Berhad (Edra), anak syarikat milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB). DS Najib berkata dana daripada 1MDB digunakan untuk menyelesaikan isu daripada perjanjian berat sebelah yang ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin. Di bawah DS Najib, Perjanjian Pembelian Tenaga (Power Purchase Agreement (PPA)) diubah menjadi lebih adil berbanding perjanjian sebelumnya yang sangat berat sebelah yang hanya menguntungkan  kroni-kroni IPP Mahathir. 

Edra telah memulakan tender terbuka pertama bagi PPA dan secara konsisten menawarkan harga rendah kepada TNB sekaligus mewujudkan bidaan lebih rendah kepada pembida lain.

"Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia pembida terendah dalam semua perjanjiannya, dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam 20 tahun akan datang." - DS Najib.

Semenjak menceburi industi IPP, Edra mula memberi keuntungan kepada TNB. Jelas, ianya adalah jalan penyelesaian terbaik dan jawaban kepada kritikan pembangkang yang sebelum ini sering mempertikai terma PPA dan mahu perjanjian berat sebelah IPP kepada TNB dihapuskan. Tetapi apabila perjanjian tersebut dibuat lebih adil pembangkang yang dikepalai Mahathir pula memanipuladi isu 1MDB untuk menyerang DS Najib.

"Ironinya, perjanjian konsesi berat sebelah itu ditandatangani ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini bersama pembangkang dan rakan seperjuangan YB Rafizi." - DS Abdul Rahman Dahalan (Julai 2017).

Rafizi dipetik dari blog beliau:
"Saya menyeru supaya institusi pelaburan awam dan dana awam terutamanya KWSP, Tabung Haji, KWAP, PERKESO, PNB, Khazanah, MARA dan semua pelaburan lain untuk memboikot dan menjauhi penyenaraian saham Edra untuk mengelakkan dana awam terjebak kali kedua di dalam skandal 1MDB." 

Dalam isu IPP, Mahathir mula menyerang DS Najib apabila  1MDB telah membeli IPP milik Ananda Krishnan dan Genting. Selepas itu, Suruhanjaya Tenaga mengumumkan keputusan mengenai perjanjian konsesi dengan IPP di mana tidak ada lanjutan konsesi bagi IPP yang dimiliki oleh Ananda dan juga konsesi baru bagi tiga IPP lain. Hanya konsesi baru yang akan diberikan kepada 1MDB dan TNB. Bermakna DS Najib telah menghentikan konsep rundingan terus yang diamalkan Mahathir ketika eranya bagi perjanjian IPP dan memulakan proses tender terbuka. Proses tender terbuka ini menyebabkan konsesi YTL Power Generation Sdn. Bhd. (YTL) tidak diperbaharui manakala kesemua kadar tenaga berada pada paras digit tunggal berbanding perolehan digit berganda pada zaman Mahathir yang sekaligus menghapuskan perjanjian mewah dinikmati IPP Malakoff dimiliki Syed Mokhtar yang turut dimeterai pada zaman Mahathir.

Serangan bertali arus Mahathir dan pembangkang terhadap 1MDB telah mengakibatkan 1MDB gagal melancarkan IPO yang sepatutnya menjadi penyelesai kepada masalah aliran tunainya. Kegagalan melancarkan IPO tersebut bermakna 1MDB tidak mempunyai cukup wang untuk membayar hutang. Disebabkan hutang tidak terbayar maka 1MDB terpaksa melakukan program rasionalisasinya dengan menjual aset termasuk menjual Edra. Dalam isu Edra, jika dijual kepada pelabur tempatan  harganya murah dan tidak cukup bagi membayar hutang dan akhirnya dibuka kepada pembida luar.

Pembangkang hanya pandai memanipulasi setiap tindakan kerajaan walaupun ianya tindakan yang wajar. Bila Edra telah berjaya dijual pembangkang bising juga dengan alasan langkah kerajaan menjual aset IPP milik anak syarikat 1MDB kepada syarikat asing bertentangan dengan dasar negara kerana aset-aset strategik negara tidak boleh jatuh ke tangan asing.

Bagaimana tercetusnya penguasaan industri tenaga negara oleh kroni-kroni Mahathir:

Tahun 1992 berlaku 'blackout' dan sebahagian Malaysia bergelap selama tempoh 48 jam. Rakyat marahkan TNB dan kerajaan.

Dipendekkan cerita, ia alasan paling kukuh untuk memecahkan monopoli TNB sebagai pembekal tenaga. Maka PPA yang pertama ditanda tangani pada 31 Mac 1993, antara TNB dengan YTL selaku IPP. PPA generasi pertama ini dilakukan oleh TNB walaupun mendapat bantahan kuat bekas Ketua Pegawai Eksekutif TNB sendiri, arwah Tan Sri Ani Arope. 

Selain YTL, taukeh-taukeh besar Malaysia pada masa itu turut tidak mahu melepaskan peluang untuk menjadi peneraju industri tenaga negara yang cukup lumayan. Hujung tahun 1993 terdapat 5 IPP Malaysia iaitu:
1.YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato' Seri Dr. Yeoh Tiong Lay;
2.Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary;
3.Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan;
4.Powertek Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan; dan
5.Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong

(* Tidak pasti sama ada taukeh-taukeh besar ini mempunyai pengalaman dalam perniagaan sektor industri tenaga sebelum dilantik menjadi IPP Malaysia.)

Perjanjian ini dibuat dengan melanggar prinsip perkongsian swasta-awam kerana tiada persaingan terbuka bagi projek itu. TNB terikat kaki dan tangan tanpa mempunyai kuasa memberi kata putus kerana kerajaan ketika itu di bawah Mahathir dan bukannya TNB yang berunding dengan pencadang projek dan menekan TNB untuk menyempurnakan perjanjian tersebut.

"Mana ada rundingan. Tiada. Sepatutnya kami berunding secara terus dengan kesemua IPP, TNB diarah duduk dengan EPU. Kami dibuli, dimalukan dan diremehkan setiap kali kami ke sana (EPU). Selepas itu, pasukan saya sangat kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan menyuruh kami bersetuju. Saya kata, tidak mungkin saya akan bersetuju." - Tan Sri Ani Arope.

Buat YTL, ianya sangat menguntungkan dan keuntungan yang telah dijamin oleh perjanjian konsesi 20 tahun (perjanjian berat sebelah). Tidak perlu untuk mencari pelanggan kerana pelanggan utamanya adalah TNB yang dipaksa membeli tenaga samada digunakan atau tidak. Di bawah perjanjian itu, klausa "take or pay" bermaksud TNB terpaksa membayar tenaga yang YTL hasilkan sama ada TNB menggunakannya atau tidak. Petronas juga perlu memberi subsidi gas yang besar kepada YTL.

Bermakna TNB dikehendaki membeli tenaga daripada IPP pada harga yang lebih tinggi berbanding kos penjanaannya sendiri. Sebagai contoh bagi YTL Power Generation Sdn. Bhd., ialah 25 %. Ia juga perlu membayar bagi kapasiti yang tidak digunakan, iaitu tenaga yang tidak diperlukan. Ia juga perlu menanggung risiko sebarang kenaikan harga bahan api.

Akibat daripada syarat perjanjian yang tidak adil ini, sebahagian besar hasil TNB mengalir kepada IPP. Ia meningkat daripada RM9.2 bilion atau 54% hasil TNB pada 2005 kepada anggaran RM19 bilion atau 65% pada 2010. Daripada 2001-2010, bayaran TNB kepada IPP berjumlah RM78.3 bilion. Keuntungan lumayan daripada PPA ini telah digunakan oleh IPP untuk mengembangkan lagi empayar perniagaan mereka.

Kroni yang telah kaya raya ini pandai pula mengaburi mata rakyat kononnya mereka berjaya atas merit. Pada Jun, 2014, Datuk Mohd. Puad Zarkashi  pernah mendesak YTL supaya bersedia mendedahkan bagaimana syarikat itu mendapat tender IPP sehingga mengaut keuntungan besar jika benar mereka memperoleh projek mega menerusi merit. Kumpulan YTL perlu telus untuk membenarkan kerajaan menyemak semula perjanjian IPP yang dikatakan berat sebelah dan merugikan TNB. 

Namun dengan ketegasan DS Najib syarikat milik YTL telah ditamatkan kontrak PPA 30 September 2015.

Serangan Mahathir dan pembangkang terhadap DS Najib dengan memanipulasi isu 1MDB mengakibatkan 1MDB dan Edra memuktamadkan perjanjian jual beli dengan China General Nuclear Power Corporation dan subsidiarinya (Kumpulan CGN) bagi pemilikan penuh semua aset tenaga syarikat pembangunan strategik kerajaan itu dengan nilai RM 9.83 bilion.

Apa yang telah dilalukan oleh Mahathir boleh disimpulkan dengan kata-kata Tan Sri Ani Arope:

"Saya sangat benci. Ia secara moral amat salah dan tidak adil. Jika ia dibenarkan namun tidak adil, saya tidak akan lakukan. Jika ia adil tetapi menyalahi undang-undang, saya juga tidak akan melakukannya. Ia perlu sah dan adil." 






© Utusan Melayu (M) Bhd 






SUMBER : 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails