Tabiat mengkafir orang lain di kalangan masyarakat Melayu di sini sudah agak lama melepak. Gejala ini kelihatan seperti tidak akan pergi, malah nampak macam jadi-jadi lagi. Malangnya, ia dilakukan dengan tanpa mengerti makna sebenar perkataan kafir yang dalam bahasa Arab. Bagi mereka perkataan itu bermaksud orang-orang yang tidak serupa pegangan dengan mereka dalam Islam ciptaan mereka.
Rujukan
Al-Qur'an adalah rujukan utama dalam bahasa Arab. Dan juga dalam agama Islam. Justeru, ayat-ayatnya akan dikemukakan di sini untuk menjelaskan penggunaan dan makna kafir dalam bahasa Melayu.
Adalah difahamkan bahawa daripada akar, kaf fa ra, terbit perkataan-perkataan kafara, ka
Oleh kerana kafir terbit daripada perkataan kafara, maka ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kafara dan kata-kata yang terbit daripadanya dijadikan bukti di sini untuk mendedahkan makna sebenar perkataankafir.
Tidak percaya
Lawan bagi kafara atau kafir adalah
Daripada kafara terbit (selain kafir) perkataan-perkataan yakfuru, u
Perkataan-perkataan tersebut bermaksud tidak percaya, tidak berterima kasih, dinafikan, jangan percaya, ketidakpercayaan, dan orang-orang tidak percaya.
Sebagai contoh, diturunkan ayat berikut:
"Katakanlah, 'Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang hendak, percaya (yukmin); dan hendaklah sesiapa yang hendak, tidak percaya (yakfur).'" (18:29)
Banyak
Perkataan kafara dan kata-kata terbitannya cukup banyak ditemui di dalam al-Qur'an. Kesemuanya, dengan sekali kiraan, berjumlah 489. Hampir kesemua diterjemah kepada "tidak percaya".
Ayat al-Qur'an yang pertama mengandungi perkataan kafara berbunyi,
"Sesungguhnya orang-orang yang kafaruu (tidak percaya), sama sahaja bagi mereka, sama ada kamu beri amaran kepada mereka, atau tidak beri amaran kepada mereka, mereka tidak percayai (laa yu' minuuna)." (2:6)
Frasa "tidak percaya" adalah makna yang tepat bagi kafaruu di situ, kerana berlawanan dengan "tidak percayai" yang disebut di hujung ayat tersebut.
Pun begitu, didapati sesetengah pihak menterjemahkannya, atau memelayukannya, kepada kafir pula, lalu berbunyi "Sesungguhnya orang-orang yang kafir, sama sahaja bagi mereka ..." Itu menyebabkan makna sebenar, tidak percaya, tidak sampai kepada sesetengah golongan masyarakat Melayu. Mereka terus menganggap kafir di situ ditujukan kepada orang-orang yang bukan Islam atau Islam yang bukan macam mereka tafsirkan.
Kembali kepada ayat 2:6 tadi. Apakah yang tidak dipercayai oleh orang-orang di situ? Atau, dengan perkataan lain, apakah yang dikafirkan oleh orang-orang tersebut? Menurut dua ayat yang mendahului, ia adalah kitab Allah yang dikafirkan. Ayat itu berbunyi,
"Yang percayai apa diturunkan kepada kamu (Muhammad), dan apa yang telah diturunkan sebelum kamu," (2:4)
Justeru itu, orang-orang yang dikatakan kafaruu atau kafir
Ayat Allah
Kebanyakan daripada perkataan tidak percaya, atau kafir, seperti yang diketahui umum, ditujukan kepada Allah, ayat-ayat-Nya, atau al-Qur'an. Ayat yang banyak itu dicatat untuk menjadi amaran yang keras supaya manusia jangan tidak percaya kepada-Nya atau ayat-ayat-Nya.
Orang-orang yang kafaruu (tidak percaya / kafir) kepada ayat-ayat Allah, yang sekali gus mendustakannya, akan dimasukkan ke dalam Api (neraka), dan tinggal di sana selama-lamanya. Amaran ini diberi dari awal lagi di dalam al-Qur'an, yang berbunyi,
"Dan, orang-orang yang kafaruu (tidak percaya / kafir) dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya." (2:39)
Misal orang-orang tidak percaya, atau kafir, kepada ayat-ayat Allah ialah mereka yang tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan. Firman-Nya,
"Sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah kaafiruuna (orang-orang tidak percaya / kafir)." (5:44)
Oleh itu, umat Islam harus berhati-hati apabila muncul orang-orang yang buat hukum agama, umpama yang digelar hukum hudud, untuk hakimkan sesuatu dalam agama, walaupun dikatakan Islam sebenar atau mereka kelihatan fasih dalam bahasa Arab. Kerana, boleh jadi, pena yang mereka guna untuk menulisnya hanya berdakwatkan tidak percaya, atau kafir kepada Allah.
Mereka yang buat demikian bezakan antara Allah dan Rasul-Nya, walhal Allah dan Rasul-Nya adalah satu dalam hukum. Ayat-ayat berikut, apabila diketahui, akan buat umat memulaukan orang-orang yang ingin menggunakan nama Rasul untuk mengadakan sesuatu yang berlainan daripada apa yang Allah turunkan di dalam al-Qur'an:
"Orang-orang yang yakfuruuna (tidak percaya) kepada Allah, dan Rasul-Rasul-Nya, dan hendak buat perbezaan antara Allah dan Rasul-Rasul-Nya ........ Mereka itulah kaafiruuna (orang-orang tidak percaya) yang sebenarnya" (4:150-151)
Mereka dipulaukan kerana mereka adalah orang-orang kafir yang sebenarnya.
Sebahagian Kitab
Contoh selanjutnya ialah kalimat yakfuru dan ayat yang mengandunginya. Ayat yang dimaksudkan beritahu tentang orang-orang tidak percaya, atau kafir, kepada sebahagian daripada al-Kitab, dan ia berbunyi,
"Adakah kamu percayai sebahagian al-Kitab, dan kamu takfuru (tidak percaya / kafir) kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang buat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat." (2:85)
Amalan tidak percaya, atau kafir, kepada sebahagian al-Qur'an dimurkai Allah. Mungkin tidak salah di sini untuk beri contoh seperti orang-orang yang percaya kepada ayat yang menyuruh berpuasa, tetapi tidak percaya atau kafir kepada ayat lain yang tentukan waktunya pula.
Atau, orang-orang yang percaya kepada ayat yang menyuruh bersolat tetapi tidak percaya kepada ayat lain yang berkaitan dengannya - sekadar beri dua contoh sahaja di sini.
Lima perkara
Tidak percaya, atau kafir, adalah bukan kepada ayat-ayat Allah sahaja. Yang lain, yang harus tidak ditidakpercayai, adalah seperti yang dinyatakan di dalam ayat berikut:
"Wahai orang-orang yang percaya (aamanuu), percayalah kamu (aaminuu) kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan sebelumnya. Sesiapa yang yakfur (tidak percaya / kafir) kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh." (4:136)
Umat Islam harus jangan tidak percaya kepada lima perkara (bukan enam) yang disebut itu (sila rujuk artikel Percaya kepada Taqdir). Mereka yang tidak membaca dan memahami al-Qur'an mungkin tidak terlepas daripada dikumpulkan bersama orang-orang tidak percaya, atau kafir, kerana ajaran yang mereka terima, daripada ulama palsu, mengenai lima perkara tersebut, mungkin bertentangan dengan ajaran sebenar daripada Allah.
Jangan percaya
Ukfur pula bermakna jangan percaya bagai yang terdapat di dalam ayat di bawah yang beritahu tentang syaitan yang menyebutnya. (Adalah dirasakan amat tidak sesuai bagi kafir untuk dijadikan terjemahan kepada perkataan ukfur di sini).
"Persamaan syaitan, apabila ia berkata kepada manusia, 'Ukfur (Jangan percaya)'; kemudian apabila dia tidak percaya (kafara), ia berkata, "Sesungguhnya aku berlepas diri daripada kamu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemelihara semua alam." (59:16)
Apa yang disuruh syaitan supaya jangan dipercayai di situ ialah al-Qur'an. Andaian ini dibuat setelah merujuk kepada ayat yang kelima selepas ayat tersebut, iaitu ayat 59:21.
Dinafikan
Dan Kufira dan yukfaru, yang turut terbit daripada kafara, diterjemah kepadadinafikan pula, atau "tidak dipercayai". Contoh ayat yang mengandungi perkataan tersebut adalah:
"Apabila kamu dengar ayat-ayat Allah yukfaru (dinafikan), dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka ..." (4:140)
Sekiranya perkataan itu diertikan kepada kafir maka ayat tersebut berbunyi "Apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah dikafirkan, dan diperolok-olokkan, janganlah duduk bersama mereka ..."Sekali lagi ditegaskan iaitu apa yang dikafirkan adalah ayat-ayat Allah, yang terkandung di dalam al-Qur'an.
Ketidakpercayaan
Sementara kufr dan kufur pula diterjemah kepada "ketidakpercayaan". Hanya satu ayat diturunkan sebagai contoh, berbunyi,
"janganlah ambil bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu untuk menjadi wali-wali kamu, jika mereka lebih suka kufr (ketidakpercayaan / kekafiran) daripada keimanan;" (9:23)
Begitu berat tabiat tidak percaya, atau kafir, sehingga Allah melarang ambil bapa dan saudara sendiri yang tidak percaya sebagai wali, atau orang-orang yang dipercayai.
Kafirun
Perkataan kafir atau kafirun, dan yang sepertinya, dalam bahasa Arab, bermakna "orang-orang tidak percaya". Perkataan itu disebut di dalam al-Qur'an sebanyak kira-kira 158 kali daripada 489 yang disebut dalam kafara. Satu contoh kegunaannya di dalam al-Qur'an adalah seperti berikut (selain ayat 4:150-151 tadi):
"Wahai orang-orang yang percaya, jika kamu taati segolongan daripada orang-orang diberi al-Kitab , mereka akan kembalikan kamu, sesudah keimanan kamu, kepada kaafiriina (orang-orang tidak percaya / kafir)" (3:100)
Ayat itu mengingatkan orang-orang yang percaya supaya tidak mentaati segolongan orang-orang yang menerima al-Qur'an kerana mereka sudah jadi tidak percaya atau kafir. Ini berlaku pada hari ini dengan kewujudan pelbagai pengertian bagi suruhan Tuhan dalam solat, haji dan puasa, misalannya. Dalam perbezaan yang banyak, tentu ada beberapa yang kafir.
Iblis
Pakaian "tidak percaya" atau kafir, tidak menutup sifat ingkar pada diri seseorang. Sifat itu dapat dilihat dengan jelas. Serupa Iblis, yang tergolong dalam golongan kafirun, ingkar kepada perintah Tuhan. Perintah-Nya satu, dan mudah pula, iaitu sujud kepada Adam. Firman-Nya,
"Dan apabila Kami berkata kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu kepada Adam', lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia jadi antara kaafiriina (orang-orang tidak percaya / kafir)." (2:34)
Kerana satu keingkaran sahaja, Iblis digolongkan dalam kumpulan kafir. Bagaimana pula dengan orang-orang yang ingkar kepada perintah Tuhan, seperti dalam pembunuhan? Orang-orang itu lakukan keingkaran yang jauh lebih dahsyat daripada Iblis. Keingkaran Iblis tadi tidak melibatkan nyawa orang-orang lain, terutamanya mereka yang tidak berdosa.
Pembunuhan dihalalkan hanya dalam peperangan. Antara ayat yang membawa arahan tersebut adalah dua yang berikut:
"Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itu balasan ke atas orang-orang tidak percaya." (2:191)
"Kemudian, jika mereka (orang munafik) berpaling, ambillah mereka, dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu dapati mereka" (4:89)
Menyebut lagi tentang orang-orang yang membunuh tadi, yang ingkar atau tidak percaya kepada perintah Allah. Apakah kedudukan mereka setelah membunuh ramai orang awam, dengan bom misalnya, bukan dalam peperangan, dan bukan juga mereka yang memerangi? Dan tidak ketinggalan, yang tidak berdosa, atau yang mukmin, yang hanya dikenali oleh Allah sahaja?
Bolehkah orang-orang yang mengaku Islam sebenar tidak percaya atau kafir kepada ayat-ayat Allah?
Palsu
Orang-orang tidak percaya, atau kafir, hanya ikut yang palsu, menurut sebuah firman yang bermaksud,
"... orang-orang tidak percaya ikut yang palsu" (47:3)
Kerana tidak percayai yang benar (al-Qur'an), orang-orang tidak percaya ikut yang palsu. Mungkin ada juga yang melakukannya tanpa disedari kerana memikirkan kitab dan gurunya mendatangkan ajaran yang suci.
Makna lain
Hanya beberapa sahaja daripada perkataan kafara di dalam al-Qur'an yang wajar diterjemah kepada selain "tidak percaya". Selain "jangan percaya" dan "menafikan" seperti yang telah disebut, ia (kafara) diterjemah juga kepada "tidak berterima kasih". Faktor utama yang menyebabkan pengecualian ini adalah konteks ayat. Sehubungan itu, dua ayat diturunkan di bawah ini sebagai contoh:
"Berkata yang mempunyai pengetahuan al-Kitab, 'Saya akan datangkannya kepada kamu sebelum gerlingan mata kamu kembali kepada kamu.' Kemudian apabila dia (Nabi Sulaiman) melihatnya menetap di hadapannya, dia berkata, 'Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku akfuru (tidak berterima kasih / kafir). Sesiapa berterima kasih hanyalah berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang kafara (tidak berterima kasih) - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia.'" (27:40)
"Supaya mereka yakfuruu (tidak berterima kasih / kafir) pada apa yang kami beri mereka. 'Gembiralah kamu; sesungguhnya kamu pasti akan tahu.'" (30:34) dan,
Oleh yang demikian, kafara, atau kafir
Ia pula boleh ditujukan kepada siapa sahaja, tidak kira label yang digunakan oleh mereka, seperti Islam, Kristian, Yahudi dan lain-lain. Siapa saja boleh jadi kafir kepada Allah kalau tidak mentaati ayat-ayat-Nya. (Sila rujuk sebuah halaman yang mengandungi sepucuk surat berserta jawapannya sekali bertajuk Ayat 2:62.)
Seburuk-buruk haiwan
Pada pandangan Allah, orang-orang tidak percaya adalah jenis haiwan yang paling buruk sekali. Firman-Nya,
"Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang kafaruu (tidak percaya atau kafir), yang tidak akan percayai," (8:55)
Tentu sekali, sifat haiwan yang paling buruk, seperti mengganas, dapat dikeluarkan dari perimeter masyarakat Melayu apabila anggota-anggotanya mengetahui makna sebenar perkataan kafir. Akan tetapi, yang terlebih dahulu harus dilakukan ialah pakaian mengkafir orang lain itu ditanggalkan, dan diganti dengan pakaian takwa, yang disulami dengan ayat-ayat al-Qur'an.
Melayu Boleh!