Monday, October 31, 2016

MINYAK MASAK 1KG DISUBSIDI OLEH KERAJAAN


Dulu harga minyak sawit RM2200 per tan pun kerajaan bagi subsidi. Sekarang RM 3000 per tan.  Maka kerajaan terpaksa tambah subsidi untuk mengekalkan harga minyak masak dalam paket 1kg yang biasanya diguna oleh orang susah.

Kalau kerajaan kekalkan subsidi mcm dulu, harga akan tetap naik. Untuk tampung kos ini, minyak masak yang dijual dalam botol dan dengan kuantiti yang banyak tidak lagi disubsidi oleh kerajaan dan diapungkan mengikut harga pasaran.  Apa yg rakyat perlu faham, minyak masak ni ada 25 syarikat je monopoli.  Hanya felda dan sime darby je bukan syarikat cina.

Kajian menunjukkan 30 juta rakyat malaysia hanya menggunakan 45,000 tan sebulan.  Malangnya, 23 syarikat ini banyak yang mengaut keuntungan dengan menjual minyak masak kita secara haram.  Ini menyebabkan kerajaan terpaksa tanggung subsidi sehingga 85,000 tan sebulan.  Mana 40,000 tan lagi? siapa yang pakai? di seludup kemana? Selagi ada subsidi, selagi itulah syarikat yang tertentu akan kaya raya dengan menelan duit pembayar cukai.

Maka subsidi pukal yg selama ini dinikmati oleh si kaya dan diseludup keluar perlu diagihkan dengan lebih mensasar kepada golongan yang sewajarnya menerima subsidi.

Friday, October 28, 2016

#bajet2017 KERAJAAN MEMBERI INSENTIF KEPADA GOLONGAN B40 UNTUK MENJADI PEMANDU UBER.

Menerusi pembentangan Bajet 2017 minggu lepas. aku semalam bersama rakan iaitu pegawai khas kepada pengerusi SPAD. kami berbincang bertukar maklumat guna wang BRIM untuk beli kereta baru  dan bagaimana cara nya.

kerajaan mengumumkan akan menggalakkan kumpulan B40 iaitu golongan yang berpendapatan 40 peratus terendah bagi memandu untuk aplikasi ride-sharing seperti Uber dan Grab.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menerusi usaha berkenaan, pendapatan sehingga RM1,500 sebulan dapat dicapai jika mereka memandu separuh masa iaitu dalam tempoh 10-40 jam seminggu dan RM4,300 jika mereka memandu melebihi 40 jam seminggu.

Jika mereka tidak mempunyai kenderaan, duit BR1M boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan untuk membeli Proton Iriz, dan mereka akan turut menerima rebat sebanyak RM4,000.

psssst... mohon printscreen pastu pi tempek kat wall jembalang balik tiang. 

SETELAH 3 HARI MAYAT LELAKI NEKAD BUNUH DIRI TIMBUL PAGI INI.

Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan mengenai penemuan mayat di permukaan laut oleh sekumpulan nelayan, 1 batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun pada jam 0813 hrs.
Komander Operasi Pasukan PPDA JBPM serta Komander Operasi Kanan keluar ke lokasi penemuan mayat pada jam 0829 hrs.
Mayat mangsa ditemui ( N 05°1521.1 E 100°1943.7) pada jam 0902 hrs dan kerja-kerja mengangkat mayat dilakukan untuk dibawa ke Jeti Batu Musang untuk disererahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.
mangsa bunuh diri bersama bag sandang didalam beberapa ketul batu bata mengharapkan di tenggelamkan terus.
detektif Conan boleh tutup buku.

Thursday, October 27, 2016

BUNUH DIRI ATAU HILANGKAN DIRI ATAU MELARIKAN DIRI

kisah bunuh diri di jambatan pulau pinang kedua..

di berita kan sehingga sekarang "mayat"nya masih belum di temui . dan tiada sesiapa yang menjadi saksi nampak seorang lelaki terjun membunuh diri,

hanya motor dan seliparnya bersama sekeping kertas di temui oleh orang yang lalu di situ.

ikut sejarah orang cubaan membunuh diri di jambatan pulau pinang . pengguna jambatan mesti nampak dan akan memberhentikan kereta juga motor, keadaan akan jadi kecoh, lalu lintas akan jem.   perkara ini tidak berlaku.

sikap orang nak bunuh diri, dia tidak akan tergesa gesa , tetapi dia akan ambil masa untuk terjun.  andai kata dia nak bunuh diri sesangat sangat pun, dia tidak akan terus turun dari motor dah terus melompat terjun, ianya perlukan masa yang banyak, dan ini akan menarik perhatian orang yang lalu di situ. ini pun tidak ada seorang pun saksi mengesahkan.

Setakat cerita ini ditulis, tiada perkembangan lanjut daripada operasi mencari dan menyelamat di situ

detektif conan cuba merungkaikan persoalan.

jeng jeng jeng....!!!!!

Wednesday, October 26, 2016

PEMUDA BANGKIT SERANG KOMTAR.

photo photo di Komtar
"Pemuda bangkit"menentang kezaliman ketua menteri pulau pinang

Tuesday, October 25, 2016

#1MDB. HUSNI JAWAB. HUSNI TANYA...

Adakah bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sedar bahawa beliau pernah menjawab soalan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini ketika bertanyakan soalan sama di Dewan Rakyat, semalam.

Pada ketika itu, November 2011 Ahmad Husni menjawab soalan dan memberi penjelasan berkaitan syarikat pelaburan negara itu kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen DAP-Gelang Patah, Lim Kit Siang mempersoalkan pada masa itu mengapa Ahmad Husni menjawab semua perkara berkaitan 1MDB dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.

Selain itu apa yang paling menarik, pada Jun tahun lepas Ahmad Husni juga berkata dalam penjelasannya berkaitan 1MDB bahawa isu kehilangan wang pelaburan milik kerajaan dalam syarikat itu yang digembar-gemburkan sebenarnya tidak pernah timbul.

"Kerajaan begitu bertanggungjawab dalam memastikan aset dan hutang. Dalam konteks 1MDB, apa yang berlaku ia mencapai pertumbuhan begitu pesat, dalam tempoh enam tahun sahaja ia memiliki aset yang begitu tinggi.

"Keduanya struktur kewangan memiliki modal RM1 juta dan kerajaan memberi tanah seluas 560 ekar. Tapi tanah ini akan hanya memberi pulangan dalam tempoh yang panjang.

"Berdasarkan pertumbuhan pesat, 1MDB bergantung kepada hutang," katanya ketika menjadi panel dalam program khas Bual Bicara Dialog di TV1 pada masa itu menjawab isu syarikat itu.

Pada ketika itu juga Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen BN-Tambun dilantik sebagai jurucakap kerajaan bagi isu berkaitan 1MDB.

Kenapa kini, beliau bertanyakan semula soalan yang beliau sendiri pernah jawab.

Semalam, dalam sidang dewan beliau yang sudah meletakkan semua jawatan dalam Kabinet, UMNO dan Barisan Nasional ingin tahu mengapa 1MDB ditubuhkan dan beliau turut bertanyakan berkenaan wang AS$4 bilion Dolar Amerika (RM16.69 bilion) melibatkan syarikat Aabar Investment PJS Ltd yang tidak dimiliki IPIC.

Sekarang ini, keadaannya ialah Ahmad Husni bertanyakan sendiri soalan yang dijawabnya ketika di dalam Kabinet dulu.

Perlu diingat, beliau hanya meletakkan jawatan di dalam BN dan UMNO tetapi masih lagi Ahli Parlimen BN kerana beliau tidak pernah mengumumkan keluar dari parti.

Moga Husni tidak terpalit dengan virus mudah lupa bawaan Mahathir. Memalukan bila menyoal balik perkara yang beliau sendiri pernah jawab dahulu.

Tulisan :
Beruang Biru
BB100, Selasa
25 Oktober 2016

Monday, October 10, 2016

BAJU MERAH GAGAL DENGAN PROVOKASI YANG SEBENARNYA

kita letak lah beratus gambar dan bukti tentang keganasan bersih 1,2,3 dan 4. rakyat dah lupa .

TETAPI

satu gambar ini sahaja. habis semua gerakan baju merah menjadi jahat... mereka hanya perlu kan SATU GAMBAR SAHAJA.

baju merah kalah dengan provokasi...!!!!!

Sunday, October 9, 2016

CARA BERSIH MINTA DI PUKUL DAN DIRAKAM ADALAH TAKTIK YAHUDI

Sekali lagi puak Bersih berjaya dengan strategi CANVAS (The Centre for Applied Nonviolent Action and Strategies) yang berpandukan kepada seorang pemikir Yahudi bernama Gene Sharp.

Pengalaman saya semasa BERSIH, BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, BERSIH 4.0 dan beberapa siri demonstrasi pembangkang yang lain telah mendapati bahawa strategi ini kerap diulang.

Saya sendiri menyaksikan sewaktu demonstrasi ini apabila terdapat demonstran pergi ke barisan polis dengan muka tersenyum sambil berkata "POLIS BABI, POLIS ANJING". Sewaktu ini terdapat beberapa jurufoto dan juruvideo bersedia untuk merakam sekiranya polis bertindak balas terhadap demonstran itu.

Matlamat akhirnya adalah untuk mendapatkan gambar polis memukul demonstran atau "rakyat" yang akan dijadikan bahan propaganda.

Anggota polis terlatih dengan disiplin dan dapat menahan diri daripada bertindak balas, namun bagi orang awam yang tidak terlatih pasti akan bertindak balas.

Pemimpin pembangkang dan "ikon" pembangkang memang menerima latihan propaganda dan kaedah berdemonstrasi daripada Gene Sharp di Vienna, Austria suatu ketika dahulu. Tidak cukup itu mereka juga dilatih di Taiwan, Korea Selatan dan Indonesia.

Tetapi jangan lupa, semasa BERSIH 3.0 demonstran telah bertindak balas lebih ganas daripada apa yang berlaku pada kes kali ini.

#JanganTertipu
#PropagandaJahat
#AntiBersih

sumber Facebook Raziz Rashid.

macamana seorang pembonceng motosikal bersih5 seorang diri boleh di dalam kumpulan geng baju merah .. adakah di sengaja kan...

Saturday, October 8, 2016

MUKHRIZ DALAM KECELARUAAN ....

Kerana dendamnya dipecat sebagai Menteri Besar Kedah, malah tindak tanduknya yang semakin ekstrim membalun Najib walaupun masih di dalam UMNO.

Selepas tiada kaitan lagi dengan UMNO, dan wujudnya parti serpihan yang begitu angkuh, bunga namanya, Mukhriz perlukan strategi terbaik untuk melawan Najib.

Mahathir dan Muhyiddin juga begitu, melawan Najib habis-habisan walaupun kemaluan besar terpaksa mereka hadapi, menghulurkan kepala kepada pembangkang yang dahulunya mereka kutuk, keji, hina serta perlekehkan.

Sudahnya Mukhriz pun begitu juga, terpaksa menjilat Bersih, walaupun dia tahu Bersih adalah satu pertubuhan yang dinaungi oleh golongan sesat, liberat, anti agama, lgbt.

Malah terpaksa melacurkan sikap nasionalisme yang ada dalam dirinya ketika di dalam UMNO. Melacurkan diri ke tahap yang cukup ekstrim. Memalukan, bercelaru serta menjelekkan mata melihatnya.

Semuanya kerana nak jatuhkan Najib. Kesian.

Friday, October 7, 2016

PRESS STATEMENT BY YB DATO' SRI ANIFAH HAJI AMAN

PRESS STATEMENT BY YB DATO' SRI ANIFAH HAJI AMAN, MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS,  MP PARLIAMENT P.176 KIMANIS AND UMNO KIMANIS DIVISION HEAD

I refer to allegations being circulated that the recent arrests of two top officers of the Sabah Water Department and seizures of cash, jewelleries and assets by MACC are related to UMNO Kimanis and I as the Minister of Foreign Affairs Malaysia.

These allegations are preposterous and false.

UMNO Kimanis and I are not in any way involved or implicated in the case under investigation. Let MACC do its job fairly and properly without interference.

We would not hesitate to take any legal action should these defamatory statements continue to be published.

YB Dato' Sri Anifah Hj Aman
Minister of Foreign Affairs
MP Parliament P.176 Kimanis
UMNO Kimanis Division Head
7th October 2016

KELUAR UMNO. KES RASUAH TIMBUL . KELUAR SAJA RASUAH. ITU UMNO.

kes rasuah di Sabah dikatakan sejak tahun 2010.  enam tahun mengumpul wang haram rasuah di dalam pejabat. rumah, atas syilling. dalam kereta. RM112juta. selepas itu ada orang cuba kaitkan pengarah jabatan air Sabah adalah dari UMNO. 

nama bekas naib Presiden parti UMNO datuk seri Shafie afdal antara Menteri kementerian luar wilayah ketika itu terbabit juga. 

lalu ada orang pertikaikan UMNO ini memang kaki kuat makan rasuah.  

teorinya bila didalam UMNO. kes rasuah ini tertutup rapat. sebab itu Shafie afdal terlalu kuat menentang NajibRazak. cuba menunjukkan diri itu sesuci sucinya di depan penyokong.  akhirnya terbongkar sudah ketika dia di dalam UMNO dia lah kaki paling kuat makan rasuah. 

tetapi apabila sudah tidak ada didalam kabinet dan UMNO. wang rasuah itu tidak boleh keluar . caranya ialah buat report kepada SPRM.  dan boleh babitkan UMNO. ini bagi aku. paling haramjadah punya permainan.

bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim juga dikatakan paling kuat makan rasuah. bapak segala rasuah ketika itu. taktik yang sama. terkeluar saja dari UMNO. baru pendedahan 6 kotak hitam terbongkar. dikatakan dalam kotak itu ada nama nama menteri UMNO rasuah.  UMNO lagi sekali terbabit.

asal keluar UMNO saja. kes rasuah pun timbul. keluar saja kes rasuah. itu UMNO.

sekarang aku nak tanya. macamana bila sudah di dalam parti baru. nak memerangi rasuah. sedangkan diri sendiri itu yang pengamal rasuah. 

UMNO dah buang orang macam nie. ada pulak parti kutip orang rasuah. dan di suruh cakap UMNO rasuah.  dalam bahasa yang mudah. bekas bekas pemimpin UMNO yang kaki rasuah sekarang sedang bersarang dan membiak di dalam parti pembangkang. persoalannya siapa yang patut malu.

patutlah Shafie afdal sanggup nak beli parti yg sedia ada di Sabah dengan harga berjuta nilainya.  dahsyattt ko baaaa.  ko boleh beli parti dan orang macam itu saja.

Thursday, October 6, 2016

TUN M MALU BESAR DEKLARASI RAKYAT GAGAL TUMBANGKAN NAJIBRAZAK DAN BN.

Dr Mahathir Malu Besar, Enggan Dedahkan Butiran Pertemuan Dengan YDP Agong

Akibat malu besar, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mendedahkan butiran terperinci pertemuan beliau dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika mempersembahkan Deklarasi Rakyat kepada baginda sebelum ini.

Dalam satu sidang media semalam, beliau yang juga bekas Perdana Menteri enggan mendedahkan butiran lain dalam pertemuan itu yang berlangsung pada 15 September lepas.

Dr. Mahathir hanya menyatakan dalam pertemuan itu, Seri Paduka dan beliau berbincang secara panjang lebar selepas mempersembahkan 1.2 juta tandatangan deklarasi itu yang menuntut tindakan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

``Baginda menyoal saya mengenai peruntukan undang-undang. Pada akhirnya, saya tidak berjaya meyakinkannya ... Baginda tidak berkata apa-apa, baginda cuma berkata bahawa baginda belum bersedia," katanya kepada pemberita.

Apa yang menjadi persoalan ramai ialah kenapa Dr. Mahathir tidak mendedahkan butiran mengenai titah Yang di-Pertuan Agong sebaliknya beliau mengaku gagal meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk bertindak berhubung deklarasi rakyat itu.

Sebenarnya, Dr Mahathir yang sebelum ini amat dikenali sebagai seorang negarawan yang mengilhamkan Wawasan 2020 mendapat malu besar selepas deklarasi yang kononnya dapat menjatuhkan Najib telah gagal.

Meskipun beliau mempersembahkan 1.2 juta tandatangan namun siapa yang boleh mengesahkan bahawa ia adalah tandatangan tulen, bukan palsu seperti yang didedahkan sebelum ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir sibuk menjaja cerita mengenai usahanya untuk menggerakkan deklarasi rakyat yang sebenarnya tidak menggambarkan pendapat serta kemahuan majoriti rakyat Malaysia.

Hakikatnya, untuk menukar kerajaan, Pilihan Raya Umum (PRU) adalah satu-satunya cara dan rakyat boleh menentukannya dengan menjadi pengundi berbanding deklarasi rakyat itu. Sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi mereka yang menggunakan aplikasi 'Google Form' boleh mendapatkan tandatangan.

Apa yang pasti, episod berkenaan merupakan satu tamparan kepada Dr Mahathir dan ia turut terpalit kepada anaknya Datuk Seri Mukhriz serta parti barunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Tulisan :
Beruang Biru
BB74, Khamis
6 Oktober 2016

Saturday, October 1, 2016

HIMPUNAN BANGKIT BAJU MERAH DI PULAU PINANG

Himpunan Bangkit di Persiaran Gurney yang dikepalai oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang.

kawasan perniagaan paling strategik telah di kepong oleh himpunan baju merah bagi menunjukkan bantahan terhadap ketua menteri pulau pinang yang paling kuat rasuah.  undur lim guan eng bergema di situ.

Related Posts with Thumbnails