Tuesday, September 22, 2015

BEBAS DARIPADA SADDAM, MASUK JERAT PENJAJAH.

Kereta kebal tentera Amerika Syarikat (AS) hanya mengambil masa tiga minggu untuk menyeberang padang pasir Iraq ke Baghdad dan menggulingkan rejim pemerintahan Saddam Hussein pada 9 April 2003.

Namun, jika pencerobohan itu dianggap mudah, pengunduran dari ibu negara Iraq pula adalah satu cabaran besar bagi tentera yang didakwa paling ampuh di dunia.
Tentera Saddam yang tidak bersemangat dan kucar-kacir pantas menghilangkan diri sebaik ketibaan tentera AS. Hanya kumpulan separa tentera yang cuba menghalang pencerobohan tentera asing itu."Ramai tentera menghilang begitu sahaja. Mereka tahu tiada gunanya berperang," kenang Ahmed Hassan, bekas jeneral yang berada di kedudukan yang dikawalnya di utara Baghdad hingga ke saat akhir.

Sebaik sahaja Baghdad ditakluk, Kolonel Brian McCoy menguntum senyuman puas sebaik turun dari kereta kebalnya di hadapan Hotel Palestin.Kami disambut dengan taburan bunga dan nyanyian gembira. Penduduk berterima kasih kerana membebaskan mereka daripada pemerintahan kuku besi Saddam," katanya.

PATUNG PERINGATAN SADDAM DIROBOHKAN DAN KEPALANYA DIPUKUL DENGAN KASUT , SIMBOL PENGHINAAN YANG PALING TERUK DALAM MASYARAKAT ARAB. 
Saddam bagaimanapun berjaya melarikan diri dan hanya dapat ditangkap pada 13 Disember 2003. Hukuman gantung ke atasnya dilaksanakan pada 30 Disember 2006.

Namun, lima tahun selepas kenyataan penuh bangga McCoy, tentera AS masih tersekat di Iraq. Misi awal membebaskan rakyat Iraq daripada pemimpin yang kejam kini dilihat sebagai penjajahan, kali pertama di rantau Arab. Hakikatnya, tentera AS yang begitu mudah menceroboh Iraq selepas arahan dibuat Presiden George W Bush pada 20 Mac 2003 kini umpama terperangkap di Iraq. Pejuang kumpulan Sunnah, militia Syiah dan kumpulan ekstremis didakwa memiliki kaitan dengan Al-Qaeda merubah kejayaan mudah itu menjadi medan perang.
Akibatnya, lebih 4,000 tentera maut, puluhan ribu cedera atau menjadi cacat dan ratusan bilion dolar dibelanjakan untuk membendung keganasan yang hingga kini belum mampu dijamin."Perolehannya amat rapuh," kata Duta AS, Ryan Crocker selepas pertempuran sengit antara tentera Iraq dan militia Syiah di Baghdad dan Basra mengorbankan kira-kira 700 orang.Pertempuran itu menyebabkan pelan pengunduran berfasa 160,000 tentera AS dari Iraq kini diragui. Malah, tiada siapa berani meramalkan AS akan menghantar pulang 30,000 tentera tambahan yang dihantar pada 2007, didakwa demi mengurangkan keganasan di Iraq.

Dalam tempoh lima tahun sejak Saddam digulingkan, ratusan ribu rakyat Iraq dilaporkan maut, jutaan lari meninggalkan rumah manakala mereka yang memilih untuk kekal di tempat mereka hidup merempat, tanpa kerja dan tidak memiliki kemudahan asas.Nyanyian gembira menyambut krew kereta kebal tentera AS yang tiba di Baghdad lima tahun lalu kini berubah menjadi laungan kebencian.

"Dulu, kami sememangnya gembira tapi kini, majoriti membenci Amerika," kata pemilik kedai roti, Moieb Sfeih, 33, yang menetap di Sadr, kubu kuat ulama Syiah, Moqtada al-Sadr.Pandangannya itu dipersetujui majoriti penduduk Syiah tempatan yang sebelum ini didakwa terpinggir di bawah pemerintahan Saddam.Mereka yang hilang kuasa sebaik Iraq dikuasai AS turut bersetuju dengan Moieb.

"Saya seorang tentera tapi saya bencikan peperangan. Ia bukanlah langkah tepat menyelesaikan masalah. Saya juga menentang penjajahan ini dan saya ingin melihat Iraq bebas dan merdeka," kata Hassan pula.

Moieb mengenang kembali harapan tinggi rakyat tempatan ketika Saddam digulingkan yang kini berubah menjadi kekecewaan di kalangan rakyat tempatan."Kami memiliki pelbagai mimpi indah. Kami bayangkan Iraq bakal menjadi negara makmur seperti negara Arab lain di rantau ini. Namun, pada hari ini, majoriti penduduk berasa hidup kami lebih baik ketika era pemerintahan Saddam. Jika dulu, kami berdepan seorang pemerintah yang kejam, kini kami diperintah ramai pemerintah kejam."

Kata-katanya itu merujuk kepada pandangan masyarakat Iraq yang menganggap kerajaan dikuasai golongan Syiah dan Kurdish dan disokong AS amat lemah dan lebih sibuk mengaut keuntungan negara untuk kepentingan peribadi."Pilihan kami pada masa ini amat mudah, sama ada berdiam diri dan menanti perubahan berlaku secara semula jadi atau kami bangkit menentang Amerika," kata Moieb lagi.

Sumber: harian metro.  

komen aku : satu perancangan yahudi paling licik. negara islam mana lagi menjadi sasaran yahudi ????  sudah tentu MALAYSIA.  apabila FBI mula bertindak, tunggu lah satu hari nanti nasib rakyat malaysia bagaimana ...????   sejarah kejatuhan melaka dan sejarah kejatuhan kerajaan iraq mempunyai misi yang sama di rancang oleh puak yahudi. 


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails