Adun Senallang, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan cadangan seorang pemimpin veteran Sabah agar pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, yang sebelum ini dicadangkan dipindahkan ke Labuan, dipindahkan ke kawasan pantai timur Sabah.
Katanya, cadangan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh baru-baru ini, yang mengesyorkan cadangan pemindahan pangkalan itu diubah ke Tawau, wajar diberi perhatian bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan pantai timur negeri itu terus diperkukuhkan.
"Ini mengambil kira kedudukan kawasan pantai timur Sabah yang lebih terdedah kepada pelbagai ancaman musuh seperti insiden pencerobohan di Lahad Datu (pada Februari tahun lepas) dan beberapa siri kes penculikan oleh warga asing (di pantai timur Sabah)," katanya ketika membahaskan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dun Sabah di sini hari ini.
Nasir juga berharap pasukan keselamatan turut mempertingkatkan kawalan keselamatan di luar masa penguatkuasaan perintah berkurung di enam daerah di bawah Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) iaitu dari jam 7 malam hingga 5 pagi.
Perintah berkurung itu, yang dilaksanakan di Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, kini memasuki fasa kelapan sejak 19 Julai lepas.
"Sejarah menunjukkan serangan di siang hari bukanlah suatu perkara yang mustahil di mana pada 1980-an dan 1990-an pernah berlaku kejadian serangan lanun yang berani ke darat iaitu di pekan Lahad Datu dan pekan Semporna sehingga mengorbankan nyawa beberapa orang awam.
Justeru, segala cadangan yang pernah diutarakan sebelum ini (dalam Dun lepas) bagi menubuhkan pos-pos kawalan tambahan di tempat-tempat berisiko tinggi hendaklah diambil perhatian serius dan janganlah dilengah-lengahkan pembinaannya," katanya.
Nasir juga berkata pembinaan pos kawalan di Kampung Simunul dan Kampung Bangau-Bangau di Semporna juga perlu kerana dua kampung itu sering menjadi lokasi pendaratan pendatang asing tanpa izin dan kegiatan penyeludupan barang.
Selain itu, beliau berharap perancangan menjadikan pelantar minyak Petronas sebagai pangkalan operasi hadapan (FOB) dapat dilaksanakan mengikut jadual. - Bernama
Ps: nampaknya kena buat demo lagi lah,,, ???? Pegawai pegawai TUDM dalam pengkalan itu nak ikut cakap UMNO ka, nak ikut arahan komander. ???,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
0 comments:
Post a Comment