Wednesday, July 30, 2014

DAP SUDAH GOYANG DI SELANGOR

Kenyatan media Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook pada 29 Julai 2014 di Kuala Lumpur.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat untuk mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri dari cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khasnya DAP di seluruh negara terhadap PAS.

DAP amat terkilan dengan pendedahan mesej Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam "Whatsapp AJK PAS Pusat" yang berbunyi;

"Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB..Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini..."

Yang pertamanya, Dr Zuhdi tidak menafikan menulis mesej tersebut tetapi cuba mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa apa yang ditulis oleh beliau adalah "analisis senario" kepada cadangan oleh seorang pemimpin kanan PAS supaya PAS keluar dari PR.

"Analisis" sebegini lebih-lebih lagi dari seorang pemimpin PAS pusat adalah sangat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur membelot kepercayaan rakyat. Walaupun cadangan untuk kekal atau keluar dari PR adalah hak pimpinan PAS, namun cadangan untuk bergabung dengan UMNO dan membentuk kerajaan negeri Selangor adalah satu pengkhianatan bukan sahaja kepada PKR dan DAP, tetapi juga kepada rakyat Selangor khasnya kaum Cina yang telah memberikan mandat yang jelas kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Mana-mana pemimpin yang berfikiran sebegitu dan melontarkan cadangan tersebut perlu dikutuk dan dihina dengan sekeras-kerasnya. Saya ingin mengingatkan Dr Zuhdi dan mana-mana pimpinan PAS supaya memahami analisa politik bahawa kemenangan kerusi-ker
usi yang dimenangi PAS di Selangor adalah melalui sokongan kuat kaum Cina yg menyokong DAP. Pimpinan PAS tak perlu berlagak sombong atau bongkak kerana DAP memainkan peranan besar dalam PRU13 yang lepas. Kalau mengharapkan sokongan kaum Melayu semata amat mustahil untuk PAS menang 15 kerusi DUN di Selangor!

Yang keduanya dan lebih mendukacitakan ialah seorang Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS yang sepatutnya diamanahkan sebagai "think tank" kepada PAS boleh "mengimaginasi" untuk "menjentik DAP, gereja dan non Muslim" apabila ada pandangan yang berbeza. Ke mana perginya sifat keterbukaan dan toleransi slogan "PAS for ALL"?

Saya juga tidak pernah ada imaginasi bahawa seorang pemimpin PAS boleh "mengimaginasi" seperti UMNO untuk mengembalikan kuasa politik Melayu Islam melalui persempadanan semula kawasan pilihanraya. Bukankah cadangan seperti ini seolah-olah bersekongkol dengan SPR dan tiada beza dengan agenda dari PERKASA?

Cadangan dan pemikiran Dr Zuhdi ini amat mencemarkan imej positif PAS yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan dan kuat berpegang kepada prinsip. Saya yakin majoriti pemimpin PAS Pusat bersama DAP dan amat tidak bersetuju dengan cadangan dan pandangan Dr Zuhdi.

DAP menyeru pimpinan PAS pusat supaya mengambil satu pendirian yang tegas untuk menjauhkan diri daripada cadangan Dr Zuhdi dan mengambil tindakan tegas yang sewajarnya untuk mengembalikan keyakinan pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara terhadap PAS. PAS juga perlu memecat Dr. Zuhdi bagi menghormati dasar kerjasama dengan DAP. Ingatlah bahawa DAP tidak memerlukan PAS sebaliknya PAS yang memerlukan DAP untuk mendapat undi kaum bukan Melayu.

Setiausaha Agung Organisasi
DAP Kebangsaan
LOKE SIEW FOOK

Aku komen: apa kata pempinan PAS ????. Mana dia kenyataan balas membuktikan PAS tetap utuh di belakang MB Selangor Tan sri Khalid Ibrahim. Kasi gegar sikit dap di selangor.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

7 comments:

Anonymous said...

Bersatu teguh bercerai roboh. Bersatulah demi agama Islam lebih baik daripada bersubahat menjatuhkan islam...

Anonymous said...


dari presiden sampai ke tukang sorak HAMPas cuma banyak cakap. tindakkan HAMPAS, mana ada pas berani bertindak dalam hal-hal besar negara, kepentingan islam melayu dan raja-raja?, sebaliknya isu-isu bulu jembut diutamakan dan menanamkan semangat permusuhan dengan umno sepanjang zaman.

Anonymous said...

Siapa pula pengkhianat PAS yg bocorkan perbincangan dalam watsapp tu? Itulah Pejuang DAP sebenar. Nanti PAS akan buat statement biasa " ITU CUMA PENDAPAT PERIBADI DR ZUHDI, BUKAN PENDIROAN PAS" tunggu la dia tiga hari lagi

orangjohor said...

Kalau am jdk zuhdi, buat pkak badak jer. Nk ajor cina mcmtu LA punya style. Lu sapa mau gertak2x ghua. Tpi kalau kna cuit sket dh melatah, buang Karen jer layan pas ni. Xdak pendirian.

Anonymous said...

PAS Selangor makin resah dengan gelombang politik masakini di Selangor. Puak erdogan anwarinas PAS sudah mula berang dan mempersoalkan kredibiliti Tn. Hj. Abdul Hadi Awang malah sudah berani menyanggah pandangan Mursyidul Am mereka.Sebenaranya mereka ini terperangkap dengan game politic DSAI.

Anonymous said...

ini taktik deal antara anwar n najib..guna talibarut umno sirafizi pondan nak jatuhkan pakatan dselangor..so hati2,,si nuar dah desperate nak ke sungai buluh..PAS mesti pandai bersilat gayung politik dgn 1nwar aljub.

berasiam said...

pas dengan tahalluf siyasinya semakin hanyut dalam gelombang kafir. hanya semata-mata mahu menumbangkan umno maka pas rela bersekongkol dengan dap yang dari dahulu memang cina totok yang tidak pernah akan puas hati selagi kuasa politik didominasi oleh orang Melayu/Islam. pilihan apa yang diambil oleh pas melalui tahalluf siyasi pun masih belum jelas. yang jelas, dalam pakatan rakyat agenda Islam tidak dominan sebagaimana dalam bn yang didominasi oleh umno. seburuk-buruk umno, pemimpinnya masih beragama Islam. dulu hingga kini umno masih gah sebagai kuasa dominan dalam bn. siapa boleh menyangkal bahawa strategi umno melalui bn adalah lebih mirip kepada sejarah pemerintahan Madinah yang juga berbilang agama dan kaum tetapi Islam sebagai pihak yang dominan. bandingkan dengan kedudukan pas dalam pakatan rakyat yang masih terumbang ambing kerana setiap parti sama kedudukannya. lebih tepat lagi, Islam tidak pernah dominan dalam pakatan rakyat.

jika dap mendakwa sokongan cina menyumbang kepada kemenangan pas, bagaimana pula sumbangan Melayu/Islam terhadap kemenangan dap secara keseluruhannya? cina pun akan kekal dengan mca/gerakan sekiranya pas tidak berada dalam pakaran rakyat kerana cina tahu tidak mungkin dap akan berjaya berbuat apa-apa secara sendirian. pasa boleh jawab dap jangan sombong kerana sokongan orang cina kepada dap adalah atas pandangan dan kepercayaan bahawa pas mampu menarik sokongan orang Melayu/Islam untuk menumbangkan umno/bn.

pengkhianat sebenar di sini ialah orang yang membocorkan whatsapp ajk pas pusat kepada pihak luar hingga mendedahkan rahsia parti. orang itulah yang patut dihukum sula ataupun rejam kerana khianat terhadap parti. bukan dr zuhdi yang jadi sasaran.

Related Posts with Thumbnails