Thursday, September 26, 2013

JOM TONTON FILEM BENCINTA @Nor4Danish #bencinta


kepada peminat pelakon cantik Nora Danish wajib pergi menonton filem BERCINTA. sememangnya mata aku tidak lepas untuk menyaksikan setiap babak yang ada watak "fathia" 

Filem yang berkisahkan sebuah pasangan yang baru berkahwin dan selepas itu menjadi tawar apabila mengetahui suaminya Faizal lakonan farid kamil yang kaya raya ada hubungan dengan wanita lain. Demi untuk mempertahankan kelakuannya yang suka berfoya foya faizal terus bertukar menjadi PENDERA, ini lah yang menyebabkan fathia terperangkap dalam perkahwinan tidak tahan sering di pukul terus mengambil keputusan lari ke langkawi.

nak jadi kan cerita bila di langkawi fathia meminta pertolongan kawan baiknya. keadaan menjadi lain pulak bila masing masing saling jatuh cinta. bagaimana fathia mengharungi keadaan ini bila terpaksa berhadapan dengan suaminya seorang kaki pukul dan pendera. apakah yang terjadi pada fathia bila faizal jumpa dia di langkawi ???  tak boleh nak cerita lebih lebih jom kita pi menonton filem BENCINTA.

Tuesday, September 24, 2013

KARPAL SINGH DI ARAH TARIK BALIK KENYATAANNYA BAHAWA TIMBALAN PERDANA MENTERI PELIWAT.


CALON EXCO PEMUDA "AYUH ANAK MUDA SATU MELAYU DAULAT ISLAM" @Khairykj @ahmadlutfi4EXCO @LokmanAdam @dzainalabidin #PemilihanUMNO2013 #ustazlutfi4exco

Calon Pemuda ini harus di beri perhatian oleh seluruh perwakilan pemuda untuk di beri mandat di dalam exco pemuda umno malaysia. di peringkat negeri pulau pinang calon ini lebih di kenali Ustaz Lutfi  memang sudah terbukti dalam kerja kerja politik bahkan  membantu calon calon pada piliharaya ke 13 yang lepas. 

dengan slogan AYUH anak muda 1Melayu Daulat Islam, ustaz lutfi ada memberi sedikit kata kata sebagai pembakar semangat anak muda. 

11Mei 1946 , 29 Ngo Melayu bersatu dibawah kepimpinan Dato Onn Jaafar menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) . Penyatuan orang Melayu dibawah payung UMNO kerana menentang Malayan UNION yang hendak menghapuskan Islam, Raja Melayu dan hak orang Melayu. Penerimaan Malayan Union bermakna rakyat Tanah Melayu bertuan Raja Kristian, apa masa depan aqidah umat islam sekiranya diterima dengan hati terbuka ?. 

Alhamdulilah pimpinan UMNO dengan prinsip perjuangan 1Melayu Daulat Islam Demi AQIDAH berjaya menyekat kemaraan kuasa besar British, penghinaan dan pencabulan maruah Islam, Raja Melayu ,dan hak orang Melayu . Kini PRU 13 dan masa depan seterusnya orang Melayu sekali lagi dihujani penghinaan dan pencabulan maruah Islam, raja Melayu dan hak orang Melayu dan UMNO sendiri. Obor perjuangan 1Melayu Daulat ISLAM mesti digema dan digegarkan semula terutama generasi muda yang bakal memimpin masa depan menghadapi cabaran, dugaan dan mendatang. 

Dalam Istiqamah pejuang, 2 pegangan nilai terpenting adalah keyakinan perjuangan parti dan ketinggian semangat perjuangan. Ayuh anak muda... 1Melayu Daulat Islam mesti dipasak kukuh , maka dengan pengalaman ilmu, pengalaman politik dan kerjaya yang Allah swt anugerahkan ini, rasa pertanggungjawaban yang tinggi melalui kepimpinan muda ingin dikongsi untuk membina kembali pejuang2 muda memahami, menghayati dan mengerjakan amal soleh demi survival agama, bangsa, tanahair dan parti UMNO. #AHMADLUTFI4EXCO 

PENGALAMAN POLITIK
Ketua Penerangan Pemuda Cawangan Seri Pengkalan
Ketua Penerangan BAHAGIAN BUKIT MERTAJAM
Timbalan Pengerusi Biro Agama UMNO PPINANG
AJK Biro Penerangan UMNO PPINANG
AJK Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO PPINANG
AJK Biro Latihan UMNO PPINANG
AJK Biro Pemikir dan Proffessional UMNO PPINANG 
AJK Biro WARROOM UMNO PPINANG

PENGALAMAN KERJAYA
Penolong Pengarah BTN JPM
Timbalan Pengarah BTN ,JPM PPINANG
PENGARAH JABATAN HAL EHWAL KHAS(JASA) PPINANG 

BA (HONS) Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) UKM


Thursday, September 19, 2013

TIMBALAN PRESIDEN UMNO AKAN DI CABAR ????




siapa Ismail b Mt Noh, ???? kalau benar nak mencabar jawatan TIMB PRESIDEN silakan tak ada masalah, sesiapa yang teringin nak lawan sekarang ini mudah hanya perlu mengambil borang di pejabat bahagian.

apa yang menarik bagi aku ialah ahli ini dari umno tasek gelugor, berkerja di dalam pejabat umno bahagian tasek gelugor, YB Shabudin Yahya ketua umno tasek gelugor.

kalau betul nak bertanding di persilakan, tapi kalau hanya sekadar nak buang borang rasanya tindakan ini tidak betul. tidak tahu menilai betapa berharganya satu borang itu pada orang lain yang nak bertanding.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Persiaran Mahameru,Kuala Lumpur,Malaysia

Tuesday, September 10, 2013

PEMILIHAN UMNO, ATURAN DAN KAEDAH PEMILIHAN #PemilihanUMNO2013 #PAU2013

PEMILIHAN UMNO, ATURAN DAN KAEDAH PEMILIHAN

Berikut adalah surat pekeliling yang dikeluarkan Ibu Pejabat UMNO:

SURAT PEKELILING IBU PEJABAT

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:

2.1 ATURAN KAEDAH PEMILIHAN DAN BORANG PENDAFTARAN

2.1.1 Kaedah pemilihan akan diadakan secara serentak di semua 191 Bahagian

2.1.2 Borang pendaftaran akan diagihkan seminggu lebih awal oleh Ibu Pejabat

2.1.3 Borang tersebut hendaklah diserahkan di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing dan perlu disertakan nama wakil calon serta mendapat pengesahan kelayakan bertanding daripada pihak Bahagian

2.2 TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO

2.2.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan sama ada di peringkat Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia atau peringkat Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian ditetapkan pada 21 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.

2.3 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO BAHAGIAN

2.3.1 Tarikh mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian diadakan serentak pada 12 Oktober 2013 (Sabtu).

2.4 PEMILIHAN EXCO PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO MALAYSIA

2.4.1 Tarikh pemilihan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia diadakan serentak pada 12 Oktober 2013 (Sabtu).

2.5 TARIKH PENDAFTARAN CALON PERINGKAT AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN JAWATANKUASA BAHAGIAN

2.5.1 Tarikh pendaftaran calon yang ingin bertanding bagi semua jawatan sama ada di peringkat Ahli Majlis Tertinggi dan peringkat Jawatankuasa Bahagian ditetapkan pada 28 September 2013 (Sabtu) bertempat di pejabat Badan Perhubungan UMNO Negeri masing-masing.

2.6 MESYUARAT PERWAKILAN DAN PEMILIHAN BAHAGIAN

2.6.1 Tarikh Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan di peringkat Bahagian diadakan serentak pada 19 Oktober 2013 (Sabtu).

2.7 PEMILIHAN AHLI MAJLIS TERTINGGI DAN WAKIL BAHAGIAN KE PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2013

2.7.1 Tarikh Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dan Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO 2013 diadakan serentak pada 19 Oktober 2013 (Sabtu).

3. Sekian dimaklumkan, semoga segala keputusan di atas akan diambil tindakan sewajarnya. Terima kasih.

sumber: UMNONLINE


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan Tenggiri,Bandar Seberang Jaya,Malaysia

Wednesday, September 4, 2013

DATUK MUSA SHEIKH FADZIR CALON PULAU PINANG UNTUK MT UMNO #PemilihanUMNO2013

GEORGETOWN: Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berharap calon dari negeri yang ditadbir pembangkang mendapat sokongan padu dan dipilih menganggotai Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata, dengan itu membolehkan suara dan pandangan mereka yang mewakili rakyat di negeri berkenaan dapat didengar seterusnya mengukuhkan kepercayaan parti di kawasan masing-masing.
"Jika diberi peluang, kedudukan ini boleh dijadikan landasan untuk kita kembalikan semula kegemilangan parti terutama di negeri yang diterajui pembangangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi Antidadah negeri, di sini, hari ini.

Beliau yang mengumumkan akan bertanding jawatan berkenaan dalam pemilihan parti itu Oktober ini bagaimanapun menyerahkan kepada anggota UMNO untuk menentukan sama ada beliau layak mewakili mereka atau tidak.

Ditanya peluang untuk menang kerana tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, Musa berkata, perkara itu bukan isu besar dan soal terpenting adalah keberanian bersuara serta tampil ke hadapan bagi meneruskan perjuangan parti dengan moto 'Demi Agama, Bangsa dan Negara'.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Pulau Pinang, Siti Rohani Ahmad.

- BERNAMA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts with Thumbnails