Saturday, July 20, 2013

KEMPEN NIK AZIZ DI #PRKBESUT TIDAK ISLAMIK.

Nik Aziz tidak ada ayat lain melainkan terus berkata UMNO TIDAK ISLAM. siapa sebenarnya tidak islam. siapa sebenarnya tidak mengikut ajaran Allah yang sebenarnya.

"'Sesungguhnya Allah, Pemeliharaku dan Pemeliharamu; maka sembahlah Dia. Ini jalan lurus.' Tetapi golongan-golongan berselisih sesama mereka, kemudian kecelakaanlah bagi orang-orang yang tidak percaya kerana senario hari yang besar." (19:36-37) 

puak puak ini  yang berselisih mengenai jalan lurus adalah bukan sahaja tidak percaya, atau kufur, malahan mereka juga disifatkan Allah sebagai orang-orang yang membuat kezaliman. 

Firman-Nya, "Tetapi golongan-golongan antara mereka berselisih; maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang membuat kezaliman kerana azab hari yang pedih." (43:65) 

puak puak  yang berselisih mengenai jalan lurus diberi amaran dengan "senario hari yang besar" dan "azab hari yang pedih"

Nik Aziz sepatutnya memahami dan baca ayat ini kepada rakyat, menerangkan atau menasihat jangan berselisih dan bergaduh antara satu sama lain. mengajak rakyat untuk sama sama ke jalan yang lurus. 

ulamak kepala bapak apa macam ini menracuni fikiran orang ramai dengan berdakwah membenci sesama orang islam. 

Perpecahan umat dapat dilihat dengan jelas setelah manusia menjadi bergolongan dalam agama, dan mereka yang bergolongan itu pula bergembira dengan apa yang mereka ada. ini semua ada di dalam Al-Quran  dipetik daripada ayat berikut:

"Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka." (23:53) 

Pecahan dalam agama, seperti bermazhab atau berkumpulan, yang dianjurkan seperti puak pas dan sesetengah pihak adalah bukan ajaran Allah mahupun Nabi-Nya, Muhammad (6:159). Sebaliknya, agama yang disyariatkan kepada baginda dan Nabi-Nabi sebelum baginda adalah yang bercorak tidak berpecah belah.

Firman-Nya, "Dia mensyariatkan bagi kamu (Muhammad) sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: 'Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya.'" (42:13)

jelas lah di sini cara nik aziz yang berstatus ulamak membuat beberapa kenyataan di atas pentas politik tidak islamik. ianya lebih kepada mengajak pengikut mengingkari ajaran Allah yang sebenar.

kalau kita lihat video di atas, apa kebaikannya pada rakyat ??? tidak ada satu pun ayat dia mengajak rakyat untuk bersatu, dari mula video ini ialah UMNO TIDAK ISLAM. UMNO BINA MASJID. UMNO TIDAK SEMBAHYANG. UMNO MENGKHIANATI FIKIRAN RAKYAT KELANTAN. dari mula sampai akhir UMNO TIDAK ISLAM.

sekurang kurangnya dia umumlah pas akan membina jambatan dari kuala besut ke pulau perhentian ka. dengan ini pas meluluskan projek menaik tarafkan masjid2 di kuala besut ka. kalau calon PAS menang, PAS negeri terengganu akan bina LRT dari kuala besut ke kota bahru ka. baru lah ada faedah kepada rakyat dan pengundi di sana.

apa pun biar lah rakyat dan pengundi fikirkan yang terbaik untuk mereka. UNDILAH BARISAN NASIONAL.

akhir sekali aku nak berdoa di bulan ramadhan ini

'Ya Allah, Pemula langit dan bumi, yang tahu yang ghaib dan yang nampak, Engkaulah yang menghakimkan antara hamba-hamba-Mu mengenai apa yang mereka padanya mereka memperselisihkan.'"

3 comments:

Anonymous said...

wah baik punyaaaaaaaaaaaaaaa bodek

Anonymous said...

Kalau Nik Aziz naik pentas ceramah dh tau dah apa dia nak cakap.

Anonymous said...

Kamu ni cuba nak bagi ceramah.. bawa ayat Quran sekali.. tapi nampak sangat dangkal kupasannya. Lain kali kalau nak analisa satu satu isu kena mula dengan asas masalah terlebih dulu.. Isu perpecahan ni apa puncanya?.. kenapa jadi begini dan apa isu yang diperselisihkan..bila kita dah jelas isunya apa, kenapa,bila & bagaimana maka barulah kita ambil panduan dari alquran..ambil ayat yang sesuai dengan masalah.. dalam hal ini Allah kata kalau berselisih kembalilah kepada AlQuran.. kemudian Allah jelaskan supaya penyelesaian itu mestilah diselesaikan pada dasarnya dulu iaitu penyelesaian melalui berpegang teguh dengan tali (syariat Allah).. Sekarang Pas mengajak UMNO berpegang kepada tali Allah dengan cara menjalankan syariat Islam dalam seluruh aspek kehidupan.. kalau UMNO terima ini maka terhapuslah perselisihan antara UMNO & PAS.. isunya sekarang UMNO mahu ke?...

Related Posts with Thumbnails