Thursday, February 28, 2013

NGO AKAN GEMPUR MENOLAK MANIFESTO PAKATAN @kerisPp




Kelab Warisan Malaysia (Keris) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan 20 siri penerangan rakyat pada 5 Mac hingga 16 Mac ini mengenai manifesto pembangkang yang tidak realistik.

Setiausaha Keris, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, ia bertujuan memberikan kefahaman dan kesedaran kepada rakyat pelbagai kaum bahawa manifesto dan janji pembohongan yang dibuat oleh pakatan pembangkang.

Beliau berkata, manifesto yang dilancarkan pakatan pembangkang baru-baru ini jelas bersifat fantasia atau angan-angan.

"Manifestaso yang mereka bentangkan itu tidak mampu untuk direalisasikan sebaliknya untuk menyedapkan hati apabila membaca, dan bersifat populis.

"Sebelum ini pun janji dalam manifesto yang dibuat pada PRU-12 di Selangor dan Pulau Pinang tidak mampu ditunaikan hingga sekarang," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Baru-baru ini pakatan pembangkang melancarkan manifesto yang mempertaruhkan empat teras utama membabitkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Nor Suhaili berkata, pihaknya menekankan empat teras yang dibentangkan dalam manifesto seperti caruman kepada wanita, menjamin kebebasan beragama, pelaksanaan gaji minimum dan caj air yang didapati tidak relevan bagi membantu rakyat.

Tegasnya, pakatan pembangkang tidak mampu melaksanakan apa yang terkandung dalam manifesto itu kerana di negeri ini sahaja masalah kesesakan lalu lintas dan rumah mampu milik tidak ditunaikan.

"Rakyat terus dibohongi dengan janji untuk menyelesaikan masalah kesesakan setelah hampir lima tahun memerintah negeri ini termasuk cadangan mahu membina terowong bernilai RM8 bilion," ujarnya.

Sebaliknya, katanya, kerajaan BN mahu membina monorel bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. - UTUSAN


- Posted using BlogPress from my iPad

0 comments:

Related Posts with Thumbnails