Thursday, February 7, 2013

BURUK NYA SIKAP PAS, BENCI ORANG SAMPAI KE TULANG HITAM.

DS Najib Razak antara menteri yang hadir paling awal semasa kematian Ust. Fadzil Noor rahimahullaah. Beliau tanya apa yang boleh kerajaan bantu. Lalu diminta ambulan untuk dihantar jenazah ke Kedah. 

Beliau terus membuat panggilan telefon mengarahkan disiapkan sebuah pesawat TUDM untuk menghantar jenazah pulang ke Kedah. Begitu juga Tun Abdullah Badawi juga masuk ke dalam van jenazah..."

Lalu Ustaz Nasha menyimpulkan satu konklusi perpaduan: "Sampai bila nak bersatu? Takkan nak tunggu mati baru nak bersatu? Takkan nal tunggu negara pecah belah baru nak bersatu? Masa tengah tenang nilah kita bersatu..." Atau sepertimana yang diungkapkan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa. (Soal Jawab TV3, 6 Februari 2013) - facebook pejuang agama dan bangsa.

arab nak simpul. sudah berbelas tahun rasanya arwah ustaz fadzil noor meninggal, baru sekarang ustaz nasha nak bercerita apa yang dah terjadi satu ketika dahulu, apabila melayu berpecah teruk baru nak bongkar cerita sebenar, penyokong pas mahu percaya ke apa yang ustaz nasha ini cakap ????  semasa dia dalam pas kenapa tidak di jelas kepada penyokong2 pas bahawa kesilapan pas memusuhi sesama islam ada lah tidak betul. 

arab melihat dari sudut berbeza, kita umpama sedang melihat orang  menebang pokok yang besar, akhir nya kita tidak tahu pokok itu mahu tumbang ke arah mana? orang umno jangan bertepuk sorak sangat, andai kata pokok itu tumbang ke arah orang umno. bencana lah kita, tapi kalu tumbang belah pas, bermakna pas akan hancur terus. ini lah yang perlu kita tengok dan selidiki.. 

apapun usaha ustaz nasha untuk melihat sesama orang islam bersatu amat lah baik sekali. umno pun sudah lama membuka pintu untuk bersatu bersama pas. biar lah ustaz nasha buat kerja itu. kita orang umno ada banyak  kerja yang nak kena buat untuk mendekati rakyat dan seterusnya memenangi PRU 13. 


6 comments:

Anonymous said...

setuju sgt. Xkira UMNO atau PAS, kita kena bersatu, dgn jgn buat mcm skrg ni, layan org sah2 kafir lebih dr sedar muslim sendiri. Ape le...

Anonymous said...

Kita tak nak orang melayu dan Islam tumbang, tak kira mereka ini UMNO atau PAS. Kalau salah satu tumbang, sebenar nya tumbang lah Islam dan melayu. Bangun lah, dan celik lah mata. Buang lah sisa-sisa hitam kan kebencian di hati nurani DEMI ALLAH, RASULALLAH, ISLAM dan MELAYU.

admin said...

Terima kasih memberi pendapat,, saya akan guna kan ini utk saya terus menulis,

Anonymous said...

Jangan dipertikaikan kenapa ustz nasha baru bersuara bekenaan usaha penyatuan ummah setelah die dipecat..kiter tak berader ditempat beliau..saya melihat dari satu sudut..jika terang-terang ustz nasha berusaha kearah itu..rasernya dah lama dah dier dibuang keanggotaannya..jika dah lama dier..langsung tiada aper die boleh buat kearah itu..ia ibarat menarik rambut dalam tepung..usaha ustaz nasha amat saya hargai..marilah sahabat kier berdoa agar ader lg pemimpin tertinggi pas yang berniat untuk penyatuan ummah ini..sedih yang teramat sangat sahabat melihat hari ini agama suci kita ISLAM seolah-olah diperlekehkan oleh kristian sehingga kalimah ALLAH sendiri pon kita msih tak mampu menjaganya..YA ALLAH kami mohon, bantulah kami untuk menjaga dan menyampaikan syiar ISLAM agama suci MU, YA ALLAH.

Anonymous said...

Berdebar2 dan terharu betul hati ini bila mendengar pendedahan ustaz nasharuddin ttg usaha ke arah penyatuan orang melayu islam. Tidak pernah saya tahu ada usaha yang serius ke arah itu berlaku didalam PAS. Persaudaraan Islam hukumya Waajib. Namun apabila melihat kepentingan politik mengatasi kepentingan menyatukan persaudaraan islam, usaha wajib ini pula telah dipandang sebagai suatu dosa besar. Innalillahiwainnailaihiraajiun.

Xpas said...

'Apabila mati seorg warga syurga, mk Allah swt berasa malu menyeksa org yg memikul jenazahnya,yg mengantarka nnya dan yg mensolatinya'. HR Al Dailami.
Kita semua ahli syahadah, buang yg keruh, ambil yg jernih ! Cari persamaan dan bertolak ansur dgn perbezaan. Semoga Allah swt menunjuki kita semua ke jlnNya bersatu menegakkan agamaNya. Amiiin !!!

Related Posts with Thumbnails