Friday, September 28, 2012

PANAS !!! DR MANSOR KENA BANTAI DGN REEZAL MERICAN @dzainalabidin @Khairykj @tengchangyeow

datuk seri reezal merican 
Dr mansor seharusnya berani dan bertanggungjawab apabila rakaman suaranya yang mengelarkan Lim Guan Eng angkuh telah tersebar dan seluruh rakyat pulau pinang telah mengetahuinya. 

Datuk Seri Reezal Merican mengulas dan mengucapkan syabas dr mansor kerana berani mengkritik ketuanya iaitu guan eng. ini telah memberi satu testimonia kritikan barisan nasional selama ini adalah benar.

jelas lah di sini kredibiliti pemimpin tertinggi pakatan rapuh telah di persoalkan oleh orang dalaman itu sendiri, rakyat pulau pinang sudah sedar dengan mainan politik pakatan rapuh, bagaimana nak memerintah sebuah negeri kalau ketua dan timbalan tidak ada kepercayaan satu sama lain. 





Tuesday, September 25, 2012

LAGI PHOTO2 UNCENSOR HIMPUNAN AMAN DI PULAU PINANG


demo hina nabi di penangIMG-20120923-00322 (640x480)IMG-20120923-00324 (640x480)
IMG-20120923-00326 (640x480)IMG-20120923-00327 (640x480)IMG-20120923-00328 (640x480)IMG-20120923-00333 (640x480)IMG-20120923-00334 (640x480)IMG-20120923-00337 (640x480)IMG-20120923-00342 (640x480)IMG-20120923-00343 (640x480)kaum lain sokongrakyat wakil mukabukuwanita himpunan aman
ahad lepas di padang kota lama “SPEAKER CORNER” Persatuan MUKABUKU Pulau Pinang telah menganjurkan satu HIMPUNAN AMAN mengutuk penerbit filem anti islam “INNOCENCE OF MUSLIMS” dan kartun menghina Nabi Muhammad SAW dalam majalah Perancis Charlie Hebdo.

Beberapa pertubuhan NGO Melayu Islam seperti Perkasa , Pekida, Al -ehsan bersama parti politik UMNO telah bergabung meletup di sana. turut sama bangsa lain menyatakan bantahan secara aman. mereka membawa sepanduk mengencam filem amateur tersebut.

saudara shahril wakil dari persatuan mukabuku berucap mengegarkan speaker corner di hadapan lebih 500 orang meminta pihak kerajaan menyekat terus filem didalam youtube.

filem yang paling kurang ajar menghina nabi Muhammad telah mengambarkan seorang pelakon memegang watak nabi sebagai seorang lelaki gila sex, ada beberapa aksi xxx-rated dalam filem itu

sementara itu perdana menteri Datuk Seri Najib menyeru umat islam agar terus membuat bantahan secara aman bagi menunjukkan perasaan marah bila islam di hina sebegitu rupa. 

penghormatan, tolenrasi dan persefahaman antara satu sama lain amat penting bagi menjaga keharmonian semua agama, bangsa dan kaum. 


Monday, September 24, 2012

NYAWA PENERBIT FILEM HINA NABI BERHARGA $100.000

Di pakistan seorang menteri menawarkan wang RM305,076.21 sebagai ganjaran untuk membunuh penerbit filem xxx-rated menghina Nabi.

Menteri kereta api, Gulam Ahmed Bilour telah mengajak anggota2 taliban dan al-Qaeda untuk mengambil bahagian dalam kerja membunuh ini

penerbit filem Innocence of Muslims, Nakoula Basseley Nakoula berumur 55 tahun seorang keturunan mesir dan penganut agama kristian koptik memang sekarang ini nyawanya di hujung tanduk.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, September 23, 2012

LIVE HIMPUNAN AMAN DI PADANG KOTA LAMA PULAU PINANG

Sekarang di padang kota lama seperti dijanjikan akan ada perhimpunan aman bAgi membantah filem amateur menghina nabi Muhammad SAW.

Orang ramai sudah mula berkumpul di sini sedang menunggu Q bila bila masa saja akan berlangsung,

Persatuan mukabuku pulau pinang bersama ngo2 hadir bagi menunjukkan bantahan ini,

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 21, 2012

GEMPAR!!! ALLAH TELAH TURUN KAN BENCANA KEPADA FILEM "INNOCENCE OF MUSLIM"

Berita Tergempar!!! Panggung Wayang di Amerika Terbelah Dua ketika Cerita Innocence of Muslim ditayang kan.

Itu di sana, atau mungkinkah selepas ini Allah akan turunkan bencana kepada mulut mulut jahat seperti pengerusi DAP perak.

Depa kata kalau 40 org alim ulama berdoa supaya ngeh ngeh itu di timpa bala pasti akan berlaku, kita tunggu dan lihat saja lah,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LIVE TELECAST DARI MASJID KAMPUNG BAHRU,

Selepas solat jumaat sebentar tadi rakyat malaysia berbilang kaum dan agama telah berkumpul di masjid kampung baru.

Penyokong membawa sepanduk dalam demonstrasi besar besaran membantah penerbit dan penyiaran filem anti islam "innocense of muslims" dan kartun bahan jenaka dalam majalah Perancis Charlie Hebdo.

Filem amatur itu yang menghina Nabi Muhammad SAW dan islam telah mencetus protes Dan kemarahan di seluruh dunia islam termasuk negara malaysia.

Sdr lokman adam membakar semangat dengan mengajak semua yg ada di sini menunjukkan kekuatan islam sebenarnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LIVE FROM MASJID KAMPUNG BARU.

nanti kan berita berita terkini dari sana, arab akan melaporkan dari masa ke semasa demontrasi himpunan aman yang di jangkakan akan berlaku selepas solat jumaat hari ini.

Thursday, September 20, 2012

LIVE: HIMPUNAN AMAN MEMBANTAH HINA NABI

Sekarang di pejabat pergerakan pemuda umno malaysia sedang berlangsung sidang akhbar oleh YB KJ.

Himpunan aman membantah penghinaan nabi muhammad dan islam akan berlansung pada esok hari lepas solat jumaat di masjid kampung baru, di jangka hampir 5000 ribu rakyat akan hadir.

Beberapa NGO dan parti komponen akan turut sama didalam himpunan tersebut, bagi membantah filem dan kartun menghina nabi dan islam.

Seluruh rakyat malaysia beragama islam dan agama lain di jemput hadir bagi memberi sokongan himpunan aman besok di masjid kampung baru.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 15, 2012

MUSLIMAH PAS ABBY ABADI MEMANG GILA TALAK....!!!!

Kepada puak dungu pas tolong lah jangan mengajar perkara2 yang boleh menjatuhkan maruah orang islam yang lain, cukup lah dengan apa yang telah dirosakkan oleh penyokong2 parti ahli syurga.

Kalau tangan tidak boleh membina, jangan lah pulak merosakkan. Arab berdoa semoga Allah membuka pintu hati abby abadi untuk kembali ke jalan yg benar, dan bukannya mengikut manusia yg Allah telah tutup rapat mata, telinga dan hati.
Mari kita baca apa yang pendekar melayu dedahkan

Tiga kali pakai seluar pendek tidak boleh menjadi wali dakwa abby abadi 

"Sebenarnya kalau kita mengaku kita ni semua beragama Islam, memang dah tak ada pilihan untuk tidak menutup aurat bagi wanita yang sudah akil baligh "

baca seterusnya untuk jawapan Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU)

Abby juga mandakwa bahawasanya"Begitu juga dengan lelaki. Kalau tiga kali je dia dah langgar hukum.Contoh macam main bola pakai seluar pendek yang atas pada lutut, dia tidak boleh jadi Wali dah. Benda macam tu nampak kecil tapi sebenarnya dia punya kesan tu besar

Demikian antara kata-kata Abby  sewaktu beliau menyampaikan ceramah di Rumah Terbuka Eidil Fitri di Ampangan, Negeri Sembilan baru baru ini yang turut dihadiri salah seorang crew sebuah portal hiburan yang semata mata mahu mendengar isi kandungan ceramahnya.

Selain itu menerusi ceramahnya juga, sekali lagi Abby menegaskan yang Malaysia sebenarnya berada dalam keadaan yang sangat bahaya. Pandangan ini dibuat kerana menurutnya keadaan dari Segi Agama dan Ekonomi negara Malaysia ini sangat membimbangkan dakwa Abby lagi.

Abby turut menjawab tentang isu yang sama dalam laman mikro sosial Twitter beliau sebagai menjawab pertanyaan dari peminatnya kita lihat apakah jawapan dari Abby ni.

Abby juga membuat pengakuan menerusi ceramah itu yang dia pernah menyebut  kepada pihak-pihak tertentu dengan perkataan 'bodoh'

Ada2 jer Abby ni maklum la sekarang dah jadi Ustazah kiiikiikii menjawab persoalan itu kita bersama Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU) meminta Abby Abadi yang mendakwa bahawa lelaki memakai seluar pendek atas kepala lutut lebih tiga kali tidak boleh menjadi wali supaya mengemukakan dalil dan nas bagi menyokong hukum yang dikeluarkannya itu.
Pengerusinya,

Ustaz Fathul Bari ketika dihubungi wartawan berkata, bukti dari sumber yang kukuh diperlukan agar kenyataan tidak boleh menjadi Wali itu terbuksi benar dan tidak tergelincir dari fahaman sebenar.

Menurutnya lagi, ia bagi mengelakkan dari timbulnya persepsi masyarakat yang mudah menjatuhkan hukum sesat kepada individu-individu tertentu.

"Wali sebenarnya bukan dipetik oleh manusia tetapi ia adalah pilihan Allah S.W.T. Ciri-ciri Wali ada disebut dalam Al-Quran iaitu mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T.

"Demikian, beliau harus bertanggungjawab tunjukkan dalil dan nas Al-Quran yang menyatakan kenyataan itu (lelaki berseluar pendek lebih 3 kali) tidak boleh menjadi wali, adalah memang bukan rekaan"

Menurut  Ustaz Fathul, seseorang lelaki yang memakai seluar pendek itu sememangnya mendapat dosa kerana mendedahkan sebahagian auratnya.

Sumber: pendekarmelayu


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, September 14, 2012

MAYA KARIN DUTA FORD FOCUS SIAPA LEBIH CANTIK @maya_karin

Wahhhh menarik nie, nampaknya rezeki artis wanita paling cantik ini bertambah lagi dengan menjadi duta kereta jenama ford focus.

Jom kita lihat photo photo maya karin ketika pelancaran model kereta ford focus.

Terima kasih kepada media melaya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 13, 2012

ANWAR MENGANUT FAHAMAN "ANARKI"

ANARKI dalam bahasa mudahnya ialah keadaan yang tidak tertib, luar daripada kelaziman dan cenderung kepada perubahan tanpa mengikut urutan sejarah dan budaya malah agama. Daripada perspektif Barat ia adalah pancaran faham liberalis dan pluralis.

Kebebasan yang cuba diamalkan oleh faham ini amat melampau. Ia menjerumuskan generasi muda yang jahil tentang perjalanan sejarah dan budaya dalam arah perubahan tanpa arah. Ia bakal merosakkan premis kemasyarakatan dan kenegaraan yang dibina.

Hak asasi yang mereka tuntut tidak dalam acuan kita tetapi lebih banyak mengutip jalur luar yang tidak serasi dengan cita rasa setempat dan agama. Ia bersifat nafsu nafsi tanpa landasan akal dan iman yang kukuh.

Tindakan Anwar Ibrahim berucap di majlis Sambutan Kemerdekaan di Shah Alam dengan menafikan kehadiran Sultan Selangor adalah gambaran faham 'anarki' yang dibawa. Rasa malu dan segan sudah hilang. Sebaliknya ia menimbulkan kemarahan banyak pihak dan Anwar mendukung teori konflik supaya dia mendapat perhatian dan perlakuannya menentang kelaziman mahu dilihat sebagai suatu keberanian.

Hal yang sama berlaku di Dataran Merdeka dalam Himpunan Janji Bersih gambar pemimpin negara dipijak dan dihina dan pengibaran bendera Sang Saka Malaya dikibarkan. Ia jelas suatu tindakan yang 'anarki'.

Anwar tahu apa yang berlaku tetapi tidak membuat komen yang menggambarkan bahasa adab, kesantunan dan kesusilaan.

Sebaliknya Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang lebih beradab mengenai peristiwa itu. Sekali lagi generasi muda diperangkap dengan tindakan di luar batas yang tentunya didorong oleh faham 'anarki'.

Sehingga kini terdapat lebih 450 laporan di balai polis membantah apa yang berlaku. Peristiwa menggantikan Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya menyebabkan masyarakat sangat marah dan rasa terhina.

Anwar dengan tabiat berpolitiknya mengharapkan dukungan generasi muda. Anwar kena ingat tidak semua generasi muda jahil dan tidak tahu urutan sejarah dan budaya negara. Kalau dengan berbuat cara melampau itu dia mengharapkan dukungan yang lebih ramai ia adalah sesuatu yang meleset.

Bagi kelompok hardcore atau penyokong yang taksub kepada Anwar jumlahnya tidak besar. Kelompok ini ibarat direndam tak basah dan dibakar tak hangus akan tetap mendukung Anwar baik atau buruk.

Tetapi Anwar kena ingat masyarakat bukan hardcore terus memerhati gelagat beliau. Golongan simpatisen dan atas pagar yang jumlah jauh lebih besar akan berfikir dua kali selepas peristiwa itu.

Peristiwa di Selangor memberi pertunjuk mengenai kecenderungannya membangun sebuah negara Republik. Mencetuskan penghinaan kepada institusi Raja dan menghina Jalur Gemilang simbolik kesetiaan rakyat kepada negara, menghina gambar pemimpin bukanlah suatu cara yang baik untuk menjadi teladan orang-orang muda.

Anwar semasa memimpin ABIM mendidik ahlinya tentang pentingnya adab. Tema ucapannya selalu mementingkan kefahaman terhadap nilai-nilai baik dalam tradisi orang Melayu dan kemurniaan adab yang dianjurkan oleh Islam.

Anwar semasa terlibat dalam UMNO juga pada umumnya mempunyai sifat yang lazimnya boleh diterima oleh masyarakat. Tetapi sekarang ini cita-citanya untuk ke Putrajaya mengambil alih kuasa dan ingin menjadi Perdana Menteri terlalu tinggi menyebabkan Anwar kehilangan arah dan pedoman.

Apa saja yang dilakukan mengundang kontroversi. Baginya lebih banyak kontroversi yang dilakukan lagi baik kerana anggapannya ia boleh mengundang perhatian dan sokongan. Tanggapan ini adalah tidak benar. Lebih banyak kontroversi di luar adab dan tertib kenegaraan, lebih banyak pula penentangan terhadap beliau dan gerak kerja politik yang dibawanya.

Anwar kena faham tidak semua orang boleh diperbodohkan dalam setiap masa dan sebahagian besar masyarakat Malaysia adalah orang yang memerhati gelagat pemimpin.

Kalau gelagat pemimpin ingin menyemai sifat biadab dan kurang ajar kepada sejarah dan perjalanan budaya ia akan ditolak. Kalau pemimpin ingin menukar negara ini kepada republik ia tidak semudah retorik.

Apakah ini petanda kebesaran Allah yang sedang ditunjukkan bahawa gelagat yang sedang dipaparkan menimbulkan kemarahan dan kebencian ramai orang dan ia tidak baik bagi sokongan politik khalayak.

Anwar orang politik. Sekiranya ia lari daripada kelaziman amalan yang bercanggah dengan adab dan ketertiban yang selama ini beliau dukung dalam ABIM, ia memberi petanda buruk terhadap hari depannya.

Anwar mungkin boleh bercita-cita untuk ke Putrajaya dan melakukan gerak kerja politik yang menongkah arus tetapi Anwar kena faham segala-gala itu tertakluk kepada ketentuan Allah. Allah Maha Mengetahui niat seseorang itu. Moga-moga Allah melindungi Malaysia menghadapi bencana politik yang merugikan umat.

Dari jendela tok ki.

Anwar sememangnya suka menentang arus, ini lah politik dia sejak dahulu lagi, kononnya mahu buat perubahan mengajak golongan muda bersamanya,sehingga kalau boleh mahu menghapuskan sejarah dan adab tanpa arah.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 8, 2012

PEMUDA SELANGOR DESAK KHALID IBRAHIM JAWAB...!!!!!


Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal mendesak Khalid Ibrahim memberikan penjelasan status bas Jelajah Merdeka Rakyat.

nampaknya MB selangor penipu masih dok menipu rakyat. sekarang dia kena jawab lah betul kah bas tu pakai duit poket sendiri. macamana nak jadi MB kalau kerjanya dok menipu rakyat saja. 


PHOTO2 LIVE DARI RUMAH TERBUKA BN n UMNO PP

Pengerusi BN PP dan UMNO PP bersama barisan kepimpinan negeri menjadi tuan rumah, mengambil kesempatan untuk bersalaman sambil mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada rakyat yang hadir memeriahkan sambutan majlis ini.

Rata rata rakyat begitu puas hati dan gembira kerana ini lah peluang yg ada untuk berjumpa pemimpin2 mereka.

Cuaca pada ketika ini redup, sejuk. Hujan bila bila masa akan datang. terima kasih kpd Allah atas rahmatMu,
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LIVE:MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDILFITRI BARISAN NASIONAL DAN UMNO PULAU PINANG

Jam pukul 9.30 pagi tadi, orang ramai dah mula datang untuk menghadiri rumah terbuka bn dan umno pulau pinang.

Arab menjangkakan kehadiran boleh melebihi 20 ribu orang. Gerai makanan pulak sebanyak 60 tapak tlah di sediakan.

Jam:10 pagi: sekarang orang ramai telah pun menjamu selera.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Related Posts with Thumbnails