Dalam satu keyataan,Nik Aziz ada berkata..adalah satu penghinaan oleh UMNO kepada Ku Li jika beliau diletakkan sebagai calon BN untuk bertanding di PRK DUN Galas.Dalam kenyataan tersebut juga Nik Aziz dengan tegas berpendapat bahawa Ku Li tidak sesuai untuk bertanding di peringkat DUN kerana Ku Li pernah memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen.
Jiwa muda aku tertanya-tanya...sejak bila pula Nik Aziz menjadi pembela keturunan Raja?Setahu aku puak2 PAS ni sanggup menghina Raja dengan berbaring dibawah kereta yang dipandu oleh Raja Muda Perak semata2 kerana gilakan kuasa politik di Perak ketika BN kembali merampas Pemerinahan Negeri Perak tempohari.Bertambah pelik lagi bila timbul satu persoalan,kenapa Nik Aziz tidak langsung menasihati pengikut2 PAS ni supaya tidak menghina raja dan kenapa pula pabila Ku Li mula disebut untuk diletakkan sebagai calon di PRK DUN Galas,UMNO dikatakan menghina keturunan Raja pulak?
Sekiranya Ku Li bertanding diperingkat DUN dianggap rendah darjatnya,kenapa Nik Aziz sendiripun bertanding diperingkat DUN?Bukankah Nik Aziz ni seorang 'ulama'tersohor?Apakah taraf seorang 'ulama'yang tersohor hanya bertanding diperingkat DUN?kenapa tidak bertanding diperingkat Parlimen bagi membolehkan beliau layak menjadfi Perdana Menteri jika PAS menguasai pemerintahan negara satu hari nanti..dan memungkinkan 'tok guru' ini dengan mudah melaksanakan hudud?
Rahsianya mudah saja...Nik Aziz sebenarnya sudah dibayangi kekalahan besar jika Ku Li bertanding di PRK ini kerana pengaruh Ku Li sebenarnya masih subur bukan sekadar di Gua Musang,malah ketokohan Ku Li masih di geruni dan di sanjung tinggi oleh seluruh rakyat Kelantan.
Pada aku..jika Ku Li diletakkan di DUN Galas sebagai calon BN..jika menang dan terus di beri mandat ini di PRU 13 nanti..tidak mustahil.BN mampu merampas Kelantan dan Ku Li pula dilantik sebagai MB Kelantan.....percayalah.
0 comments:
Post a Comment