Tuesday, October 5, 2010

Kalau dah nama DUIT JUDI,

cerita kali ini memang PANAS cukup panas, satu tamparan yang cukup hebat kepada Kerajaan negeri  Pulau Pinang, maknanya segala sumbangan dari Kerajaan  Pulau Pinang telah meragui banyak pihak,

Bayangkan lah sewaktu bulan Ramadhan berapa puluh dan ratus ribu Kerajaan Pulau Pinang telah menderma kepada masjid dan surau untuk majlis berbuka puasa, orang melayu Islam penat je berpuasa kerana berbuka dengan juadah HASIL JUDI DAN HARAM.  ini bukan satu tuduhan tapi ini adalah satu kemusykilan yang akan terus meragui rakyat pulau pinang dari mana datangnya sumbangan itu. 

satu lagi keraguan ialah datang dari pembantu khas kepada Datuk Seri Zahrain, beliau telah menerima wang sumbangan RM1000 di atas kematian ibunya. klik sini
Ismail Mohd Ali - pembantu khas kepada ahli parlimen bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang keluar PKR Februari lalu - hari ini memulangkan wang ehsan RM1,000 sumbangan kerajaan negeri Pulau Pinang di atas kematian ibunya.

Ismail (kanan) berkata beliau memutuskan untuk memulangkan wang tersebut selepas berbincang dengan ahli keluarga ekoran laporan bahawa wang itu dipercayai dari sumber judi.

Ismail menerima sumbangan itu melalui program kebajikan warga emas kerajaan negeri pada bulan Ogos ketika ibunya meninggal dunia pada bulan Julai ketika berusia 82 tahun.

"Saya tidak mahu atau memerlukan wang ini. Biarkan ia dibelanjakan untuk orang miskin," katanya dalam sidang akhbar Umno bahagian di Bayan Baru untuk kira-kira 50 warga emas yang mahu memulangkan wang ehsan yang diterima dari kerajaan negeri.

Ismail, yang mendakwa beliau bukan ahli Umno, dan hadir di sidang akhbar itu atas kapasiti peribadi, menggesa Exco kerajaan negeri Pulau Pinang yang bertanggungjawab terhadap halehwal agama, Abdul Malik Abdul Kassim supaya jangan "bermain politik" dengan isu tersebut.

"Haram adalah haram. Abdul Malik tidak layak menjadi exco untuk halehwal agama," katanya.

Ini adalah kali kedua majlis seumpama itu diadakan untuk warga emas berhimpun bagi memulangkan wang ehsan sumbangan kerajaan negeri.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails