Tuesday, July 6, 2010

PAS ITU PARTI AJARAN SESAT : SHAFIE AFDAL

Mohd Shafie dilaporkan melabelkan Pas sebagai 'Parti Ajaran Sesat’ ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kulaijaya, di Dewan Raya Kampung Pertanian.

Ketua Penerangan Pas Johor, Mazlan Saliman berkata, sekiranya Mohd Shafie gagal berbuat demikian, pihaknya akan membuat laporan polis di seluruh negeri berhubung dakwaan yang disifatkan sebagai berniat jahat, keterlaluan dan biadap.

Menurutnya, pihaknya melalui Ketua Pemuda Pas Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sentral, di sini, kira-kira jam 11.31 pagi, semalam, terhadap Mohd Shafie dan meminta siasatan dibuat ke atas ucapannya, orang yang hadir mendengar serta wartawan terlibat.

:“Kenyataan Mohd Shafie yang mendakwa ‘Pas parti ajaran sesat’ berbahaya, biadap dan tidak bertamadun kerana parti yang telah ditubuhkan sejak 1951 tahun ini mempunyai ahli seramai satu juta orang kini.

sumber dari sinar online.

Inilah kerja ularmak-ularmak PAS. Mereka bukannya tahu bagaimana nak memakmurkan Islam didalam negara tetapi mereka hanya tahu merapu asyik nak memohon bala kepada sesiapa sahaja yang tak bersetuju dengan mereka.

Dengan sikap yang ada pada pemimpin-pemimpin PAS ini, tak mustahil Syeikh Yusuf Qardhawi juga akan mereka doakan dengan doa pecah perut serta dimohon turunkan bala oleh Allah swt jika Syeikh tersebut menegur amalan khurafat yang dilakukan oleh PAS selama ini.

Daripada mereka asyik nak mohon diturunkan bala kepada umat Islam lain, alangkah bagusnya jika "tiang-tiang lampu berserban" dalam PAS ini memohon doa penerang hati serta hidayah buat diri mereka yang semakin menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Buat apalah sibuk-sibuk nak musnahkan orang lain yang berkata benar, Idris Ahmad serta seluruh ahli PAS sepatutnya cermin-cerminkan diri serta menginsafi semua perilaku mungkar mereka. Mohon keampunan banyak-banyak kepada Allah swt selagi umur masih ada dan berharap Allah mengampunkan salah laku mereka.

Itukan lebih baik !
sumber dari UMBpermatang pauhteta

komen arab.....lim guan eng pernah menuduh 3juta orang umno samseng...3juta orang umno kaki rasuah, itu kes apa pulak, !!!!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails