Komen pertama oleh puak khawarij PAS mengenai isu Anwar mohon maaf kepada Yahudi Zionis di Amerika adalah dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang menuntut supaya Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menyatakan pedirian sebenarnya berhubung isu permohonan maafnya kepada kaum Yahudi.
"Jika benarlah sepertimana yang dilaporkan, jelas sekali Datuk Seri Anwar tidak konsisten dalam isu ini... sebelum ini beliau bersama-sama kita (PAS) turut mengutuk kekejaman zionis.
"Tapi kali ini berbeza, beliau nyatakan pandangan yang tak menentu," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai satu laporan akhbar Washington Post Isnin lalu yang mengatakan bahawa Anwar berada di Washington DC selama beberapa hari minggu lepas untuk memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana menggunakan istilah seperti "pencerobohan zionis".
Kesian kepada puak2 PAS yang bersemangat mengutuk kerajaan Najib dalam isu kekejaman Zionis Israel untuk dikaitkan dengan APCO akhirnya makan diri mereka balik apabila kepala mereka Anwar Ibrahim baru sahaja pergi melutut mohon maaf kepada Yahudi kerana mengutuk Israel menggunakan istilah " pencerobohan Zionis "
Malah blog2 PAS dan penjilat2 tegar mereka yang lain semua sekarang ini diam terus bila berita Anwar sanggup jilat dan sembah ampun kepada Yahudi di Amerika yang disiarkan dalam Washington Post . Mereka pasti tidak percaya yang laporan akhbar Amerika ini memaparkan kunjungan idola mereka Anwar ke sana untuk sujud di kaki Yahudi Zionis yang mereka tentang dan marah hingga berdemo di Kedutaaan US baru-baru ini .
sumber dari :PERJUANG BANGSA
arab nak kata;. cilakak cilakak cilakak lah barua yahudi ini, nampaknya lagi satu pembongkaran telah di buat, dan ini lah masanya UMNO bangun dari tidur, para bloggers telah mendedahkan satu demi satu di alam maya ini dan ini lah masa yang paling baik untuk umno bangkit dan terangkan kepada rakyat,
0 comments:
Post a Comment