KENYATAAN MEDIA
1. Anwar terlalu terhutang budi dengan DAP. Semua yg dilaksanakan oleh DAP dianggap benar belaka kerana parti itu telah menjadi tulang belakang sebagai rakan kongsi politik yang harus digendong olehnya untuk mencapai cita2 politik beliau.
2. Umno dan BN tidak akan pernah mengamalkan racism atau perkauman. Agenda kami untuk turut menjaga kepentingan semua bangsa dan agama akan terus dilaksanakan seperti terbukti ketika menjadi kerajaan.
3. Kerjasama Umno dan Pas turut melibatkan pelaksanaan dasar menjaga semua golongan bersama parti-parti lain dari pelbagai kaum dan agama.
4. Hanya 'kacang yang lupakan kulit' sahaja menganggap Umno sebagai parti rasis.
5. Selesaikan dahulu masalah 'retak menanti belah' dalam PKR sebelum bercakap mengenai Umno.
6. Dalam PH sendiri kemelut antara parti sudah menjadi rahsia umum. 'Sudah terang lagi bersuluh'.
*Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi*
Presiden UMNO Malaysia
25 Julai 2019
0 comments:
Post a Comment