Wednesday, September 26, 2018

RENTETAN SEJARAH MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2018 #PAU2018 #UMNObangkit #PEMUDATERASKEBANGKITAN

Pilihanraya pada tahun  1969 menyaksikan Perikatan kehilangan banyak kerusi jika dibandingkan Pilihanraya yang sebelumnya. Kerusi di kawasan bandar yang diwakili oleh MCA dan MIC ketika itu hanya menang tipis kepada Parti Dap dan Gerakan. 

Bermula daripada keputusan Pilihanraya 1969 , tercetusnya provokasi kaum yang menjurus kepada peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 . UMNO pada ketika itu memperolehi 51 kerusi menjadi parti dominan dalam gerakan untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum.

Kaum Melayu tidak berpuas hati terhadap kepimpinan Tunku yang  tidak memberikan autoriti kepada orang melayu dan masih ketinggalan dikawasan pinggir bandar serta pedalaman.Kaum cina dan india ketika itu merasakan mereka sudah merampas hampir kesemua bandar besar dan ibukota.

Tun Abdul Razak pada ketika itu memainkan peranan penting dalam UMNO. Pelbagai formula telah disusun bagi memastikan Perikatan mendapat tempat di hati rakyat berbilang kaum. 

Maka sebelum pilihanraya 1974,
tertubuhnya Barisan Nasional yang terdiri daripada UMNO, MCA, MIC, GERAKAN,PAS. Hasil daripada penyatuan ini, Barisan Nasional kembali menerajui majoriti 2/3 parlimen pada Pilihanraya 1974.

Kemenangan ini membuktikan, formula yang dimainkan Tun Abdul Razak selama 4 tahun berhasil.

Apakah kita yang masih baru 4 Bulan tersungkur, dalam sekelip mata sudah menemui formula yang jitu?

DAP mengambil masa berpuluh tahun untuk kuasai Malaysia dengan bermulanya Barisan Altenatif, Pakatan Rakyat seterusnya Pakatan Harapan.

Belum apa-apa, sudah ada yang melompat ke seberang dengan alasan UMNO sudah jauh dari landasan.Sejarah tetap sejarah yang tidak boleh dipadam.
 
Dewasa kini, UMNO sudah terpalit dengan kejatuhan Barisan Nasional tetapi masih unggul menjadi parti yang dominan dalam Parlimen.
UMNO sudah terbiasa dengan permainan formula apatah lagi dengan ragam politik tanah air.

Kedatangan PAU (Perhimpunan Agung Umno) kali ini amat berbeza dengan sebelumnya. UMNO hadir sebagai parti pembangkang sedang bangkit daripada kejatuhan,

Episod ini, sudah pastinya dinantikan oleh ramai pemain politik dalam dan luar apatah lagi ahli-ahlinya sendiri. Sememangnya UMNO memerlukan naratif yang berbeza, perjuangan yang segar, dimudik dengan hala tuju yang jelas. 

Perhimpunan Agung UMNO pada kali ini pastinya akan merungkai seribu satu pertanyaan dan ditunggu-tunggu hampir 3 juta ahli UMNO.

Sehubungan itu, penulis mengharapkan, kepimpinan atasan dapat  merungkai hala tuju yang jelas bagi memastikan semangat juang UMNO tidak akan luntur di telan zaman.

UMNO pada hari ini masih memiliki pejuang-pejuang muda yang sanggup bangkit bersama untuk realisasikan hasrat rakyat amnya. 

Ahmad Badurol Hisham Mukhatar
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

0 comments:

Related Posts with Thumbnails