Monday, February 26, 2018

PEMBANGKANG MALAYSIA PALING TERUK

Rakyat Malaysia berhadapan dengan pembangkang yang paling teruk dalam sejarah politik Malaysia.

Dalam sistem demokrasi, negara sememangnya memerlukan pembangkang yang kuat untuk memastikan sistem semak dan seimbang (check and balance) berlaku agar Kerajaan yang memerintah akan sentiasa membaiki kelemahan yang ada.

Namun apa yang berlaku pembangkang di Malaysia hari ini mengabaikan tanggung jawab untuk membawa isu polisi dan dasar yang boleh membantu negara yang rakyat.

Isu yang pembangkang bawa bersifat persepsi jahat dan fitnah bertujuan untuk merampas kuasa dan sekaligus memesongkan persepsi rakyat sehingga menimbulkan kebencian terhadap perkara yang tidak benar sama sekali.

Bukan setakat itu sahaja, pembangkang juga telah mengganggu proses pentadbiran kerajaan yang dijalankan oleh penjawat awam dalam mencapai matlamat memberi keuntungan kepada rakyat dan negara.

Sebagai contoh, isu TPPA yang mana kajian, negosiasi dan rangka kerja di peringkat awal dijalankan oleh para penjawat awam telah diburuk-burukkan usaha mereka.

Sama juga apabila pihak Kementerian Kesihatan membeli van ambulan baru bagi kegunaan rakyat juga turut dipersoalkan sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap kementerian tersebut.

Tidak pernah berlaku dalam pemikiran rakyat apabila negara menerima pelaburan daripada luar negara dikatakan sebagai 'menjual negara' ke tangan asing.

Perkara yang lazim dalam mana-mana negara sejak dahulu lagi difitnah sedemikian rupa! 

Apakah tidak yang dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu membawa pelaburan Jepun juga adalah menjual negara?  

Apakah tidak yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan PKR dan Kerajaan DAP di bawah kepimpinan DAP yang membawa pelaburan luar juga adalah menjual negara?

Isu percukaian GST juga difitnah yang kononnya tidak adil kerana mengenakan kadar 6% secara rata kepada semua kelas pendapatan.

Yang telah dipesongkan fakta adalah sistem paratusan merupakan keseimbangan yang berkadar kerana ia bergantung kepada perbelanjaan kelas pendapatan tersebut.

Sebagai contoh, kelas pendapatan rendah akan membeli beg berharga RM30 yang mana GST yang dikenakan adalah RM1.80 manakala kelas pendapatan tinggi akan membeli beg berharga RM3000 dan cukai yang dikenakan adalah RM180.

Begitu juga dengan 1MDB yang mempunyai pelan kemajuan negara yang lebih besar telah digagalkan akibat serangan bertalu-talu media pro-pembangkang sehingga gagal mendapatkan kepercayaan kewangan untuk menerbitkan IPO pada tahun 2013.

Pembangkang lebih seronok bermain isu peribadi YAB Perdana Menteri seperti mana yang berlaku pada isu quinoa sehingga rakyat hilang fokus terhadap kebaikan kerajaan yang disampaikan oleh beliau.

Yang berlegar dan lekat di kepala rakyat hanyalah isu quinoa yang langsung tidak memberi kesan terhadap kebajikan negara dan rakyat.

Malah, apabila isu-isu remeh sebegini dipertengahkan, sumber kerajaan terpaksa dikerahkan bagi menjawab isu-isu yang tidak mempunyai nilai yang mana sepatutnya sumber ini sepatutnya digunakan untuk penerangan dasar kerajaan yang membawa manfaat kepada rakyat.

Dahulu rakyat tidak pernah mengambil kisah mengenai hal-hal pentadbiran negara seperti bajet, sistem perolehan, lain-lain sistem kerajaan namun kini setiap perincian diambil kisah.

Perkara ini baik sekiranya bertepatan dengan fakta yang sebenar namun apa yang dimaklumkan dan diceritakan oleh pembangkang jauh daripada fakta sebenar sehingga mengganggu proses pentadbiran kerajaan itu sendiri.

Rakyat terhimpit dengan persepsi jahat pembangkang sehinggakan bangunan KWSP terbakar pun hendak difitnah kononnya hendak membakar fail atau usaha penipuan insurans untuk mendapatkan wang membayar dividen!

Begitu terpesongnya persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara sehingga boleh terfikir ke tahap seperti itu.

Apa jua kebaikan yang dilakukan oleh Kerajaan akan difitnah dan dipesongkan sehingga tidak lagi dapat melihat kebaikan yang hendak dibawa.

Politik kotor yang dipamerkan oleh pembangkang hanya memperlihatkan kerakusan mereka untuk mendapatkan kuasa politik sehingga mengabaikan peranan utama mereka untuk fokus isu yang membabitkan polisi dan dasar yang menguntungkan rakyat dan negara.

Pembangkang telah mendidik dan mengkorupkan pemikiran rakyat sehingga tidak dapat menilai segala kebaikan yang dibawa kerajaan malah turut mengajar rakyat untuk menyalahkan kerajaan apa jua perkara buruk yang berlaku terhadap diri mereka.

Lebih teruk lagi apabila rakyat tidak dapat berbelanja dengan kehendak hati dan perasaan juga yang dipersalahkan adalah Kerajaan dan Perdana Menteri!

Hakikat sebenar yang berlaku di hadapan mata kepala kita sendiri adalah kuasa membeli rakyat Malaysia semakin meningkat dengan lebih ramai yang mampu bercuti ke luar negara, mampu menunaikan umrah, mampu makan di restoran mewah dan mampu untuk memiliki kenderaan yang pastinya jauh berbeza dengan 10, 20 tahun yang lalu!

Kita seharusnya membuka mata dan menilai dengan akal fikiran kita mengenai apa yang dilakukan oleh Kerajaan sememangnya menguntungkan rakyat dan negara dan pihak pembangkang tidak menjalankan amanah yang sepatutnya dan bertindak demi merampas kuasa untuk kepentingan peribadi.

Raziz Rashid

#KekalNajib

0 comments:

Related Posts with Thumbnails