Saturday, September 23, 2017

BETUL KAH PERTEMUAN NAJIBRAZAK DENGAN DONALD TRUMP GAGAL..???

suara pembangkang melalui YB rafizi begitu gigih membuat fitnah. apa cara sekali pun mesti kena pembohong bahawa lawatan NajibRazak  ke Amerika Syarikat gagal 

boleh pulak dia buat video ulasan dari pejabatnya. seolah olah dia berada sama sebelah PM .  bajet acah acah bagus lah konon....porahhhhhh !!!! 

mari kita baca dan hadam apa yang berlaku ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump. Hasil kejayaan pertemuan tersebut, Najib mengumumkan;_

Pemeteraian MoU antara _Malaysia Airlines_ dan _Boeing Aircraft Corporation_ bagi pembelian 8 pesawat Boeing 787-9 Dreamliners & 8 pesawat 737 MAX.

✔Malaysia dan AS mendesak Myanmar menghentikan segera keganasan terhadap etnik _Rohingya_ dan membenarkan bantuan kemanusiaan sampai kepada mangsa.

✔Mengalu-alukan pembabitan sektor swasta Amerika Syarikat dalam pembangunan _Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura._

✔ Penambahan US$3-US$4 bilion pelaburan dana pencen pelaburan KWSP kini sudah melabur kira-kira US$7 bilion dolar.

✔Khazanah berpeluang melabur US$400 juta dolar, di dalam syarikat teknologi tinggi.

✔Malaysia komited memastikan keselamatan Amerika Syarikat sebagai langkah menjaga keamanan dunia dengan memerangi pengganas seperti Daesh, IS, Al-Qaeda, Abu Sayyaf dan pelbagai lagi.



Friday, September 22, 2017

DAP PULAU PINANG KUTIP WANG RAKYAT CARA TERHORMAT

Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sudah mula mendenda (saman) rakyat yg tidak mengasingkan sisa pepejal sebanyak RM250. 

Penduduk di sekitar taman perumah di Bukit Minyak rasa kurang puas hati kerana tiada notis atau makluman kepada penduduk, tiba2 disaman. 

Penduduk dikehendaki membeli tong sampah pengasingan sendiri, sedangkan penduduk hanya mempunyai tong sampah yg disediakan oleh pemaju perumahan. Harga tong sampah bukan lah murah, paling kurang sebuah RM150...kalau 3 buah dah RM450. 

Tindakan tergesa-gesa kerajaan DAP mengutip wang rakyat, membuktikan DAP bukan nak menyenangkan rakyat, sebaliknya bersifat kejam dan membuli rakyat!!

Azman Haj 

PAKATAN HARAPAN TIDAK MEMBAWA HARAPAN DI PULAU PINANG

Baca dua akhar hari ni, China Press & Makkal Osai. Dua2 menceritakan ttg banjir di Penang yg makin menjadi-jadi.

China Press melaporkan: 
"Chow Kon Yeow (DAP) berkata, biarpun terdapat lebih kurang 100 kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir baru-baru ini. Tetapi harus diingatkan bahawa hampir seribu kawasan lain dalam negeri terselamat daripada bencana alam tersebut berkat keberkesanan projek tebatan banjir yang dilaksanakan."

1. Apakah rakyat di 100 kawasan itu tidak bernilai dan nyawa mereka umpama menampar nyamuk yg mengiyang-iyang di telinga Lim Guan Eng? 

2. Projek tebatan banjir mana yg kerajaan DAP buat? Habaq mai sat...kalau nak kata Lembangan Sungai muda adalah 1000 kawasan tersebut, ianya adalah projek yg diluluskan oleh Tun Abdullah bernilai RM1.2bilion semasa menjadi Timbalan & Perdana Menteri yg membolehkan 300,000 orang rakyat tidur nyenyak tanpa ancaman banjir yg berpuluh tahun menghantui mereka. 

Akhbar Makkal Osai pula melaporkan 30 keluarga di Kg Sethu Jawi Nibong Tebal, dibiarkan berdiri di tepi jalan akibat rumah mereka ditenggelami air bah, tanpa pembelaan dari Wakil Rakyat mereka yg kedua-duanya dari PKR. 

Rakyat tak perlu hairan dgn YB's PKR kerana mereka tidak berani membela nasib rakyat kerana jika dibela YB's PKR bakal mendapat kecaman dari kerajaan negeri & pimpinan PKR sendiri, seperti mana yg  berlaku kpd YB Dr Norlela ADUN Penanti. 

Dua tajuk akhbar ini membuktikan Pakatan Harapan bukan la harapan yg boleh diharapkan, kerana mereka hanya akan berdalih dan menipu rakyat sambil membutakan rakyat dgn fakta-fakta fitnah kerajaan Barisan Nasional.

sumber facebook Azman Haj 

Thursday, September 21, 2017

KERAJAAN DAP PULAU PINANG GAGAL MENJAGA RAKYAT

ini yang kita nak persoalkan. kita bukan persoal kuasa alam . bila hujan ada banjir . 

kerajaan pusat di bawah BN telah menyalurkan DANA PROJEK TEBATAN BANJIR kepada kerajaan DAP pulau pinang ... tetapi di mana dana itu pergi ???? 

ketua menteri pulau pinang paling celaka.. jangan jawab TIDAK TAHU...  

jangan kata kerajaan pusat BN anaktiri kepada pulau pinang .. 

#banjir #dapgagal 
#dapmenangrakyatberenang

Wednesday, September 20, 2017

KEBODOHAN LIM KIT SIANG TERSERLAH #RCI #FOREX @NajibRazak

kebodohan lim kit siang terserlah bila cuba mengaitkan bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Menteri Pertahanan yang tidak terlibat secara langsung dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

kalau dah menteri kewangan ketika itu pun terkena sindrom penyakit tak tahu. tak ingat macamana NajibRazak boleh tahu ...????

sebelum ini laporan RCI Forex yang di buat oleh lim kit siang semasa TUN M menjadi perdana menteri . nama Datuk Seri Najib langsung tidak di sebut . 

sekarang dia cuba nak kaitkan nama NajibRazak . apabila siasatan RCI di arah berhenti. kononnya najibrazak takut nama akan di panggil ...

apa punya bangang laaa .... apekk nie huiii .

Monday, September 18, 2017

PEMBANGKANG TAKUT RAHSIA TERBONGKAR.

Rahsia yang paling pembangkang takut ialah pemimpin pemimpin mereka dengan megah berkata 'we need only 20% Malay support. 80% we will get from Chinese support'. 

We know who the real 'kingmaker' is! kata Tan Sri Muhammad bin Muhd Taib

orang melayu kena didedahkan bahawa agenda dan pejuangan parti pembangkang bukan untuk rakyat. 

hancur lah pakatan harapan bila semua ini akan dibongkarkan. nama saja pakatan harapan. tapi langsung tak membawa harapan kepada rakyat malaysia.  


PEMBANGKANG REKACIPTA CERITA NAK TUTUP KELEMAHAN DI SELANGOR

tak logik lah ... selangor nak jatuh ke tangan BN semalam dengan kemasukan bekas MB ke dalam umno .  kononya telah ada pakatan untuk merampas selangor. 

kita dah nak pilihanraya umum... itu agenda paling penting bukannya rampas selangor untuk ambil alih kerajaan 4/5 bulan saja. 

sebenarnya pembangkang dalam keadaan  retak  menanti belah .  

kemasukan mat taib dalam umno dan keluar nya beberapa pengasas parti bunga telah membuat pembangkang tidak keruan jadinya . macam macam spekulasi direka cipta untuk menutup kelemahan pembangkang. 

mat taib kata pembangkang menggunakan rakyat untuk mereka berkuasa. tiada agenda langsung untuk membantu rakyat. 

Thursday, September 7, 2017

DARI MANA DATANGNYA KEBENCIAN INI @NajibRazak

kebencian perlu sentiasa disuap untuk mengekalkan momentum

ketagihan untuk mendengar cerita atau isu yang boleh mendatangkan kebencian kepada umno dan kerajaan bn dengan sendirinya akan sanggup bersusah payah mencari sumbernya.

pantang mereka paling besar ialah membaca dan mendengar perkara baik yang umno atau kerajaan bn buat. lalu dengan memboikot media perdana adalah satu satunya cara untuk terus kekal mengatakan kerajaan bn dan umno jahat. jahat dan sejahatnya.

dengan apa cara pun pemimpin pembangkang dan tentera cyber upahan  mesti bersedia dengan cerita walaupun terpaksa direka

hanya pemimpin mereka sahaja yang boleh membuat keputusan tentang apa yang mereka wajib fikir dan apa yang wajib mereka buat.

mereka sudah tidak ada keupayaan untuk berfikir. otak menjadi beku.

sangat hebat kuasa kebencian ini...sungguh luar biasa.

dan juga ada pemimpin UMNO menghasut ahli ahli umno apa saja najibrazak buat salah. 

TUN M wajib di angkat sebagai wira . 

ini pun satu baghal bebal punya dok ada dalam kalangan ahli umno . 

Tuesday, September 5, 2017

KEMPEN BOIKOT BELI DAN MAKAN DURIAN

siapa yg mulakan dulu jual durian timbang kilo ni ?? Sekarang ini kita lihat ramai penjual durian tepi jalan semuanya jual timbang kilo.  Yang jual lambak/longgok RM 30 memang tak nampak langsung !!

Tahun 1980-2000  dulu perkara ini tidak pernah berlaku. Tidak masuk akal jual timbang kilo ini! Isinya tidak lah banyak mana , kulit saja tebal !! Kulit saja dah berapa Kilogram??
Ni bukannya jual buah langsat mahupun rambutan nak timbang kilo !!! 

Kalau kita nak harga durian turun dan murah, gunakanlah kuasa kita sebagai pembeli untuk Kempen Boikot Tidak Makan Durian Selama DUA(2)Bulan!

Apabila durian tidak terjual, maknanya durian akan berlambak dipasaran, bila berlaku lambakan dalam pasaran, harga durian akan jatuh, suka atau tidak, dari membiarkan durian tidak terjual dan bakal rosak, mereka akan menjualnya dengan harga yg lebih rendah!

Ayuh rakyat Malaysia pencinta Durian, bersatulah kita.Jika ada dikalangan anda yg sudah plan nak 'open  table', minta tangguh dulu. Bukan berniat untuk menutup periuk nasi penjual durian. Tetapi Demi kebaikan kami, Pencinta Durian!

Kami mahukan harga yg lebih rendah, kerana kami sebagai pembeli, kami lah RAJA, bukan anda wahai penjual durian!  Jangan marah sebab itu hak kami sebagai pembeli sebagaimana hak penjual yang sesuka hati jual dengan harga sendiri yang sangat-sangat MAHAL!

Bolehhhhh giteuwww..!!!
Related Posts with Thumbnails