Friday, November 28, 2014

UNSUR KEASLIAN KEPIMPINAN YANG DITUNTUT OLEH RAKYAT - WAKIL PERHUBUNGAN UMNO NEGERI PULAU PINANG #PAU2014 @dzainalabidin @reezalmerican @NajibRazak @aidiroslan

Sekarang wakil pulau pinang Dato Zaidi Ketua UMNO bahagian Permatang Pauh berbahas berjaya menarik perhatian para perwakilan yang ada dalam dewan.

Umno perlukan revolusi mental, asli dalam perjuangan, kembali pada landasan sebenar. Mesti menjadi juara dalam berjuang untuk rakyat. Tidak boleh kata tidak melayu hari ini lebih baik dari dulu, apa yang melayu perolehi adalah kerana pejuangan umno dan bn. UMNO mesti kembali keaslian dalam apa saja yang hendak di buat,

Wakil pulau pinang mengambil contoh presiden jokovi, perwatakan authentic nya berjaya meraih sokongan rakyat indonesia, tidak perlu berlakon.

Tak lupa juga Dato zaidi membawa masalah pembangunan tanah TUDM yang tidak langsung membawa keuntungan orang melayu dan geopolitik setempat, mohon presiden umno untuk membuat keputusan, di percayai kalau pembangunan itu tetap di teruskan malapetaka akan melanda orang melayu di pulau pinang.

Dalam ucapan pembahasan wakil pulau pinang tadi sempat juga lah beliau menghentam kerajaan DAP pulau pinang. DAP sebenarnya tidak berasa terancam dengan parti GERAKAN dan MCA . BN tidak akan boleh menang di sana jika orang cina menolak BN. Corak pemerintahan ketua menteri DAP begitu angkuh.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 27, 2014

UCAPAN DASAR PRESIDEN UMNO, PEMBANGKANG PULAK YANG PANAS #PAU2014

AKTA HASUTAN 1948 akan dikekalkan. Itu lah antara ucapan perasmian agung umno sebentar tadi, akta itu akan diperkuatkan lagi dengan dua perkara.

1. Melindungi agama islam dan agama lain tidak boleh dihina,

2. Tindakan terhadap sesiapa yang cuba menghasut Sabah dan Sarawak dan mana mana negeri lain keluar dari malaysia.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 26, 2014

ANTARA UCAPAN KETUA PEMUDA UMNO 2014 #PAU2014


Kalau dulu Melayu corot kelas bawahan, parti inilah yang mengangkat orang Melayu jadi usahawan, saintis dan pakar perubatan. Kalau dulu kita buta huruf, miskin ilmu, bangsa yang tiada visi mahupun misi, parti inilah yang menjadikan kita profesor, pensyarah dan pakar ekonomi. Kalau dulu ada yang kata Melayu itu koman, parti inilah yang mengangkat Melayu ke depan – dari Melayu macai jadi Melayu bijak pandai

Tuesday, November 18, 2014

KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG JUAL TANAH SEBAGAI SUMBER KEWANGAN NEGERI DIBIDAS. @datojahara @NajibRazak @dzainalabidin @reezalmerican @aidiroslan

Kenyataan Media
YB Dato'Jahara Hamid
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang
18 November 2014

Kerajaan Negeri PulauPinang bergantung kepada Penjualan Tanah Untuk Jana Pendapatan Negeri.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam Bajet 2015 menganggar akan memperoleh Hasil sebanyak RM656,931,750. Dari jumlah ini sebanyak RM441,978,850 adalah dari Hasil Bukan Cukai. Ia menyumbang 67.28% kepada jumlah keseluruhan Hasil kerajaan Negeri pada tahun hadapan, selebihnya dari Hasil Cukai dan Terimaan Bukan Hasil.

Pendapatan dari Penjualan Barang-barang berjumlah RM308,496,500  menyumbang sebanyak 69.80% kepada Hasil Bukan Cukai bagi 2015. Dari jumlah itu, Premium Tanah menyumbang RM 307,000,000 atau 99.51%. Ini adalah hasil dari Pemberian Milik Bayaran Khas - RM235,000,000;  Pemberian Hak Milik - RM 50,000,000; dan Tukar Syarat - RM 22,000,000.

Bagi 2015, Premium Tanah turut menyumbang 46.73% kepada keseluruhan Hasil yang akan diperoleh oleh kerajaan negeri pada 2015. Amat jelas hasil Premium Tanah merupakan penyumbang terbesar bagi hasil kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Penyata Kewangan 2013 menunjukkan Hasil Bukan Cukai sebanyak  RM511.71juta diperoleh kerajaan negeri. Perolehan daripada Jualan Barang-barang (termasuk Premium Tanah) menyumbang RM366.18juta (71.56%) kepada Hasil Bukan Cukai atau 43.92% kepada jumlah keseluruhan Hasil bagi tahun berkenaan.

Bermula dari tahun 2011, kerajaan negeri telah dengan nyata menjual tanah kepada pemaju. Bermula dengan penjualan Bayan Mutiara kepada Tropicana Ivory SB berjumlah RM1.07 billion dengan tempoh bayaran selama 5 tahun akan memastikan kerajaan negeri memperoleh pendapatan untuk tahun-tahun berikutnya.

Pada 12 Oktober 2013, kerajaan negeri menjual tanah seluas 39.54 ekar pada harga jualan RM65.34 juta kepada PE Land Sdn Bhd. untuk pembinaan "premium retail outlet", hotel mewah dan lain-lain.

Pada 10 Januari 2014, Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 245 ekar kepada Aspen Land Sdn Bhd dengan harga RM484 juta bagi pembinaan pusat membeli belah dan pembangunan bercampur. Aspen Land juga diberikan tempoh 60 bulan untuk menjelaskan harga pembelian tanah tersebut.

Pada 25 Mac 2014, kerajaan negeri menjual tanah seluas 30 ekar kepada Paramount Corp Berhad dengan harga RM65.56 juta.

Pada 15 September 2014 Eco World Development Group Berhad dilaporkan bersetuju menerima tawaran membeli tanah seluas 470 ekar di Batu Kawan pada harga RM1.02 billion untuk pembinaan padang golf dan pembangunan bercampur.

Adalah menasabah untuk merumuskan bahawa kerajaan negeri banyak bergantung kepada pemberian Hak Milik Tanah dan/atau penjualan tanah milik negeri sebagai sumber kewangan negeri. Berdasarkan fakta-fakta diatas kenyataan Ketua Menteri yang menyangkal bahawa Pulau Pinang di bawah pimpinan beliau bergantung besar kepada hasil jualan tanah adalah tidak masuk akal sama sekali!

Terima kasih.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 11, 2014

PEMINDAHAN PENGKALAN TUDM BUTTERWORTH MUNGKIN JADI KENYATAAN....!!! @NajibRazak @Zahid_Hamidi @HishammuddinH20 @dzainalabidin @reezalmerican

Pada ketika ini UMNO Bahagian Tasek Gelugor sedang bergelut untuk mempertahankan pemindahan pengkalan TUDM ke tapak cadangan, nak jadi kan cerita dah ada cadangan lain. Sabah berminat dan sedang berbincang dengan kerajaan supaya pengkalan itu di pindah ke pantai timur sabah.

Adun Senallang, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran berharap Kerajaan Persekutuan akan mempertimbangkan cadangan seorang pemimpin veteran Sabah agar pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, yang sebelum ini dicadangkan dipindahkan ke Labuan, dipindahkan ke kawasan pantai timur Sabah.

Katanya, cadangan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh baru-baru ini, yang mengesyorkan cadangan pemindahan pangkalan itu diubah ke Tawau, wajar diberi perhatian bagi memastikan tahap keselamatan di kawasan pantai timur negeri itu terus diperkukuhkan.
 
"Ini mengambil kira kedudukan kawasan pantai timur Sabah yang lebih terdedah kepada pelbagai ancaman musuh seperti insiden pencerobohan di Lahad Datu (pada Februari tahun lepas) dan beberapa siri kes penculikan oleh warga asing (di pantai timur Sabah)," katanya ketika membahaskan Bajet Negeri 2015 pada persidangan Dun Sabah di sini hari ini.

Nasir juga berharap pasukan keselamatan turut mempertingkatkan kawalan keselamatan di luar masa penguatkuasaan perintah berkurung di enam daerah di bawah Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) iaitu dari jam 7 malam hingga 5 pagi.
    
Perintah berkurung itu, yang dilaksanakan di Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau, kini memasuki fasa kelapan sejak 19 Julai lepas.


"Sejarah menunjukkan serangan di siang hari bukanlah suatu perkara yang mustahil di mana pada 1980-an dan 1990-an pernah berlaku kejadian serangan lanun yang berani ke darat iaitu di pekan Lahad Datu dan pekan Semporna sehingga mengorbankan nyawa beberapa orang awam.
 
Justeru, segala cadangan yang pernah diutarakan sebelum ini (dalam Dun lepas) bagi menubuhkan pos-pos kawalan tambahan di tempat-tempat berisiko tinggi hendaklah diambil perhatian serius dan janganlah dilengah-lengahkan pembinaannya," katanya.
    
Nasir juga berkata pembinaan pos kawalan di Kampung Simunul dan Kampung Bangau-Bangau di Semporna juga perlu kerana dua kampung itu sering menjadi lokasi pendaratan pendatang asing tanpa izin dan kegiatan penyeludupan barang.
    
Selain itu, beliau berharap perancangan menjadikan pelantar minyak Petronas sebagai pangkalan operasi hadapan (FOB) dapat dilaksanakan mengikut jadual. - Bernama

Ps: nampaknya kena buat demo lagi lah,,, ???? Pegawai pegawai TUDM dalam pengkalan itu nak ikut cakap UMNO ka, nak ikut arahan komander. ???,
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Related Posts with Thumbnails