Saturday, October 11, 2014

BAJET 2015 DAN UCAPAN BAJET 2015

Satu penerangan yang amat jelas sila baca sampai habis.
ADOI, BAJET 2015!
Dalam keghairahan berdiskusi soal Bajet 2015, elok fahami beberapa perkara sebelum membuat apa-apa ulasan:
1. "Bajet 2015" dan "Ucapan Bajet 2015" adalah dua perkara yang berbeza. "Bajet 2015" adalah senarai penuh cadangan peruntukan / perbelanjaan kerajaan. Senarai penuh ini diedarkan kepada semua Ahli Parlimen untuk diperhalusi dan dipertimbangkan. Sementara "Ucapan Bajet 2015" yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri / YB Menteri Kewangan di Parlimen semalam ialah satu penyataan rasmi bagi membentangkan "Bajet 2015" kepada Parlimen. Ada orang tanya: Kalau begitu, kenapa YAB Perdana Menteri tak sebutkan kesemua sekali yang ada dalam buku Bajet 2015? Adoi, kalau bentang kesemuanya, kena buat ucapan sepurnamalah jawabnya. Semalam pun, sudah lebih dua jam!
2. Apa yang YAB Perdana Menteri lakukan semalam ialah "mencadangkan Bajet 2015." Maka, sebab itulah di akhir ucapannya beliau berkata, "Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadangkan." Selepas dicadangkan, YAB Timbalan Perdana Menteri bangun dan berkata, "Tuan Yang Dipertua, saya menyokong." Selepas ada cadangan dan sokongan, barulah Ahli-ahli Parlimen akan membahaskan bajet itu sebelum meluluskan atau menolak. Ada orang tanya: Bolehkah Ahli Parlimen menolak keseluruhan bajet tersebut? Adoi, hawat tak boleh pulak? Tapi, kalau bajet yang baik, eloklah pembangkang sokong sama, itu baru politik muafakat!
3. Bukan semua perkara dalam "Bajet 2015" disebutkan dalam "Ucapan Bajet 2015." Ucapan YAB Perdana Menteri semalam ialah meng"highlight" beberapa perkara bagi meyakinkan Ahli-ahli Parlimen (dan sekaligus rakyat) bahawa bajet ini adalah baik dan wajar mendapat kelulusan. Untuk mengetahui senarai penuh, sila rujuk kepada dokumen yang telah diedarkan kepada Ahli-ahli Parlimen. Ada orang tanya: Kenapa tak edarkan senarai penuh kepada semua 30 juta rakyat. Adoi, kita lantik mereka jadi "wakil rakyat," maka kita beri kuasa kepada mereka untuk membuat keputusan bagi pihak kita. Sebagai itulah kita panggil Ahli Parlimen tu, "wakil rakyat!"
4. Bukan semua perkara yang disebutkan oleh YAB Perdana Menteri dalam ucapannya itu diberikan peruntukan baru. Contoh, beliau menyebut Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) akan menggunakan "sumber dalaman bernilai RM1.8 bilion" untuk membantu usahawan. Ia bermaksud AIM mempunyai kewangan yang kukuh dan tidak memerlukan peruntukan tambahan pada tahun depan. Ada orang tanya: Kalau sudah tidak perlukan peruntukan baru, buat apa YAB Perdana Menteri sebutkan lagi? Adoi, itu kerana YAB Perdana Menteri nak beri gambaran besar (big picture) kepada inisiatif kerajaan. Nanti apabila tak sebut, hampa kata kerajaan tak buat apa-apa pulak!
5. Oleh kerana Barisan Nasional menguasai Parlimen, maka Bajet 2015 akan diluluskan. Bagaimanapun, berdasarkan maklumbalas dari Ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan atau pembangkang, kerajaan akan membuat sedikit penyesuaian sekiranya perlu. Kerajaan juga mengambilkira pandangan rakyat, terutama sekali sekiranya ada bantahan yang banyak kepada sesuatu perkara. Ada orang tanya: Pernahkah kerajaan membuat pindaan sebelum ini? Adoi, pernahlah! Sebelum ini kerajaan tarik balik cadangan kenaikan elaun Ahli Parlimen. Tapi, tahun ini oleh kerana Ahli Parlimen dari kedua-dua belah pagar politik sudah lama "ikat perut," maka saya fikir tak ada bantahan besar. Bukan setakat bajet, kerajaan juga pernah tarik balik Akta yang dibentangkan apabila ada bantahan rakyat.
6. Bukan semua perbelanjaan kerajaan datangnya dari Bajet 2015. Selain bajet yang dibentangkan itu, kerajaan juga membelanjakan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia (RMK) ke 10 dan pada tahun depan akan bermula RMK 11. Perbelanjaan di bawah RMK, diuruskan oleh Unit Perancang Ekonomi, manakala bajet tahunan, di bawah Kementerian Kewangan. Ada orang tanya: Kenapa perbelanjaan RMK tak dibentangkan di Parlimen. Adoi, bentanglah cek oi. Cuma oleh kerana ia dibentangkan lima tahun sekali, hangpa lupa!

Sumber : facebook NORIZAN SHARIF
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comments:

Anonymous said...

Bersyukurlah , Graduan kerja dikilang jepun/cina/orang putih kenaikan gaji tahunan pun tak sampai RM50,00
Beruntung penjawat awam, paling minima kenaikan gaji tahunan RM80.00 walau pun guna SPM .Graduan penjawat awam pula kenaikan tahunan RM230.00. Bilalaaaa kerajaan nak mensyaratkan KENAIKAN GAJI TAHUNAN PALING MINIMA bagi sektor swasta?

Related Posts with Thumbnails