tengahari tadi selepas berniaga semua penyewa di medan selera jalan tenggiri membuat FLASH MOB membantah kenaikan harga sewa 100%. harga lama RM120 dinaikkan RM240 dan sekaligun membeban kan peniaga di situ.
mana pergi YB Afif Dun Seberang Jaya...???? Pengerusi JKKKN yang turut berniaga di situ pun hilang tak nampak muka. ini masalah rakyat, mana dia slogan DEMI RAKYAT.
MPSP di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang tetap bertegas mahu naikkan kadar sewa 100% setelah wakil peniaga membuat lawatan ke pejabat MPSP.
mengikut wakil peniaga, kami amat kesal dengan kadar sewa baru ini. medan selera ini menjadi tempat tumpuan dan mencari rezeki. keadaan tempat ini memang kotor, kekadang kami malu bila orang ramai menegur. sampah bekas kertas bungkus bertimbun di satu kawasan hingga berbau busuk. meja kerusi semua dah hilang tercabut, terpaksa guna meja sendiri. tak berbaloi lah nak naik kan harga sehingga RM240 sebulan. itu lah sebahagian rungutan para peniaga.
para peniaga membuat bantahan ini kerana nak tunjuk kepada orang ramai dan MPSP serta kerajaan negeri pulau pinang mereka tidak akan membayar sewa baru yang berkuatkuasa 1hb September 2014.
- Posted using BlogPress from my iPad
0 comments:
Post a Comment