hari ini genap dah seminggu tayangan filem komedi romantik SEJOLI di panggung. Ahad lepas aku pergi menonton filem sejoli. terus terang aku cakapkan filem komedi romantik ini memang best. ianya satu cerita FRESH dan memang belaku pada dunia kita sebenarnya, sebuah cerita yang memenuhi kehendak masyarakat. cinta itu bukan hak milik kepada orang kaya sahaja. tidak ketelaluan aku mentafsirkan filem ini membuka mata orang yang sedang bercinta jangan terlalu memandang kemewahan sahaja namun keserasian itu penting. seorang wanita cantik boleh jatuh cinta pada lelaki pencuci kereta.
Sinopsis Sejoli : Misi Mencantas Cinta
Filem ni mengisahkan Gina dan Joe yang kecewa selepas ditinggalkan oleh pasangan masing-masing. Gina telah putus tunang dengan Hardy anak orang kaya. Manakala Joe pula putus cinta dengan Nita seorang model. Kemudian mereka berdua ni bawa diri ke Phuket Thailand. Di situlah terjalinnya talian persahabatan antara Gina dan Joe yang tidak disengajakan. Kemudian, mereka ini berkomplot dalam Misi Mencantas Cinta sambil dibantu oleh Lola dan Joned apabila dapat tahu ex-ex mereka berdua bakal berkahwin tidak lama lagi.
Bermulalah misi mencantas cinta (perkahwinan Nita dan Hardy). Memang kerja gila dan tak masuk akal kalau difikirkan, pada mulanya dalam hati aku berkata,, tak kan ini saja yang nak tunjuk, terasa seperti cepat pulak, walhal aku nak lagi tengok. rupanya selepas gina dan joe berjaya kembali kepada kekasih masing masing ada pulak lagi ceritanya. babak babak ini lah yang menarik aku rasakan, aku cuba menyelami perasaan seketika, memang ada roh lah filem ini. menangkap terus dalam hati.
filem ini cukup mengusik jiwa penonton, di awal nya komedi jenaka, di tengahnya pulak melayan perasaan, dan diakhirnya pulak dengan komedi. memang menangkap lahh filem ini.
Filem Sejoli diarahkan oleh Osman Ali dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Maya Karin, Remy Ishak, Izara Aishah, Azad Jasmin, Dira Abu Zahar dan Bront Palarae. Semestinya filem arah Osman Ali sering dinanti-nantikan oleh peminat seni tanah air.
Maya Karin seringkali melakonkan watak sedih dan berat, sebut sahaja pontianak mesti terbayang muka maya karin begitu lah terkesannya kepada penonton, kali ini rasanya pasti teruja untuk melihat gelagat maya karin kelam kabut untuk bertaut semula dengan kekasihnya.
Osman Ali pengarah filem OMBAK RINDU dan kini SEJOLI dua genre yang berbeza mudah aku katakan filem Sejoli ini juga akan menerima sentuhan hebat.
apa yang paling menarik filem ini begitu dekat dengan aku. kerana secara kebetulan dua nama watak dalam itu joe dan hardy adalah nama timbangan aku "JOEYHADY". seronoknya bila maya karin menyebut nama joe dan hardy. hehehehehhehehe.
dalam filem ini aku pasti ada yang tidak puas hati dengan cara berpakaian maya karin, tapi bagi aku bukan aku nak tengok sangat soal itu. janji artis kesayangan aku maya karin ada dalam filem tu. filem apa yang maya karin berlakon aku tak pergi tengok ??? semuanya aku dah tengok, hehehehehehe. filem ombak rindu 6 kali aku tengok di panggung, mungkin filem sejoli pun aku nak tengok lagi.
jom ramai ramai kita layan sejoli.
P/s : Osman Ali jangan lupa jemput saya untuk preview filem akan datang...
0 comments:
Post a Comment