Tuesday, October 22, 2019

PASARAN SAHAM JATUH. 300 BILLION NILAI SAHAM LESAP

𝗣𝗿𝗲𝘀𝘁𝗮𝘀𝗶 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗵𝗮𝗺 𝗔𝘀𝗶𝗮-𝗣𝗮𝘀𝗶𝗳𝗶𝗸 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗸𝗮𝘁 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟭𝟵.

Asia Pacific Stocks YTD

Mainland China +30%
NZ +26%
Australia +18%
Taiwan +14.2%
Vietnam +11.2%
Japan +8.5%
India +5.2%
Thailand +4%
Hong Kong +2.5%
Singapore +1.5%
Korea +1.3%
Philippines +0.5%
Indonesia -0.6%
Malaysia -7.4%

(RM300 bilion sudah lesap dari nilai pasaran Bursa Malaysia sejak PRU14)

David Ingles is a Hong Kong-based anchor for Bloomberg Television and Bloomberg Radio. He co-anchors "Bloomberg Markets: China Open" weekdays, and also writes the morning markets musing for Forward Guidance Asia from Bloomberg Markets.


SUMBER NAJIBRAZAK

ISU KOMIK . DAP TIDAK PERNAH BERCAKAP BENAR ..

DAP tidak ada kaitan?

Bukan hadiah rasmi kepada Presiden China?

Tapi komik propaganda itu ada Kata Pengantar dari Lim Guan Eng yang menggunakan jawatan Menteri Kewangan Malaysia serta gelaran Setiausaha Agung DAP.

Ada juga Kata Pengantar dari Duta negara China ke Malaysia.

Mohon kawan-kawan tanya Ketua Pemuda DAP di sini:

"ISU KOMIK "INISIATIF JALUR DAN JALAN": DAP TIADA KAITAN"

SUMBER FACEBOOK NAJIBRAZAK

Monday, October 21, 2019

AHLI PARLIMEN SIMPANG RENGGAM BERJANJI LAGI YANG LAMA PUN TAK TUNAI KAN

mood PRK TANJUNG PIAI... janji bertaburan lagi ...

JUALAN PLUS BAGI KEPADA KRONI PM7

Lebuhraya PLUS akan dijual oleh kerajaan PH tak lama lagi.

Ramai dah beratur.

BN masa saya PM beli balik dari tangan swasta dan kroni pada tahun 2011 untuk letak dalam tangan kerajaan (Khazanah) dan Rakyat (KWSP).

PH masuk sahaja, terus nak jual balik kepada kroni-kroni.

Sunday, October 20, 2019

Apa sebab rakyat mengundi dan pilih kerajaan?

Untuk bangunkan negara. 

Untuk bantu rakyat.

Dah menteri cakap macam ini, nak buat macam mana...

Friday, October 4, 2019

SUBSIDI PETROL: MANA JANJI BELANJAWAN 2019 KERAJAAN PH?


1. Merujuk kepada Ucapan Belanjawan 2019 oleh YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng (LGE), Kerajaan Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk melaksanakan Subsidi Petrol Bersasar (SPB) yang didakwa boleh memberi manfaat kepada lebih 4 juta pemilik kereta dan 2.6 juta pemilik motorsikal.

2. Dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2019, LGE telah menjanjikan SPB sebagaimana berikut:

(i) Terhad kepada pemilik sebuah kereta SAHAJA yang berkapasiti enjin 1,500cc dan ke bawah atau motorsikal berkapasiti enjin 125cc dan ke bawah.

(ii) Subsidi petrol RON95 sebanyak 30 sen seliter terhad kepada 100 liter sebulan bagi kereta atau 40 liter bagi motorsikal.

3. Walaupun RM2 bilion telah diperuntukkan melalui Belanjawan 2019 bagi tujuan tersebut, namun sehingga ke hari ini tiada sebarang berita mahupun pengumuman mengenai status perlaksanaan skim tersebut dibuat sedangkan minggu hadapan Belanjawan 2020 pula akan dibentangkan.

4. Menteri Kewangan YB LGE harus tampil memberikan penjelasan dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan pelaksanaan janji ini setelah dibentangkan di Parlimen dan diluluskan sebagai Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan.

5. Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar:

(a) YB LGE segera menjelaskan status pelaksanaan sistem subsidi petrol bersasar bagi RON95 secepat mungkin bagi menghormati komitmen Belanjawan 2019;

(b) Ke mana perginya peruntukan RM2 bilion yang telah diluluskan Parlimen bagi tujuan perlaksanaan sistem subsidi petrol bersasar ini?

6. Pemuda UMNO ingin tegaskan bahawa Kerajaan PH tidak boleh lagi berdalih dalam mengotakan janji Belanjawan 2019 sebagaimana seringkali mereka lakukan akibat gagal melaksanakan janji manifesto PRU. Ini kerana Subsidi Petrol ini telahpun dibahaskan dan diluluskan oleh Parlimen bagi Belanjawan 2019 dan rakyat khususnya kumpulan B40 yang kini tertekan dengan kos sara hidup amat menantikan janji PH kali ini!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

4 Oktober 2019

Thursday, July 25, 2019

SELESAIKAN KEMELUT PARTI PKR SENDIRI - @Zahid_Hamidi


KENYATAAN MEDIA



1. Anwar terlalu terhutang budi dengan DAP. Semua yg dilaksanakan oleh DAP dianggap benar belaka kerana parti itu telah menjadi tulang belakang sebagai rakan kongsi politik yang harus digendong olehnya untuk mencapai cita2 politik beliau.

2. Umno dan BN tidak akan pernah mengamalkan racism atau perkauman. Agenda kami untuk turut menjaga kepentingan semua bangsa dan agama akan terus dilaksanakan seperti terbukti ketika menjadi kerajaan.

3. Kerjasama Umno dan Pas turut melibatkan pelaksanaan dasar menjaga semua golongan bersama parti-parti lain dari pelbagai kaum dan agama.

4. Hanya 'kacang yang lupakan kulit' sahaja menganggap Umno sebagai parti rasis.

5. Selesaikan dahulu masalah 'retak menanti belah' dalam PKR sebelum bercakap mengenai Umno.

6. Dalam PH sendiri kemelut antara parti sudah menjadi rahsia umum. 'Sudah terang lagi bersuluh'.

*Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi*
Presiden UMNO Malaysia
25 Julai 2019

Tuesday, July 23, 2019

HAPPY BIRTHDAY BOSS KU @NajidRazak


Bossku begitu teruja menerima video dari seorang rakan facebooknya sempena hadiah harijadi 23 Julai.  

Penyanyi Oja (Daninas Huza Daud), Donatello (komposer), saudara Alif Zain dan syarikat Metamorphosis Global Studio Sdn Bhd.

Thursday, July 18, 2019

MENTERI PAKATAN SERUPA MONYET DAPAT BUNGA #BUBARPARLIMEN

Wah besarnya gambar Menteri.

Kita jual aset negara untuk dibelanjakan macam ini?

Mungkin ini antara kejayaan Zuraida Kamaruddin.

Dapat iklan-iklan besar. 

Duit siapa? Rakyat ke?

Rakyat perlu rumah dan tempat berteduh, tak bina.

Penjawat awam perlu kenaikan gaji dan elaun kritikal, tak bagi.

Ya, rakyat perlu berkorban.

Kroni dan Menteri perlu diutamakan.

sumber facebook. 

Wednesday, July 17, 2019

BETUL KAH TIADA PROVOKASI ITU

kita tidak kata itu satu provokasi ,,, tetapi kami persoalkan ialah ahli parlimen bagan berniat jahat berbohong dan mengelirukan parlimen , membuat tuduhan  WANG GST TELAH DIROMPAK OLEH KERAJAAN LALU.


Friday, July 12, 2019

ANWAR IBRAHIM KENA TIPU LAGI .#BUBARPARLIMEN


Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberitahu tiada garis masa tertentu yang dipersetujui bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.BERITA PENUH

jeng jeng jeng.... anwar ibrahim kena tipu lagi. sejak dalam UMNO dok kena pembohong macam tu la. ....

hari hari anwar ibrahim dok cerita dia akan jadi PM. beberapa perjumpaan dengan tun m. tiada lain hanya membincangkan bila nak mampusss. ... supaya cepat anwar ibrahim nak jadi PM 8.

MM sudah bersuara,,, sudah berani buka langkah. jenuh bersilat laa hangpa...

pop corn please... yehaaaaa, #bubarparlimen

Sunday, July 7, 2019

PENEROKA FELDA ANGKAT KAKI #BUBARPARLIMEN


apabila kerajaan menipu maka peneroka felda memberi isyarat jelas, kami tak mo kena tipu lagi. mereka datang nak dengar apa kebaikan yang kerajaan akan umumkan. tetapi tiada langsung bantuan di umumkan. padan muka perdana menteri. rakyat dah muak dengan kerajaan sekarang. bubar lah parlimen cepat sikit.

BACA SETERUS NYA

Friday, March 8, 2019

KERAJAAN NEGERI PENANG GAGAL MENJAGA RAKYAT.

seorang kawan tanya... kenapa tak main isu MELAYU DI HALAU DI PULAU PINANG.

jawapan  aku ialah diam lebih baik.  kita tengok sejauh mana isu ini dapat di selesaikan..

aku pergi di komtar.  bertanya khabar.. mendengar keluhan depa. tapi aku tidak main isu di social media 

aku percaya yang main isu melayu di pulau pinang lebih berpengetahuan dan pandai.. dan terlebih bijak.

aku tak pandai.....  tu yang tinggal dua kerusi dun di pulau pinang.
Related Posts with Thumbnails