Monday, February 26, 2018

PEMBANGKANG MALAYSIA PALING TERUK

Rakyat Malaysia berhadapan dengan pembangkang yang paling teruk dalam sejarah politik Malaysia.

Dalam sistem demokrasi, negara sememangnya memerlukan pembangkang yang kuat untuk memastikan sistem semak dan seimbang (check and balance) berlaku agar Kerajaan yang memerintah akan sentiasa membaiki kelemahan yang ada.

Namun apa yang berlaku pembangkang di Malaysia hari ini mengabaikan tanggung jawab untuk membawa isu polisi dan dasar yang boleh membantu negara yang rakyat.

Isu yang pembangkang bawa bersifat persepsi jahat dan fitnah bertujuan untuk merampas kuasa dan sekaligus memesongkan persepsi rakyat sehingga menimbulkan kebencian terhadap perkara yang tidak benar sama sekali.

Bukan setakat itu sahaja, pembangkang juga telah mengganggu proses pentadbiran kerajaan yang dijalankan oleh penjawat awam dalam mencapai matlamat memberi keuntungan kepada rakyat dan negara.

Sebagai contoh, isu TPPA yang mana kajian, negosiasi dan rangka kerja di peringkat awal dijalankan oleh para penjawat awam telah diburuk-burukkan usaha mereka.

Sama juga apabila pihak Kementerian Kesihatan membeli van ambulan baru bagi kegunaan rakyat juga turut dipersoalkan sehingga menimbulkan persepsi buruk terhadap kementerian tersebut.

Tidak pernah berlaku dalam pemikiran rakyat apabila negara menerima pelaburan daripada luar negara dikatakan sebagai 'menjual negara' ke tangan asing.

Perkara yang lazim dalam mana-mana negara sejak dahulu lagi difitnah sedemikian rupa! 

Apakah tidak yang dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu membawa pelaburan Jepun juga adalah menjual negara?  

Apakah tidak yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan PKR dan Kerajaan DAP di bawah kepimpinan DAP yang membawa pelaburan luar juga adalah menjual negara?

Isu percukaian GST juga difitnah yang kononnya tidak adil kerana mengenakan kadar 6% secara rata kepada semua kelas pendapatan.

Yang telah dipesongkan fakta adalah sistem paratusan merupakan keseimbangan yang berkadar kerana ia bergantung kepada perbelanjaan kelas pendapatan tersebut.

Sebagai contoh, kelas pendapatan rendah akan membeli beg berharga RM30 yang mana GST yang dikenakan adalah RM1.80 manakala kelas pendapatan tinggi akan membeli beg berharga RM3000 dan cukai yang dikenakan adalah RM180.

Begitu juga dengan 1MDB yang mempunyai pelan kemajuan negara yang lebih besar telah digagalkan akibat serangan bertalu-talu media pro-pembangkang sehingga gagal mendapatkan kepercayaan kewangan untuk menerbitkan IPO pada tahun 2013.

Pembangkang lebih seronok bermain isu peribadi YAB Perdana Menteri seperti mana yang berlaku pada isu quinoa sehingga rakyat hilang fokus terhadap kebaikan kerajaan yang disampaikan oleh beliau.

Yang berlegar dan lekat di kepala rakyat hanyalah isu quinoa yang langsung tidak memberi kesan terhadap kebajikan negara dan rakyat.

Malah, apabila isu-isu remeh sebegini dipertengahkan, sumber kerajaan terpaksa dikerahkan bagi menjawab isu-isu yang tidak mempunyai nilai yang mana sepatutnya sumber ini sepatutnya digunakan untuk penerangan dasar kerajaan yang membawa manfaat kepada rakyat.

Dahulu rakyat tidak pernah mengambil kisah mengenai hal-hal pentadbiran negara seperti bajet, sistem perolehan, lain-lain sistem kerajaan namun kini setiap perincian diambil kisah.

Perkara ini baik sekiranya bertepatan dengan fakta yang sebenar namun apa yang dimaklumkan dan diceritakan oleh pembangkang jauh daripada fakta sebenar sehingga mengganggu proses pentadbiran kerajaan itu sendiri.

Rakyat terhimpit dengan persepsi jahat pembangkang sehinggakan bangunan KWSP terbakar pun hendak difitnah kononnya hendak membakar fail atau usaha penipuan insurans untuk mendapatkan wang membayar dividen!

Begitu terpesongnya persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara sehingga boleh terfikir ke tahap seperti itu.

Apa jua kebaikan yang dilakukan oleh Kerajaan akan difitnah dan dipesongkan sehingga tidak lagi dapat melihat kebaikan yang hendak dibawa.

Politik kotor yang dipamerkan oleh pembangkang hanya memperlihatkan kerakusan mereka untuk mendapatkan kuasa politik sehingga mengabaikan peranan utama mereka untuk fokus isu yang membabitkan polisi dan dasar yang menguntungkan rakyat dan negara.

Pembangkang telah mendidik dan mengkorupkan pemikiran rakyat sehingga tidak dapat menilai segala kebaikan yang dibawa kerajaan malah turut mengajar rakyat untuk menyalahkan kerajaan apa jua perkara buruk yang berlaku terhadap diri mereka.

Lebih teruk lagi apabila rakyat tidak dapat berbelanja dengan kehendak hati dan perasaan juga yang dipersalahkan adalah Kerajaan dan Perdana Menteri!

Hakikat sebenar yang berlaku di hadapan mata kepala kita sendiri adalah kuasa membeli rakyat Malaysia semakin meningkat dengan lebih ramai yang mampu bercuti ke luar negara, mampu menunaikan umrah, mampu makan di restoran mewah dan mampu untuk memiliki kenderaan yang pastinya jauh berbeza dengan 10, 20 tahun yang lalu!

Kita seharusnya membuka mata dan menilai dengan akal fikiran kita mengenai apa yang dilakukan oleh Kerajaan sememangnya menguntungkan rakyat dan negara dan pihak pembangkang tidak menjalankan amanah yang sepatutnya dan bertindak demi merampas kuasa untuk kepentingan peribadi.

Raziz Rashid

#KekalNajib

Tuesday, February 13, 2018

TUN DAIM DAN TUN M MENYELEWENG DANA AWAM SECARA SENYAP .

Penipuan Disebalik Penyenaraian Time.Com

■ Penyenaraian TimeDotcom di Bursa Saham Kuala Lumpur merupakan satu skima yang dicipta oleh Tun Daim dan Tun Mahathir bagi mengabui mata rakyat dalam usaha mengaut keuntungan peribadi.

■ TimeDotcom adalah anak syarikat Time Engineering, iaitu syarikat awam tersenarai dari Kumpulan Renong, yang dikawal-selia oleh TS Halim Saad. Semasa TimeDotcom hendak disenaraikan penganalisa2 saham berpendapat bahawa harga satu saham TimeDotcom sepatutnya berharga antara RM2.00 - RM2.40 sesaham atau lebih rendah lagi. Walaubagaimanapun harga tersebut tidak dapat memenuhi kalkulatif Tun Daim dan Tun Mahathir.

■ RENONG merupakan milik TS Halim yang merupakan proksi aset korporat UMNO atau syarikat 'trustee' UMNO. Bermula dari prospektif inilah lahirnya titik tolak masalah IPO TimeDotcom iaitu hubungan antara kepentingan politik dengan alam perniagaan korporat. Atas faktor ini juga Time Engineering perlu menyenaraikan TimeDotcom bagi menguruskan krisis hutang Kumpulan RENONG.

■ Time Engineering, RENONG dan TS Halim semuanya berada dalam tekanan hutang yang berat, dan menghadapi masalah membayar hutang2 bank.

■ Pada 17hb Mac 1999 Asian Wall Street Journal melaporkan TS Halim Saad telah diarah oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir supaya membeli National Steel Company (NSC) di Filipina.

■ Tun Mahathir berhasrat supaya RENONG dapat mengembangkan aktivitinya ke seberang laut, dan mempelbagaikan kepentingan. TS Halim juga bercadang untuk membawa masuk NSC ke dalam RENONG, tetapi tidak kesampaian kerana tanggungan hutang RENONG dan diburukkan lagi oleh krisis kewangan.

■ Oleh itu, pengambilalihan tersebut dilakukan secara berselindung. Ianya dibuat melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong iaitu Hottick Investment Incorporation.

■ Untuk mengambil NSC, Hottick telah memperolehi pinjaman tanpa cagaran daripada 1. Malayan Banking dan 2. Bank Bumiputra (milik kerajaan) serta 3. RHB Bank dan 4. Bank of Commerce.

■ Hutang RENONG dilihat semakin meningkat dan tidak mungkin dapat diselamatkan dengan cara biasa. Oleh itu, konspirasi licik Tun Mahathir melihat kepada idea perlaksanaan penggabungan Bank of Commerce dengan Bank Bumiputra. Secara tak langsung, RENONG mendapat kepentingan yang besar pula dalam perbankan baru yang diperbesarkan. Ini menimbulkan tandatanya tentang kemungkinan berlaku penyelewengan dalam perbankan yang digabungkan.

■ Sementara itu pinjaman Hottick berjumlah RM3.09 bilion telah diambilalih oleh DANAHARTA sebuah agensi milik kerajaan Malaysia. Ianya merupakan satu proses BAILOUT hutang2 TS Halim Saad dari 4 buah bank tersebut.

■ Pemegang utama saham TimeDotcom termasuklah Time Engineering dan beberapa institusi adalah yang mempunyai kaitan dengan kerajaan seperti KWSP, Khazanah Nasional, Danaharta dan dana pencen. Penanggung2 (underwriters) IPO diberi jaminan bahawa semua ekuiti TimeDotcom yang tak dilanggan akan diambil oleh institusi2 kerajaan. Maka inilah sebab utama mengapa peristiwa korporat itu dilihat sebagai suatu proses bailout!.

■ IPO TimeDotcom adalah satu daripada elemen kunci dalam skim penstrukturan semula hutang Time Engineering dan TimeDotcom, yang melibatkan pinjaman berjumlah RM5.37 bilion.

■ Di BSKL, hanya 25% sahaja daripada ekuiti tersebut yang dilanggan sewaktu IPO. Harga tawaran sebanyak RM3.30 sesaham juga menjadi faktor kurang mendapat sambutan. 25% yang terjual itu pun terdiri dari mereka yang terpaksa membelinya seperti kontraktor2 yang tak dibayar oleh TimeDotcom tetapi dibayar melalui tawaran saham yang akan disenaraikan dan sebagainya. Yang benar2 dijual hanya lebih kurang 6% sahaja.

■ Maka satu skima yang cukup luar biasa terpaksa dilakukan oleh Tun Mahathir dan Tun Daim tanpa disedari oleh rakyat. Bagaimana caranya?.

■ Apabila saham TimeDotcom hendak disenaraikan mereka meletakkan harga RM3.30 seunit saham. Harga ini memang terlalu tinggi dan tidak mungkin pelabur yang berfikiran waras akan membelinya. Misi luar biasa 'Underwriter Bank' terpaksa dicipta. 'Underwriter Bank' ini dikepalai oleh Commerce International Merchant Bank (bank yang dikuasai oleh kumpulan RENONG)

■ Tun Daim tak mahu bank yang beliau kuasai ini rugi apabila tidak ada pelabur membeli saham TimeDotcom. Oleh itu Tun Daim dan Tun Mahathir mengarahkan TABONG AMANAH PENCEN dan PERMODALAN NASIONAL BERHAD memberi jaminan atau guaranti kepada "Underwriter Bank' untuk memaksa kedua2 institusi kewangan rakyat ini membeli saham TimeDotcom apabila tiada permintaan dari pelabur.

■ Seperti yang dijangkakan memang saham TimeDotcom merudum di pasaran saham. Hanya kurang 6% saham TimeDotcom yang benar2 dijual. Maka secara tidak langsung kaedah yang dilaksanajan oleh Tun Daim dan Tun Mahathir dilihat sebagai satu proses BAIL OUT korporat!.

■ Siapa yang akan membeli saham2 ini?.
Jawapan: Tidak lain dan tidak bukan ialah TABONG AMANAH PENCEN dan PERMODALAN NASIONAL BERHAD. Harga yang dibeli adalah dengan kadar tinggi yang tak masok akal dan tidak mungkin akan dibeli oleh pelabur yang berfikiran waras.

■ TS Halim Saad bersama Tun Daim dan Tun Mahathir mendapat bayaran penjualan saham mereka dari 'Underwriter Bank'. 'Underwriter Bank' pula mendapat jaminan pembelian saham dari TABONG AMANAH PENCEN dan PNB.

■ Maka melalui skima ini TS Halim Saad tak perlu risau samada saham TimeDotcom ada pembeli atau tidak. Yang tetap pasti beliau akan mendapat bayaran dari harga yang diletakkan dan bukan ditentukan oleh pasaran. 'Underwriter Bank' pula tak perlu bimbang kerana mereka terjamin ada pembeli sekiranya saham TimeDotcom tidak dilanggan oleh orang awam. Maka yang terbeban ialah Tabong Wang Rakyat iaitu TABONG AMANAH PENCEN dan PNB.

■ Tun Daim dan Tun Mahathir sekali lagi berjaya mengabui mata rakyat dalam skima nekad mereka melalui Penyenaraian TimeDotcom di BSKL. Mereka berjaya menjarah duit rakyat dari TABONG AMANAH PENCEN dan PNB melalui proksinya TS Halim Saad, seorang korporat bumiputera.

■ Hasil yang mereka perolehi lebih kurang RM2.8 billion. RM1.0 billion dari Khazanah Holding yang membeli saham TimeDotcom lebih awal lagi sebelum disenaraikan dan RM1.8 billion dari TABONG AMANAH PENCEN dan PNB apabila membuat pembelian ketika saham merudum seawal TimeDotcom disenaraikan di BSKL. Begitulah luar biasanya bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad memikirkan keuntungan mereka dengan cara merompak dana awam milik rakyat. 
Tidak malukah mereka mengetuai parti PPBM (Parti Putar Belit Mahathir)  dengan slogan "Selamatkan Malaysia" sedangkan merekalah perompak terbesar dalam sejarah negara? .

Thursday, February 1, 2018

MENIFESTO PAKATAN BUKAN JANJI.

JAWAPAN KEPADA MANIFESTO GILA & ANGAN-ANGAN PAKATON.


1. Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus di tingkatkan. [PAKATAN BERPENDAPAT JUMLAH PENJAWAT AWAM BERLEBIHAN DAN MAHU KURANGKAN JUMLAH. TAK MUNGKIN MEREKA AKAN NAIKKAN GAJI DAN PENCEN. GAJI PENJAWAT AWAM PP TIDAK PERNAH DINAIKKAN DI ZAMAN DAP] 

2. Gaji Penjawat Swasta bermula Minimum RM1500. [KOS SARA HIDUP DAN HARGA BARANG AKAN MENINGKAT. KOS MENJALANKAN PERNIAGAAN JUGA AKAN MENINGKAT. MAJIKAN AKAN GUNA PEKERJA ASING LBH MURAH] 

3. Elaun Kebajikan/ Oku/Ibu tunggal Di tingkatkan untuk Minimum permulaan RM800 - RM1000 [PAKATAN HENDAK MENGURANGKAN BELANJA MENGURUS DAN TAMBAH BAJET PEMBANGUNAN. ELAUN ADALAH DALAM BELANJA MENGURUS, JADI MEREKA AKAN KURANGKAN] 

4. Bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwinan pertama. [INI JUGA BAJET MENGURUS] 

5. Lesen motosikal Percuma. [LESEN ADALAH UNTUK MEREKODKAN KENDERAAN DAN PEMANDU SERTA MEMASTIKAN PERATURAN JALAN RAYA DIPATUHI]

6. Mansuh GST. [HARGA BARANG AKAN MENINGKAT KERANA KADAR SST LEBIH TINGGI, PENGGUNAKAN DIKENAKAN CUKAI BERGANDA DAN PENIAGA AKAN MENIPU CUKAI JUALAN DAN PENDAPATAN] 

7. Stabilkan Harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter. [PAKATAN HANYA MAMPU BERIKAN SUBAIDI KEPADA KENDERAAN DI BAWAH 1000 CC DAN PERUNTUKKAN HANYA RM1 BILION UNTUK SUBSIDI. UNTUK STABILKAN HARGA PERLU PERUNTUKAN RM20 BILION] 

8. Bantuan Pendidikan Percuma. [NEGERI PAKATAN GAGAL BERI PENDIDIKAN PERCUMA DI PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK, TADIKA, SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN YANG DIMILIKI KERAJAAN NEGERI. KNPP TAK MANSUHKAN PINJAMAN PENDIDIKAN KNPP MENJADI BIASISWA SEBALIKNYA SETIAP BULAN LIGAN PEMINJAM UTK BAYAT SEMULA DAN NAMA DEPA DIPAMERKAN DLM AKHBAR]

9. Bantuan Pesakit Buah Pinggang,pesakit Jantung Bagi rawatan berkos Tinggi. [TELAH DIBERIKAN OLEH KERAJAAN] 

10.Subsidi Air percuma dan Bil Elektrik. [TARIF AIR DI P.PINANG MENINGKAT 4 KALI. ISU AIR BERSIH DI SELANGOR DAN KELANTAN MASIH BELUM SELESAI HINGGA SEKARANG] 

11.Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma. [BAJET PAKATAN TIDAK BERANI MANSUHKAN PTPTN DAN JIKA MANSUH PAKATAN PERLU MENCARI RM48.7 BILION UNTUK MEMBAYAR SEMULA PEMBIAYAAN YANG TELAH DIKELUARKAN UNTUK BANTU PELAJA. KNPP TAK MANSUHKAN PINJAMAN PENDIDIKAN KNPP MENJADI BIASISWA SEBALIKNYA SETIAP BULAN LIGAN PEMINJAM UTK BAYAT SEMULA DAN NAMA DEPA DIPAMERKAN DLM AKHBAR] 

12.Salur Agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan. [DI PPINANG, BANTUAN DISEKAT DARI KAWASAN ADUN YANG MENGKRITIK KERAJAAN NEGERI. DI SELANGOR, TIADA BAJET DIPERUNTUKAN UNTUK BANGUNKAN UTARA SELANGOR DALAM TAHUN 2018]

13.Wifi percuma Berkelajuan Tinggi Bandar serta Luar Bandar. [WIFI DI SELANGOR HANYA GAJAH PUTIH YANG TAK BOLEH DIGUNAKAN. DI PPINANG DAN KELANTAN, PAKATAN GAGAL BERI WIFI PERCUMA. DI PENANG KAWASAN LUAR BANDAR TAK ADA WIFI TERMASUK KAWASAN BN MENANG]

14.Menstabilkan harga barang. [PAKATAN PUNCA KENAIKAN HARGA BARANG KERANA MENAIKKAN PREMIUM TANAH DAN KOS PERNIAGAAN. HARGA BARANG AKAN MENINGKAT LAGI DENGAN PELAKSANAAN GAJI MINIMUM RM1500 DAN MENGEMBALIKAN SST] 

15 Bantuan Duit Dapur bagi isi rumah berkahwin/ ibu tunggal  kepada Rakyat Miskin serta berpendapatan rendah sebanyak RM250 sebulan. [TELAH DIBERIKAN OLEH KERAJAAN MELALUI BR1M. JUMLAH PENERIMA 1 JUTA DI SELANGOR, BERBANDING HANYA 30,000 YANG TERIMA KISS] 

16.Kad Peduli sihat Rakyat setahun RM500. [KERJAAAN BN BERI SUBSIDI KESIHATAN DAN BANTUAN BERKAITAN JAUH LEBIH BANYAK DARIPADA RM500 SETAHUN] 

17.Pinjaman Peribadi Penjawat Awam untuk tempoh 10 Tahun di naikan semula kepada 20 Tahun bayaran. [KONONNYA PAKATAN KATA HENDAK KURANGKAN KADAR HUTANG ISI RUMAH, LANGKAH INI AKAN MENINGKATKAN KADAR HUTANG ISI RUMAH] 

18.Royalti Minyak kepada negeri negeri di tingkatkan Royalti. [PAKATAN SUDAH KEHILANGAN BANYAK PENDAPATAN DAN INI AKAN MENGURANGKAN LAGI PENDAPATAN. BAGAIMANA PAKATAN HENDAK TUNAIKAN JANJI BERI PELBAGAI BANTUAN, PENDIDIKAN PERCUMA DAN SUBSIDI MINYAK?]

19.Mencegah Ketirisan khazanah negara serta mengagih kekayaan kepada Rakyat. [NEGERI PAKATAN PALING BANYAK BERLAKU KETIRISAN. HARGA KERTAS KERJA DI PPINANG RM300 JUTA. PEMBAYARAN KEPADA KONSULTAN 5 KALI GANDA LEBIH TINGGI. KOS BUAT LALUAN BASIKAL RM2.4 JUTA/KM BERBANDING YANG DIBUAT KERAJAAN BN, HANYA RM170,000/KM. ZAMAN DS NAJIB SEMUA AGENSI KERAJAAN DIKETATKAN PERBELANJAAN, BKN KERANA KERAJAAN TAK ADA DUIT, TP APLIKASI BELANJA BERHEMAH.


20.Menghapuskan Tol di seluruh Malaysia. [DUA PENGGAL LEPAS PAKATAN JANJI HAPUSKAN TOL SUNGAI NYIOR. DULU KADAR TOL HANYA 50 SEN. SEKARANG BUKAM SAJA TOL TAK DIHAPUSKAN, TAPI KADAR MENINGKAT KEPADA RM1.20. TEROWONG PENANG JGK ADA TOL SELAMA 32 TAHUN. DAN KERAJAAN SELANGOR TIDAK MELEPASKAN HAK KUTIPAN TOL MEREKA SEBAGAI SUBSIDI KEPADA RAKYAT. SAMA JGK DGN KNPP HAK ATAS JAMBATAN PULAU PINANG SEBANYAK 5%.]

21.Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import di turunkan. [BILA PAKATAN KEMBALIKAN SST, CUKAI JUALAN KERETA MENINGKAT DARI 6% KEPADA 10%. HARGA KERETA AKAN MENINGKAT. BILA TUN M MENJADI PM, DASAR LINDUNGI PROTON AKAN SEBABKAN CUKAI KERETA BUATAN LUAR MENINGKAT DAN HARGANYA TURUT MENINGKAT. KERETA MURAH JALAN TAMBAH SESAK. PENGANGKUTAN AWAM JLN PENYELESAIAN.] 

22.Mewujudkan Peluang Pekerjaan lebih banyak. [PAKATAN SENTIASA SABOTAJ USAHA MEMBAWA MASUK PELABURAN ASING, BAGAIMANA MEREKA BOLEH WUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN. PAKATAN SANGGUP KE TAIWAN MENGHASUT PELABUR BATALKAN PELABURAN DI PENGERANG DAN MENJEJASKAN 8,000 PELUANG PEKERJAAN. PROJEK2 PAKATAN JUGA GAGAL DILAKSANAKAN ON-TIME, SEPERTI TEROWONG DASAR LAUT PPINANG. JADI BAGAIMANA MEREKA MAHU WUJUDKAN PEKERJAAN? 

23.Mewujudkan peluang mesra usahawan/Peniaga kecil serta pinjaman mudah. [GERAI2 DAN PREMIS PERNIAGAAN DI NEGERI PAKATAN PUN BANYAK DIROBOHKAN. KOS MENJALANKAN PERNIAGAAN JUGA MENINGKAT DI NEGERI PAKATAN. LESEN PUN SUKAR DIPEROLEHI]

24.Bantuan Persekolahan tahunan kepada Pelajar sebelum sekolah di buka tahun baru. [TELAH DIMULAKAN OLEH KERJAAAN BN LAMA SEBELUM PAKATAN CADANG] 

25.Cukai insuran kereta di turunkan kepada kenderaan di bawah 1500CC. [SATU LAGI LANGKAH YANG MENGURANGKAN PENDAPATAN, BAGAIMANA HENDAK HAPUSKAN TOL, BAGI LEBIH SUBSIDI DAN BANTUAN KEPADA RAKYAT?] 

26.Memperbanyakan Rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan. [PAKATAN GAGAL BANGUNKAN RUMAH MAMPU MILIK DI NEGERI MEREKA. MALAH MEREKA LAMBAT2KAN USAHA KERAJAAN BN BANGUNKAN RUMAH MAMPU MILIK DAN RAKYAT TERMISKIN DI NEGERI PAKATAN. PREMIUM TANAH JUGA DITINGKATKAN. RUMAH MAMPU MILIK DI PENANG SEHINGGA KINI MASIH BELUM SIAP-SIAP. HALANG AGENSI PERSEKUTUAN BINA RUMAH MURAH.] 

27.Siaran EPL Percuma kepada Rakyat Malaysia. [BAGAIMANA PAKATAN NAK CARI DUIT UNTUK BAYAR HAK PENYIARAN? HASIL SEMAKIN KURANG] 

28.Mengutamakan wang poket Rakyat mencukupi. [DI NEGERI SELANGOR SAJA 7 JUTA PENERIMA BR1M. APA USAHA KERAJAAN PAKATAN UNTUK PASTIKAN JUMLAH INI BERKURANGAN SETIAP TAHUN? DI PENANG KNPP SETIAP BULAN ANJUR PESTA KARNIVAL EXPO SO MCM MANA NAK JAMIN RAKYAT CUKUP WANG UTK KEPERLUAN?] 

29.Agihan Percuma Sekampit Beras setiap bulan kepada setiap isi rumah berkahwin miskin serta berpendapatan rendah. [DI NEGERI SELANGOR, PPINANG DAN KELANTAN, TIDAK NAMPAK PULA INI DILAKSANAKAN] 

30.Insentif tunai Kelahiran Baru. [KERAJAAN BN TELAH WUJUDKAN. DI PPINANG DAN KELANTAN TIDAK KELIHATAN] 

31.Insentif tabung Pendidikan Awal kepada bayi,kanak2 hingga dewasa. [KERAJAAN BN TELAH LAKSANAKAN] 

32.Menarik pelabur asing lebih banyak. [PAKATAN MENSABOTAJ USAHA MENARIK PELABURAN TERMASUK DI PENGERANG, PAHANG, TRX DAN BANDAR MALAYSIA] 

33.Menjadikan malaysia dan Rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020. [NEGERI PAKATAN GAGAL SEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN YANG BANYAK DAN PENERIMA BR1M PALING RAMAI ADALAH DI SELANGOR] 

34.Mengurangkan kos sara Hidup Rakyat. [MENINGKATKAN PREMIUM TANAH, MENGAKIBATKAN KOS SEWA DAN KOS MENJALANKAN PERNIAGAAN MENINGKAT, SETERUSNYA KOS SARA HIDUP AKAN MENINGKAT. KOS OPERASI JUGA MENINGKAT BILA GAJI MINIMUM DINAIKKAN MENDADAK] 

35.Khidmat kesihatan Percuma. [TELAH DIBERIKAN OLEH KERAJAAN BN] 

36.Sistem Giliran Perdana menteri hanya 2 penggal. [TUN M SENDIRI TELAH PEGANG JAWATAN SELAMA 5 PENGGAL. BELUM APA2 PAKATAN DAH MENIPU. ADUN DAP TG BUNGAH USUL JAWATAN 2 PENGGAL TP USUL DITOLAK UTK DIBAHAS DAN ADUN DAP TU TERUS KENA BEKU DAN DIPINGGIRKAN DARI DAP.] 

37.Menjadikan badan SPRM. Bebas serta lapor terus kepada Parlimen. [TIADA KEBEBASAN BERSUARA DALAM PAKATAN. ADUN DAN AHLI YANG BERSUARA MENGKRITIK DIKENAKAN TINDAKAN PECAT, HILANG PERUNTUKAN DAN PENDEDAHAN SKANDAL SEKS. PAC PENANG TAK PERNAH BLEH LAPURKAN KPD DUN. KALAU LAPUR KOMEN & CADANGAN AHLI BN DIBUANG] 

38.Gaji Anggota Polis/Tentera akan di tingkatkan bagi meminima salah guna kuasa serta rasuah untuk golongan pasukan pertahanan/penguatkuasa undang undang. [PAKATAN MAHU MENGURANGKAN JUMLAH PENJAWAT AWAM. TAK MUNGKIN MEREKA AKAN NAIKKAN GAJI SEBALIKNYA AKAN PECAT SEBAHAGIAN PENJAWAT AWAM] 

39.Menaik taraf kehidupan Rakyat. [TARAF HIDUP DI KELANTAN, SELANGOR DAN PPINANG MASIH TIDAK BERUBAH. PENERIMA BR1M PALING RAMAI DI SELANGOR] 

40.Menaik taraf infrastruktur kuarters Tentera dan Polis dengan lebih baik. [MEMANG DILAKSANAKAN OLEH KERAJAAN BN LENGKAP DENGAN KUARTERS DAN TAPAK BARU DI SENDAYAN SEDANGKAN PAKATAN MAHU TUDM KEKAL DI BANGUNAN USANG DI SG BESI] 

41.Menghadkan campurtangan Perdana menteri terhadap jabatan jabatan kerajaan dan Syarikat GLC. [LIHAT CARA PAKATAN TADBIR NEGERI. SEMUA ANAK SYARIKAT PUN KETUA MENTERI PPINANG JADI PENGERUSI. LGE BERKUASA KPD GLC UTAMA DI PENANG TERUTAMANYA PDC KERANA GLC PELABURAN STRATEGIK KNPP. HABIS TANAH PDC DIJUAL DAN PDC PLK YG BERHUTANG KPD KNPP.] 

42.Menghapuskan saman tertunggak pesalah lalulintas terutama kepada pesalah kesalahan Tiada lesen motosikal. [SAMAN MAJLIS PERBANDARAN NEGERI DAN MAJLIS DAERAH PUN PAKATAN GAGAL HAPUSKAN. DI PENANG ACARA MENYAMAN PARKING ANTARA PERKARA TERMERIAH DI NEGERI INI. LAMBAT BAYAR HANTAR NOTIS DAN POLIS BANTUAN.] 

43.Memansuhkan sistem AES [PAKATAN MAHU MELINDUNGI PESALAH TRAFIK DAN MEMBAHAYAKAN NYAWA RAKYAT?] 

44.Memberi kelonggaran berpolitik kepada seluruh Rakyat Malaysia. [PARTI2 DALAM PAKATAN SENDIRI MENGAMALKAN KUKU BESI, DI SELANGOR PASUKAN BOLASEPAK NEGERI PUN DI POLITIKKAN] 

45.Mengembalikan wang Rakyat 1MDB di luar negara kepada Rakyat Malaysia. [TIADA WANG 1MDB YANG HILANG. PIHAK YANG KEHILANGAN WANG ADALAH IPIC DAN PERSETUJUAN TELAH DICAPAI UNTUK MENCARI PENYELESAIAN DALAM HAL INI] 

🛑Semoga inisiatif PAKATAN HARAPAN serta mandat Rakyat bakal mengubah Malaysia serta Rakyat menjadi lebih baik demi malaysia yang tercinta.🇲🇾☑☑☑☑☑☑☑ [JANJI 2 PENGGAL DULU BANYAK YANG TIDAK DITUNAIKAN. BARU 2 PENGGAL NEGERI DAH ROSAK TERUK. LIHATLAH PPINANG YANG ASYIK DILANDA BANJIR, BELANJA OPERASI MENINGKAT, KETIRISAN DAN SKANDAL RASUAH BERLELUASA. DI SELANGOR, ADA USAHA UNTUK MELESAPKAN ASET NEGERI MELALUI DEIG, RASUAH PASIR JUGA BERLELUASA.]

TOLAK PAKATAN, PASTIKAN ANDA TIDAK DITIPU BERULANG KALI OLEH MEREKA.

#tolakpakatan #kamigengnajibrazak #kekalnajib #kn 
Related Posts with Thumbnails