Sunday, June 28, 2015

KENA TANGKAP ORANG LAIN, KENAPA ORANG LAIN PULAK PANAS #popia4TunM #1MDB

 

NAMPAKNYA pihak-pihak yang mengkritik Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa menelan kembali cemuhan dan cercaan mereka terhadap Perdana Menteri dan syarikat pelaburan strategik, 1MDB.

Ibarat `meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri', setidak-tidaknya siasatan awal ke atas bekas pegawai Petrosaudi, Xavier Andre Justo yang ditahan polis Thailand Isnin lalu, mendapati beliau bukan sahaja membocorkan dokumen 1MDB tetapi telah memindanya, mampu merungkai isu ini yang beberapa bulan ini berada dalam radar pemerhatian rakyat.

Ini terutama sekali `tumpuan luar biasa' yang ditunjukkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sehingga timbul desakan memaksa Perdana Menteri berundur.

Setiap hari, kecaman Tun M mengenai 1MDB dan Perdana Menteri secara praktikalnya telah meracuni fikiran rakyat Malaysia terhadap Najib dan kedudukan profesional 1MDB yang dilihat memalukan Malaysia di mata dunia.

Sebuah firma keselamatan siber antarabangsa, Protection Group International (PGI) yang dilantik untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap sumber data yang disiarkan di internet juga mengesahkan kesahihannya.

Siasatan PGI mendedahkan terdapat bukti jelas kecurian sistematik data sulit syarikat oleh Justo sebelum meninggalkan Petrosaudi.

Siasatan turut menunjukkan data tersebut diubah setelah dicuri dari Petrosaudi.

Dipercayai, kebanyakan data yang diubah ini kemudian disiarkan di Sarawak Report yang bertindak sebagai `tulang belakang' kepada blog berkenaan tentang dakwaan `salah laku' 1MDB.

Sarawak Report menyiarkan petikan daripada e-mel yang didakwa dihantar oleh pihak terlibat. Namun e-mel itu tidak mempunyai penghantar yang mana menurut forensic Wiki 'adalah garis medata dilampirkan pada setiap e-mel yang mengandungi banyak maklumat yang berguna kepada penyiasat forensik'.

Sehubungan itu, alamat IP penghantar dan penerima e-mel, tanda tangan, kepala surat telah hilang.

Semua pengkritik yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap PM dan 1MDB sewajarnya mengambil keberkatan di bulan Ramadan yang mulia ini untuk menarik balik kenyataan atau cemuhan mereka.

Sebaik-baiknya memohon maaf kepada Perdana Menteri kerana tidak mengesahkan maklumat yang diperolehi daripada Sarawak Report.

Akibat tohmahan dan fitnah ini, jumlah kerosakan yang dilakukan terhadap prestij, reputasi dan imej antarabangsa ke atas negara ini, Perdana Menteri, ekonomi dan semua individu serta organisasi yang dituduh dalam plot ini, amat besar.

Apa yang terjadi, Sarawak Report dan pihak-pihak yang membidas Perdana Menteri dan pegawai 1MDB tidak peduli untuk meneliti semula kesahihan dokumen.

Mereka lebih gemar mencemarkan pihak kerajaan walaupun mereka mempunyai maklumat yang boleh menghubungi pihak terlibat.

Mengapa? Siapa di sebalik kempen yang berniat menjatuhkan Perdana Menteri? Pihak ini perlu disiasat dan dikenakan hukuman jika didapati bersalah.

Bukan setakat dalam negara, permohonan maaf yang sama juga wajib dilakukan secara secara terbuka
di peringkat antarabangsa untuk mengembalikan reputasi negara ini.

Sanggupkah Tun M mengakuinya? 

klxpress.com.my


Sent from my iPad

Saturday, June 20, 2015

UMNO SUDAH TIADA TEMPAT DI PULAU PINANG @NajibRazak @MuhyiddinYassin @dzainalabidin @reezalmerican @RRAFIZAL

terjerit jerit suruh mppp roboh kedai cina sebelah sana... kedai itu bukan baru wujud, kedai kedai tepi jalan di pulau pinang ini bukan baru wujud sejap DAP perintah, tetapi kedai dan gerai itu telah wujud sejak zaman lim chong eu jadi ketua menteri pulau pinang,

masa ada kuasa tak guna, sekarang DAP nak ajar UMNO dan BN bagaimana nak guna kuasa.

kalau dah berniaga tepi jalan itu salah mengikut undang undang PBT, kenapa kita tak ambil tindakan, undang undang itu bukan baru di gubal semasa DAP berkuasa. tetapi sudah berpuluh tahun sejak BN berkuasa.

bila komen soal logo UMNO, sebenarnya DAP tidak mahu langsung ada nama UMNO dalam negeri Pulau Pinang. itu je syaratnya . umno tak faham lagi ka.

ini ada lah satu pertanda kepada umno. NajibRazak sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan kena faham . apa nak buat di negeri pulau pinang. jangan dok mai berdiri atas pentas " ARE YOU READY FOR BN" nanti kena boooooooo !!

pssssss teringat dialoq filem ibu mertuaku, " kalau orang nya aku dah benci, nama dia pun aku takmo tengok "

Sent from my iPad

PROGRAM SUMBANGAN RAMADHAN DI DUN TELOK AIR TAWAR @NajibRazak @MuhyiddinYassin @dzainalabidin @reezalmerican @aidiroslan


Pagi tadi Alhamdulilah UMNO Bahagian Tasek Gelugor bersama Ahli Undangan Negeri Pulau Pinang Dato Hajah Jahara binti Hamid telah memberi sumbangan Bantuan Ramadhan kepada 300 orang di dalam kawasan DUN Telok Ayaq Tawar.

ini ada lah acara tahunan bila datang nya bulan ramadhan, orang susah tidak terpinggir untuk bersama sama menyambut bulan ramadhan, barangan dapur yang di terima boleh lah meringankan bebab mereka, InsyAllah.

Wednesday, June 10, 2015

ADAKAH PENGKALAN TUDM BUTTERWORTH KAWASAN STRATEGIK ATAU HANYA CAKAP POLITIK @NajibRazak @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @dzainalabidin @reezalmerican


membaca penulisan ini pada mula nya dah ok,  sokong pun tidak, tapi hanya membaca sebagai ilmu. tetapi apabila penulis ini menyerang kempimpinan umno tasek gelugor dan negeri. ianya terus menjadi cacat. sepatutnya tidak boleh berlaku macam itu.  penulis kena terus memberi maklumat dan fakta , bukannya menyerang.

jom kita lihat apa fakta penulis ini mengenai pembangunan pengkalan udara TUDM.

Suppression of Enemy Air Defenses (SEAD) merupakan satu operasi taktikal ketenteraan untuk menewaskan pertahanan udara musuh di permukaan. Tindakan ini antaranya untuk menyahupayakan pertahanan Surface-To-Air-Missiles (SAMs) dan artileri anti pesawat termasuklah melumpuhkan sistem radar amaran awal dan fungsian Command, Control dan Communication (C3). Serangan ini boleh dilaksanakan samada dalam bentuk fizikal atau elektronik.

Pertahanan udara Malaysia antara yang paling lemah di rantau ini terutamanya sebelah utara Semenanjung. Pengkalan TLDM terdekat adalah di TLDM Markas Wilayah 3 Bukit Malut, Langkawi yang lebih kepada pengkalan persinggahan dan bantuan logistik sahaja tanpa keupayaan pertahanan udara.

Pertahanan Laut Pulau Pinang boleh dikatakan tiada langsung dan pengkalan TLDM di Pulau Pinang hanyalah Pusat Latihan PSSTLDM (Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia) tanpa sebarang kemudahan pertahanan laut dan udara yang mencukupi.

Pertahanan hadapan di Pulau Pinang bergantung kepada Pangkalan Udara Butterworth yang menempatkan 8 buah F/A-18D (versi serangan malam) dengan kemudahan asas yang semakin terhimpit dalam kawasan seluas 407 hektar ditambah dengan keperluan untuk peningkatan dalam usaha pemodenan TUDM.

Tentera Udara Di Raja Malaysia melaporkan keperluan kritikal sekurang-kurangnya 8 buah pesawat AWACS bagi memantau keselamatan ruang udara, laut dan darat Negara yang mana salah satunya perlu ditempatkan di Pulau Pinang. Baru-baru ini Kongres Amerika telah meluluskan penjualan E-2D Advanced Hawkeye kepada Malaysia yang merupakan pesawat pelbagai cuaca dan berkemampuan untuk mendarat di atas kapal pengangkut pesawat.

Malaysia adalah antara negara pertama yang diluluskan penjualan pesawat yang dilengkapi oleh radar AN/APY-9 yang terkini. Selain itu, E-2D Advanced Hawkeye juga dipertingkatupayakan dengan teknologi terkini suit radio, komputer misi, komunikasi satelit terkamir, sistem pengurusan penerbangan, enjin T56-A-427A dan mampu untuk mengisi minyak di udara berbanding Grumman E-2C Hawkey milik Tentera Udara Singapura.

Grumman E-2C Hawkey Singapura yang berpengkalan di Paya Lebar, Singapura mampu mengesan sebarang amaran awal sehingga ke Kuantan. Berbanding E-2C, E-2D membolehkan "co-pilot" bertindak sebagai T4O atau "Tactical 4th Operator" yang boleh mengubahsuai paparan kokpit utama memaparkan radar, IFF dan Link16 (JTIDS)/CEC dan mengakses segala data yang diperlukan. Radar APY-9 berfungsi sebagai “active electronically scanned array” yang memperkasakan "radome" mekanikalnya.

AWACS juga memerlukan sistem sokongan daratan yang canggih dengan pelbagai penambahbaikan. Ianya tidak memadai sekiranya penambahbaikan infrastruktur hanya sekadar dilakukan di Pengkalan TUDM Butterworth sahaja. TUDM perlu membina pelbagai kemudahan baharu untuk memperkasakan pertahanan utara yang mungkin ditambah dengan pesawat AWACS dan MRCA baharu.

Pemilikan AWACS dan MRCA bukan sekadar perlukan penambahan logistik tetapi lokasi strategik yang mana bagi mengelakkan negara jiran merasakannya sebagai satu ancaman. Imbasan radar AWACS bukan sahaja meliputi perairan, udara dan daratan negara, tetapi akan melangkaui sempadan politik ke negara jiran. Faktor geografi memainkan peranan penting dalam pertahanan sesebuah negara. Terlalu hampir dengan laut akan mendedahkan aset pertahanan negara kepada keupayaan serangan laut, udara dan daratan musuh. Pengkalan TUDM Butterworth telah terbukti tidak taktikal dari segi sejarahnya apabila berjaya ditawan dengan mudahnya oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Bagi mengoptimumkan taktikaliti dan strateginya, tentera Jepun telah mengubah landasannya dari landasan asal Tentera Udara DiRaja British.

Pemindahan Pengkalan TUDM Butterworth dilihat sebagai satu strategi pertahanan udara yang penting kerana ketiadaan pertahanan darat ke udara di sekitar Pulau Pinang. Kawasan penampan serangan Suppression of Enemy Air Defenses (SEAD) yang lebih luas merupakan satu strategi tambahan bagi melindungi aset pertahanan Negara selain meluaskan kawasan operasi meliputi sempadan Thailand yang diwarwarkan pernah dicerobohi pesawat tidak dikenali semasa tragedi MH370.

Ancaman-ancaman perisikan dan pengintipan asing juga merupakan satu faktor yang perlu diambil kira sewajarnya jika mahu mengekalkan Pengkalan TUDM Butterworth ini. Tentera udara Thailand telah memperolehi dua unit SAAB 340/AEW yang berpengkalan di RTAFB Don Muang/Bangkok. Indonesia pula memperolehi CASA CN235 MPA, Boeing 737-2X9 yang dioperasikan oleh Skadron Udara Patroli Maritim dan AEWACS (Maritime Patrol and AEWACS Squadron) yang berpengkalan di Hasanuddin International Airport.

Selain itu, risikan-risikan HUMINT, SIGINT, TECHINT, CYBINT/DNINT dan lain-lain boleh dilakukan dengan mudah di kawasan penduduk yang berkepadatan tinggi terutamanya jika rumah penduduk lebih tinggi dari pagar Pengkalan tersebut.

PEMBANGUNAN KAWASAN MELAYU
Butterworth hari ini sedang pesat membangun. Pembangunan Bandar Baru perlu dirancang dengan teliti dan bijak. Pemindahan Pengkalan Udara TUDM Butterworth bukan sahaja mampu memberi tambah nilai aset perdagangan tetapi menyemarakkan kepadatan taburan penduduk ke kawasan baharu iaitu di Ara Kuda.

Pembinaan perumahan dan perindustrian perlu dioptimakan sehingga ke segenap sudut Pulau Pinang. Pulau Pinang akan membangun dari sebuah kotaraya menjadi negeri kota yang keseluruhannya adalah bandaraya maju yang berdaya saing. Setiap aset hartanahnya mestilah dibangunkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya orang Melayu memiliki hartanah strategik dengan harga kompetatif mengikut kelasnya.

Selain itu, pembangunan Ara Kuda akan memberi kesan positif sehingga ke Kedah. Pelan pembangunan TUDM Ara Kuda juga membabitkan 162 hektar untuk perumahan kos rendah. Sekiranya pelan ini berjaya, kawasan sekitar Ara Kuda juga akan pesat membangun. Kemudahan infrastruktur awam seperti LRT juga boleh dibina kerajaan bermula dari Ara Kuda ke Pulau Pinang sebagai suatu kemudahan awam yang dapat menampung kepadatan penduduk selain menggalakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Pertumbuhan ekonomi ini kelak akan turut dirasai oleh penduduk Lunas, Kedah seterusnya tempiasnya akan turut memberi kesan positif pembangunan kawasan-kawasan strategik Bumiputera di Kedah.

Adalah kurang bijak sekiranya kerajaan membina banyak kemudahan asas dan pembangunan di kawasan kepadatan penduduk Bumiputera tinggi berbanding dengan membina sebuah petempatan baru untuk mereka di kawasan lain.

Diharapkan agar pelan pembangunan strategik cetak biru akan segera dirangka dan dilaksanakan demi memastikan kuasa politik Bumiputera terus kekal dan peluang-peluang ekonomi dicipta bagi melahirkan golongan Bumiputera yang berdaya saing di bidang ekonomi.

Usahlah tunduk kepada tentangan-tentangan tidak berasaskan logik dan fakta dari suara-suara sumbang yang berkepentingan peribadi yang akhirnya akan memudaratkan keselamatan negara dan merugikan bumiputera.


INI ADALAH PENDAPAT PERIBADI PENULIS DALAM ERAPASCA . 
Related Posts with Thumbnails