Wednesday, May 13, 2015

PEMUDA TAK PANDAI MENARI JANGAN SALAH TANAH TINGGI RENDAH @NajibRazak @Khairykj @MuhyiddinYassin



ini berlaku sebelum pilihanraya kecil permatang pauh dan rompin . aku sebagai ahli umno berasa lega bila melihat keadaan ini. YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di julang oleh Pergerakan Pemuda UMNO sebagai tanda sokongan. 

tapi selepas PRK Permatang Pauh dan Rompin. pemuda tahu undi anak muda kalah teruk di beberapa peti undi. so untuk alihkan perhatian bahawa kekalahan undi muda tidak di persoalkan, pemuda terus menuding jari kepada pucuk pimpinan parti dan kerajaan. adakah ini cara nya ???? 

aku berada di permatang pauh, aku tahu apa yang berlaku. masih terngiang ngiang di telinga aku, bilamana aku dengan sengaja mencuit salah seorang exco pemuda umno malaysia, aku memberi cadangan beri lah ceramah menjelaskan isu GST, lantas laju je di jawab. suruh lah pak menteri jawab pasai gst. perhhhhhhhh ini kah jawapan yang tepat dari seorang exco pemuda. ????


apa yang aku mengharapkan ialah selepas tengok julangan pemuda keatas NajibRajak. terdetik di hati aku bahawa pemuda akan bersama presiden parti untuk sama sama melawan pembangkang soal GST dan 1MDB, tetapi itu semua depan presiden umno sahaja, belakang presiden umno depa tikam bersungguh sungguh. 

Pandangan aku ialah  Pemuda UMNO harus memikul tanggungjawab ini untuk mendapatkan jawapan secara tepat dan menjadi pihak yang pertama tampil memperjelaskan kepada anak anak muda. . 

di media pemuda nak tunjuk hebat meraihkan popularity dengan mendesak perdana menteri menjawab isu tabung haji, 1MDB dan GST. apa kejadahnya nak bercakap dalam media. pemuda ada access untuk terus berjumpa tabung haji dan presiden umno untuk minta penjelasan. 

nahhhh selepas mesyuarat MT baru ini. presiden umno dah menjawab segala galanya. terus pemuda buat U TURN pulak menyokong presiden umno. elok lah tu pemuda hentam kiri kanan atas bawah sehingga menimbulkan keresahan kepada rakyat,  

KLIK SINI : BACA ARTIKEL INI

Thursday, May 7, 2015

PENGUNDI PERMATANG PAUH TUNJUK UNDI PROTES #PRKPERMATANGPAUH #MELAKARSEJARAHBARU


seperti di jangka memang akan ada undi protes, ahli pas dah menolak calon wakil suami di permatang pauh. memang undi itu rahsia. tetapi bagi pengundi ini lah caranya mereka nak terjemahkan betapa mereka amat benci pada kak wan, padan mukaaa hangpa laaa!!! 

jelas di sini mengikut cerita anak nya undi ibu supaya dapatkan bebas bapak dia. nak jadi ahli parlimen untuk bebaskan bapaknya bukannya nak jadi wakil rakyat permatang pauh membela rakyatnya. 

inikalilah kak wan weiii, sekarang masa untuk calon BN pulak menjaga rakyat permatang pauh, calon anak muda. calon anak tempatan, calon ada dalam kawasan.  

GANAS MEMANG GANAS DI #PRKPERMATANGPAUH


di sini sejak semalam lagi beberapa siri keganasan cuba di timbulkan oleh pihak penyokong pencacai angkat najis kak wan. ini semua taktik mahu menakutkan pengundi supaya jangan berani keluar mengundi. keadaan seperti ini memang menjadi kegemaran mereka. PKR tahu mereka akan kalah kali ini, mahu tidak mahu mereka terpaksa melakukan kekecohan. 







Sunday, May 3, 2015

LOKMAN NOOR ADAM MEMBONGKAR PEMBOHONGAN PKR DI PDM JALAN TUNA #PRKPERMATANGPAUH @LokmanAdam @tunfaisal @dzainalabidin @reezalmerican









malam tadi saudara Lokman Adam telah membongkar segala pembohongan pkr dalam ceramah nya di sini. banyak isu telah di perjelaskan kepada rakyat permatang pauh. sehinggakan menjadi takut oleh pihak pkr di sebelah jalan sahaja. mereka cuba menggangu dengan memainkan video dan ucapan pemimpin mereka dengan kuat.  

saudara lokman adam tidak gentar dengan ganggun itu. malah terus menerus menghentam pkr. alhamdulilah keadaan terkawal. 


beberapa anak muda begitu berminat untuk mendengan ceramah. 


Saturday, May 2, 2015

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA DI PDM JALAN TUNA #PRKPERMATANGPAUH



program kesihatan percuma di sini nampak berjaya. sekurang kurang nya mendekati pengundi di sini dan memberi maklumat tentang prk permatang pauh kenapa kena pilih BN inikalilah.  

syarikat EIT SCREENTECH M SDN BHD yang berpengkalan di kuala lumpur menawarkan khidmat kesihatan percuma. sistem pemeriksaan tahap kesihatan berteknologi tinggi yang memberi keputusan dengan segera dan tepat. ianya dapat mengukur tahap kesihatan 11 organ dalaman. 

Friday, May 1, 2015

UMNO CAWANGAN TELAH DIBUBARKAN NAK APA LAGI ....!!! #prkpermatangpauh




sesuatu yang ganjil umno cawangan yang telah lama di bubarkan. tiba tiba kerana pilihanraya kecil parlimen permatang pauh muncul semula. ini menampakkan betapa kebodohan dan tidak cerdiknya ketua umno cawangan yg tak sah itu dan juga dr afif yang cuba memburukkan umno. 

good try lah....cuba lagi

Related Posts with Thumbnails