Rasanya baru sahaja beberapa bulan lalu Maya Karin keluarkan kenyataan yang beliau kini sedang bahagia dengan kekasihnya dan berkongsi harapan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa dua tahun dari sekarang. Nampaknya kini cerita sudah berbeza.
Memetik laporan Kosmo! hari ini, Maya Karin mengakui dirinya kini sudah kembali solo dan tidak lagi terikat dengan sesiapa selepas tidak dapat lagi meneruskan hubungan jarak jauh antara mereka berdua dan ketiadaan masa.
"Buat masa sekarang Tuhan tidak berikan lagi saya jodoh yang kuat, jadi mungkin selepas ini saya perlu membuka hati kepada individu lain pula. Ya, kami berpisah dengan cara baik atas dasar keadaan yang tidak mengizinkan untuk kami terus bercinta"
"Saya sudah kembali solo dan ada banyak sebab yang memutuskan hubungan kami berdua. Salah satunya kerana kami terlalu sibuk hingga tiada masa untuk diluangkan bersama-sama"
"Selain itu, faktor jarak menjadi penghalang percintaan kami untuk kembang dengan sempurna. Susah juga untuk terbang ke sana setiap masa, bagi saya hubungan tidak patut terlalu susah dan tidak harus terlalu berjuang untuk mempertahankannya," ujar Maya Karin.
Pelakon ini turut menambah yang beliau tidak mahu terus membiarkan dirinya hanyut kerana cinta kerana kini sibuk menguruskan kerjayanya yang semakin berkembang.
SUMBER ROTIKAYA
Komen aku : bersabar lah banyak banyak, hanya mampu I berdoa u akan temui jodoh yang terbaik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, September 19, 2014
Monday, September 8, 2014
UMNO PULAU PINANG MEMBANTAH SEBARANG CADANGAN PEMBANGUNAN TUDM BUTTERWORTH.
Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang mahu kerajaan persekutuan memperincikan cadangan penswastaan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, bagi tujuan pembangunan, yang dilihat akan menguntungkan pihak swasta dan menolak kepentingan rakyat.
Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman (bawah) berkata, selain mengambil kira faktor kepentingan rakyat, bantahan terhadap cadangan itu juga mengambil kira faktor geopolitik, alam sekitar, kawasan setempat dan aspek keselamatan serta pertahanan.
"Usul ini dibawakan oleh semua Umno bahagian di Pulau Pinang, jadi saya berharap pihak pucuk pimpinan dan kerajaan persekutuan akan melihat usul ini dengan teliti dan melihat apa yang tersirat daripada usul yang kita suratkan.
Pembangunan TUDM adalah simbol yang boleh dilihat sebagai menghakis kekuasaan Umno di negeri Pulau Pinang khususnya di kawasan kubu kuat di Kepala Batas dan Tasek Gelugor...jadi ini kita akan pertahankan habis-habisan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Nibong Tebal di Nobong Tebal hari ini.
Pangkalan TUDM seluas 400 hektar itu merupakan pangkalan utama di utara tanah air dan diwujudkan sejak 1941 selain pangkalan di Kuantan, Pahang.
Kawasan itu akan dibangunkan sebagai Pusat Kesenian dan Riadah dan telah mendapat kelulusan daripada kerajaan untuk penempatan dan pembinaan semula pangkalan TUDM yang baharu di negeri ini melalui pertukaran tanah.
Projek itu akan dibangunkan melalui syarikat usaha sama antara TSR Capital Bhd (51 peratus), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) (30 peratus) dan Pembinaan Bukit Timah Sdn Bhd (19 peratus).
Zainal Abidin berkata pertemuan dua kali bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu berkenaan mendapat reaksi yang positif.
"Perdana menteri menyatakan beliau akan pertimbangkan sehalus-halusnya dengan mengambil kira kepentingan rakyat, beliau (perdana menteri) memberi harapan yang positif bahawa projek ini tidak akan diteruskan, tetapi tunggulah pengumuman rasmi pada masa akan datang," katanya.
Zainal Abidin berkata bantahan cadangan pembangunan TUDM itu tidak bermakna bahawa Umno Pulau Pinang menolak pembangunan sebaliknya jika mahu melaksanakan pembangunan ia harus menjaga kepentingan masyarakat setempat.
Katanya selain bantahan pembangunan di TUDM, usul lain yang dibawa oleh perwakilan Umno Bahagian Nibong Tebal ialah usul pendakwaan terpilih, kawalan terhadap media sosial dan mempertahankan Akta Hasutan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). BERNAMA
Sent from my iPad

PENIAGA MEMBANTAH KENAIKAN SEWA 100% @afifbahardin @cmlimguaneng @dzainalabidin @datojahara @reezalmerican
tengahari tadi selepas berniaga semua penyewa di medan selera jalan tenggiri membuat FLASH MOB membantah kenaikan harga sewa 100%. harga lama RM120 dinaikkan RM240 dan sekaligun membeban kan peniaga di situ.
mana pergi YB Afif Dun Seberang Jaya...???? Pengerusi JKKKN yang turut berniaga di situ pun hilang tak nampak muka. ini masalah rakyat, mana dia slogan DEMI RAKYAT.
MPSP di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang tetap bertegas mahu naikkan kadar sewa 100% setelah wakil peniaga membuat lawatan ke pejabat MPSP.
mengikut wakil peniaga, kami amat kesal dengan kadar sewa baru ini. medan selera ini menjadi tempat tumpuan dan mencari rezeki. keadaan tempat ini memang kotor, kekadang kami malu bila orang ramai menegur. sampah bekas kertas bungkus bertimbun di satu kawasan hingga berbau busuk. meja kerusi semua dah hilang tercabut, terpaksa guna meja sendiri. tak berbaloi lah nak naik kan harga sehingga RM240 sebulan. itu lah sebahagian rungutan para peniaga.
para peniaga membuat bantahan ini kerana nak tunjuk kepada orang ramai dan MPSP serta kerajaan negeri pulau pinang mereka tidak akan membayar sewa baru yang berkuatkuasa 1hb September 2014.
- Posted using BlogPress from my iPad
Monday, September 1, 2014
JANGAN MAIN MAIN DGN PPS PULAU PINANG.....!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Subscribe to:
Posts (Atom)