Thursday, February 27, 2014

MISI MENCANTAS CINTA #SEJOLI MEMANG MENGUSIK JIWA @maya_karin @osmanali_eranoi

hari ini genap dah seminggu tayangan filem komedi romantik SEJOLI di panggung. Ahad lepas aku pergi menonton filem sejoli. terus terang aku cakapkan filem komedi romantik ini memang best. ianya satu cerita FRESH dan memang belaku pada dunia kita sebenarnya, sebuah cerita yang memenuhi kehendak masyarakat. cinta itu bukan hak milik kepada orang kaya sahaja. tidak ketelaluan aku mentafsirkan filem ini membuka mata orang yang sedang bercinta jangan terlalu memandang kemewahan sahaja namun keserasian itu penting. seorang wanita cantik boleh jatuh cinta pada lelaki pencuci kereta. 

Sinopsis Sejoli : Misi Mencantas Cinta

Filem ni mengisahkan Gina dan Joe yang kecewa selepas ditinggalkan oleh pasangan masing-masing. Gina telah putus tunang dengan Hardy anak orang kaya. Manakala Joe pula putus cinta dengan Nita seorang model. Kemudian mereka berdua ni bawa diri ke Phuket Thailand. Di situlah terjalinnya talian persahabatan antara Gina dan Joe yang tidak disengajakan. Kemudian, mereka ini berkomplot dalam Misi Mencantas Cinta sambil dibantu oleh Lola dan Joned apabila dapat tahu ex-ex mereka berdua bakal berkahwin tidak lama lagi.

Bermulalah misi mencantas cinta (perkahwinan Nita dan Hardy). Memang kerja gila dan tak masuk akal kalau difikirkan, pada mulanya dalam hati aku berkata,, tak kan ini saja yang nak tunjuk, terasa seperti cepat pulak, walhal aku nak lagi tengok. rupanya selepas gina dan joe berjaya kembali kepada kekasih masing masing ada pulak lagi ceritanya. babak babak ini lah yang menarik aku rasakan, aku cuba menyelami perasaan seketika, memang ada roh lah filem ini. menangkap terus dalam hati.  

filem ini cukup mengusik jiwa penonton, di awal nya komedi jenaka, di tengahnya pulak melayan perasaan, dan diakhirnya pulak dengan komedi. memang menangkap lahh filem ini. 

Filem Sejoli diarahkan oleh Osman Ali dan dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Maya Karin, Remy Ishak, Izara Aishah, Azad Jasmin, Dira Abu Zahar dan Bront Palarae. Semestinya filem arah Osman Ali sering dinanti-nantikan oleh peminat seni tanah air.

Maya Karin seringkali melakonkan watak sedih dan berat, sebut sahaja pontianak mesti terbayang muka maya karin begitu lah terkesannya kepada penonton,  kali ini rasanya pasti teruja untuk melihat gelagat maya karin kelam kabut untuk bertaut semula dengan kekasihnya.  

Osman Ali pengarah filem OMBAK RINDU  dan kini SEJOLI dua genre yang berbeza mudah aku katakan filem Sejoli ini juga akan menerima sentuhan hebat.

apa yang paling menarik filem ini begitu dekat dengan aku. kerana secara kebetulan dua nama watak dalam itu joe dan hardy adalah nama timbangan aku "JOEYHADY".  seronoknya bila maya karin menyebut nama joe dan hardy. hehehehehhehehe. 

dalam filem ini aku pasti ada yang tidak puas hati dengan cara berpakaian maya karin, tapi bagi aku bukan aku nak tengok sangat soal itu. janji artis kesayangan aku maya karin ada dalam filem tu. filem apa yang maya karin berlakon aku tak pergi tengok ??? semuanya aku dah tengok, hehehehehehe.  filem ombak rindu 6 kali aku tengok di panggung,  mungkin filem sejoli pun aku nak tengok lagi. 

jom ramai ramai kita layan sejoli. 


P/s : Osman Ali jangan lupa jemput saya untuk preview filem akan datang...


Wednesday, February 26, 2014

SOLAT HAJAT TOLAK BALA: PAS DAH GILA


PAS dah mcm budak sewel, presiden pas buat FITNAH, nak suruh ahli ahli pas buat solat hajat!

agama apa kah ini, boleh main main dengan Allah. adalah lebih baik suruh saja presiden pas itu bertaubat dan bersumpah tidak akan buat fitnah. sendiri yang mulut jahat pastu nak mohon pada Allah supaya jauh kan malapetaka....kuat betul bengong org PAS

- Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, February 2, 2014

#PRKKAJANG TELAH DIRANCANG. KUAT JUGA TEMBERANG NYA.





pusing punya pusing akhirnya mengaku juga perletakan jawatan adun kajang telah di rancang, sebelum ini kuatnya temberang dia,

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti-parti sekutu dalam pakatan pembangkang memang telah membuat perancangan untuk mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi memberi laluan kepadanya bertanding di kawasan itu.

Beliau berkata peletakan jawatan ADUN Kajang Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas juga dilakukan menerusi rundingan terlebih dahulu, dan bukan secara mengejut.

"Dia (Lee) meletak jawatan itu bukan tanpa rundingan. Dia letak (jawatan sebagai ADUN) itu memang nak bagi ruang kepada saya untuk bertanding. Kerajaan negeri Selangor juga mengetahui tentang perkara itu.

"Dalam politik kena ada kejutan, dan ini (peletakan jawatan Lee) dianggap sebagai satu strategi kita (Parti Keadilan Rakyat - PKR)," katanya kepada kira-kira 200 ahli jawatankuasa cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan cabang wanita di Yayasan An Nahdoh, Kubang Semang di sini malam Sabtu.

Anwar juga mengakui bahawa kerajaan negeri Selangor memang berhadapan dengan masalah dalaman tetapi ia dalam keadaan terkawal.

"Walaupun kerajaan negeri Selangor ditadbir dengan baik dari aspek urusan ekonomi, tetapi masalah gereja dan bible merupakan masalah yang paling berat di Selangor, jadi saya perlu bantu untuk selesaikan masalah itu," katanya.

Anwar juga berkata beliau akan membuat penjelasan secara terperinci mengenai hasratnya bertanding di DUN Kajang Isnin ini, di Kajang bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Lee memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan Barisan Nasional (BN), Berjasa dan tiga calon bebas


Sumber: Astroawani


- Posted using BlogPress from my iPad
Related Posts with Thumbnails