Wednesday, October 30, 2013

PENGUNDI CINA DI DUN SG LIMAU DAPAT HABUAN LAGI #PRKSGLIMAU



Dalam majlis ramah mesra bersama masyarakat Cina DUN Sungai Limau di Markas BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan peruntukan lebih RM2 juta untuk 3 sekolah jenis cina.

aku sebenarnya tidak berapa suka cara ini kerana mengikut pecahan kaum pengundi cina di dun ini tidak sampai 1900 orang boleh dapat peruntukan sebanyak itu yang aku pasti kita belum tentu dapat semua.

adakah kita masih memujuk dengan harapan kita boleh dapat undi mereka. aku sendiri tidak yakin, dalam ucapan dia sebentar tadi di hadapan pemimpin dan pengundi cina ialah dengan peruntukan yang di beri untuk membantu kaum cina boleh lah di kata sebagai satu indikator tahap perubahan sikap (pengundi Cina) kembali menyokong barisan nasional. 4hb November ini pengundi cina akan memberi jawapan nya.

- Posted using BlogPress from my iPad

LIVE TERKINI #PRKSGLIMAU: TPM BERSAMA PENGUNDI DUN SG LIMAU MAJLIS SARAPAN 1MALAYSIA. @NajibRazak @MuhyiddinYassin @TRANSFORMASI_BN @MukhrizMahathir













awal pagi tadi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri Program Sarapan Pagi 1Malaysia di Kuala Dulang dalam DUN Sungai Limau seramai 6 ribu orang datang untuk bersama sama makan pagi bersama pemimpin2 tempatan #PRKsglimau

photo: KHAIRULANUAR YAHAYA



- Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, October 29, 2013

LIVE #PRKSGLIMAU : KAK JAT DEKAT DI HATI WANITA. @ShahrizatJalil

Sekarang berlangsung program Tekun bersama ibu tunggal di hadapan Bilik Gerakan Negeri Pulau Pinang. Y.Bhg Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil membuat perasmian.

Sempat dia bercerita berceloteh dalam loghat utara nya. Kekadang membuat aku tersenyum. Patutlah wanita suka padanya.

Kak jat memang pembela nasib wanita yang begitu dekat di hati semua wanita.

Dato sri sharizat mengumumkan jumlah RM200 ribu kepada usahawan tekun kawasan parlimen jerai
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, October 28, 2013

PAS KEDAH KUAT MENIPU.....!!!!, #PRKsglimau.




YAN - Pas Kedah hari ini mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu dan mereka sedang menyiasat bagaimana perkara itu boleh berlaku.

"Pihak kami tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli dan Pas langsung tidak ada niat untuk mengadakan sesuatu yang tidak ada," kata Pengarah Operasi Pas bagi kempen PRK Dewan Undangan Negeri Dun Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dalam sidang media, di sini.

Beliau mengulas penyebaran risalah kempen yang memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat bertemu dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Namun, akhbar Sinar Harian mendedahkan gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham pada 25 Mei 2011 dan telah diubah suai menerusi teknik 'photoshop' bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita mereka.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata, pihaknya akan meminta penjelasan daripada pereka grafik yang menghasilkan bahan kempen berkenaan.

Beliau juga mengaku lazimnya sebelum bahan kempen dicetak, pereka grafik akan menyerahkan contoh profil kepada mereka untuk diedit dan ditambah baik sebelum diserah semula bagi tujuan pencetakan.

Katanya Pas Kedah akan menarik balik risalah berkenaan dan mengeluarkan profil baharu dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan kempen Pas, Amiruddin yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, berkata: "Kita semua manusia biasa... yang bezanya ialah sama ada kita memang berniat untuk menipu atau terjadi di luar pengetahuan kita."

Sinar Harian dalam laporan muka depannya hari ini menyifatkan risalah yang mengandungi foto wartawan akhbar tersebut sebagai taktik 'desperado' untuk mengelirukan pengundi pada PRK Dun Sungai Limau.

Laporan itu juga menyatakan Sinar Harian berasa terpanggil untuk menjelaskan mengenai foto terbabit bagi mengelakkan salah faham atau tanggapan bahawa akhbar berkenaan memihak kepada mana-mana parti politik.

Sementara itu, Ketua Biro Edisi Utara Sinar Harian, Mohd Idros Mohd Ali yang merupakan seorang daripada dua pemberita kanan di dalam gambar tersebut berkata, adalah penting bagi akhbar berkenaan menjaga kredibilitinya sebagai media yang tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Kita nak mengekalkan kredibiliti akhbar yang sentiasa dijaga sebelum ini.

Gambar ini seolah-olah memberi satu gambaran bahawa kita menyebelahi satu pihak sahaja," katanya kepada Bernama.

Katanya Sinar Harian menyerahkan kepada pembaca untuk menilai kenyataan yang dibuat oleh Pas hari ini.

PRK Dun Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Azam dan calon Barisan Nasional Dr Ahmad Sohaimi Lazim. - Bernama

komen aku: itu baru satu gambar,, bagaimana dengan gambar gambar lain pulak, gambar ini pun aku rasa tipu juga.. aduihh berlambakk ehhh gambar calon pas dok menipu nie.


- Posted using BlogPress from my iPad

Friday, October 11, 2013

CALON CALON EXCO PEMUDA YANG WAJID DI BERI PERHATIAN DAN UNDI OLEH PERWAKILAN. @Khairykj @jamawijaafar


CALON KETUA PEMUDA MALAYSIA 
YB KHAIRY JAMALUDDIN - CALON 01

CALON NAIB KETUA PEMUDA MALAYSIA 
SDR JAMAWI JAAFAR- NO CALON 01


1. USTAZ LUTFI  - NO CALON 28
2. MUA AMAR GHADAFI JAMAL - NO CALON 48

3. MOHAMAD NAZARI AHMAD - NO CALON 75


4. YB MOHD ISKANDAR JAAFAR - NO CALON 65


5. USTAZ DR FATHUL BARI - CALON NO 16

6. JEFFRI SALIM - CALON NO 38

7. MUHAMMAD FAIZ - NO CALON 61


8. USTAZ AZMI MD YATIM

9. DAZMA SHAH DAUD - NO CALON 17


10. ARMAND AZHA - CALON NO 04


11. ARIFFIN KASSIM - CALON NO 35

Kenapa aku membariskan nama nama ini, aku bukannya dapat apa pun kalau mengundi calon2 ini. tetapi setelah berjumpa bersembang aku boleh rasa ada sesuatu yang mereka boleh menyumbang untuk parti. aku sering bertanya kepada mereka. apakah visi dan misi mereka.

mereka ini begitu komited untuk  bersama ketua pemuda umno iaitu YB khairy bagi memastikan anak muda akan terus bersama UMNO dan BN. 

calon yang berlatar belakangkan ugama juga tidak ketinggalan, seperti ustaz fathul bari, ustaz lutfi dan ustaz azmi md yatim. mereka ini perlu ada dalam barisan exco pemuda bagi membantu YB Khairy dalam hal agama. mereka perlu bergerak seiring. apa yang aku harapkan mereka ini bukan hanya sekadar di beri tempat untuk membaca doa dalam majlis  atau mengimankan solat tetapi harus juga di beri peluang membantu dari segi pentadbiran, pendidik  dan  ekonomi.  

mana mana calon yang datang berjumpa dengan aku hanya setakat merayu undi untuk duduk di kerusi exco pemuda atau mengatakan untuk memperkuatkan umno memperkukuhkan umno, aku akan halau je ayat atau skrip mereka terlalu KLISE. 

sebenarnya UMNO itu dah kuat. tak perlu lah nak ajar kami kononnya nak bertanding nak kuatkan umno. nak kuatkan umno ke nak pelingkupkan umno.  sebab itu aku kata kalau nak datang jumpa aku sila buat ayat atau skrip lain yang lebih mantap. 

PS. 11 calon ini aku berjumpa secara peribadi, ada yang aku dah kenal dan tengok kerja kerja mereka semasa di dalam pemuda umno. aku tidak teragak agak untuk mengundi mereka. 









Related Posts with Thumbnails