Tuesday, February 18, 2020

PROJEK MEGA PIL PAN ISLAND LINK

#myPenang

Petang ni mai kita lihat dan fikir pasal satu lagi projek mega yang akan dilaksanakan di Pulau Pinang.

Pan Island Link (PIL) : Grafik seperti dilampirkan dibawah.

Lebuhraya itu nanti akan mempunyai 6 lorong. Boleh rujuk kepada laluan 6 lorong Lebuhraya Lim Chong Eu depan Tesco untuk gambaran jelas. Lebar tu. Lebihkurang separuh adalah dalam terowong. Rujuk grafik dibawah. 

Panjang ? Keseluruhan PIL itu adalah 19.5 KM ( ada yang tulis 20 KM). Bermakna terowong itu akan merentasi bukit-bukau disepanjang laluan pembinaan. Kos projek RM 9.5 Billion (ada yg tulis RM 10.00 Billion).

Jadi, lebihkurang 9KM adalah pembinaan terowong untuk memuatkan lebuhraya selebar 6 lorong laluan. Bayangkan betapa besarnya terowong itu. Cara pembinaan terowong adalah melalui gerudi dan letupan terkawal (drilling and blasting). Kedalaman tak pasti dan berbeza mengikut kontor bukit. Kedudukan Empangan Air Itam tak jauh dari lalaun terowong.

Berapa tinggi lebuhraya itu?  Ada yang setinggi 5 tingkat (lebihkurang 70 kaki) di kawasan pecan Georgetown. Tinggi tu ! Naik naik tangga jenuh laa. Pakat naik lift, ikut giliran. 

Kesan kepada perumahan atau bangunan disepanjang laluan? Orang yang tinggal disana boleh bayangkan. Nilai hartanah disana pulak akan meningkat? Atau menurun?. 

Projek dijangkakan akan berjalan selama 7 tahun. Kalau mula tahun ini, tahun 2027 dijangka siap. Buat kerja dalam terowong, orang ramai tak sedar. Tapi kalau didalam pekan? 7 tahun akan sengsara.

Kaeadah pembiayaan? Pinjaman? Atau tunggu nak jual 3 pulau PSR diselatan Pulau Pinang. Bila nak mula 3 pulau? Tak pasti, namun lapuran EIA telah diluluskan dan bersyarat. Jadi ka nak tambak 3 pulau tu? Yang diketahui setakat ini para nelayan telah mula membuat tuntutan pampasan melalui LKIM. Berapa jumlah? Kenalah tanya nelayan. Nampak tu macam Kerajaan Negeri nak buat juga 3 pulau tu. Isu 3 pulau tu kita bincang lain kali, lain topik. 

Kalau ambil loan berapa lama nak selesai bayar? Cukupkah pendapatan Kerajaan Negeri nak bayar pinjaman tu? RM 10.00 Billion tu jumlah yang sangat besar. Terpikir pulak, apa jadi kalau projek tu separuh jalan. Ada 'exit clause' ke dalam perjanjian antara kerajaan dan pelaksana? Takut nanti projek tak siap sempurna, strutktur terpacak menjolok mata dan terowong jadi empangan. Risiko besar dan risiki tinggi ni.

Tak ada kah kaedah lain yang lebih selamat, mudah, murah dan kurang risiko. Pihak NGO antaranya Penang Forum telah banyak bersuara, tapi Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengar ka?

Rakyat Pulau Pinang pula, lebih-lebih lagi yang tinggal di Balik Pulau ni atau di Seberang Prai pernah ambil tahu tak tentang perkara ini. Atau, semua ambil sikap buat tak tau saja pasai lebuhraya tu tak mai ke kawasan mereka! 

Cuba fikir kesannya kepada kehidupan anak cucu kita, kalaupun kita tidak sempat melihatnya.

SUMBER FACEBOOK MUHAMMAD FARID 
Related Posts with Thumbnails