Selain membaca berita dan komen dari media sosial dlm bahasa Melayu dan Inggeris, saya juga membaca dlm bahasa Mandarin.
Kerana saya fasih menulis dan membaca dlm bahasa Mandarin.
Sejak kebelakangan ini, saya dapati hati nurani pengundi Cina yg dulunya condong kpd PH, kini mula membuat kritikan yg pedas dlm media sosial.
Dalam isu kenyataan Tun M mengenai "tiada tol percuma, jika nak maka harga petrol dinaikkan".
Saya terjemahkan satu komen yg menamakan diri sebagai David Wong. Ikutilah terjemahan saya lebih kurang begini :
Manifesto bukan kitab suci. Manifesto adalah kepunyaan Lau Ma (Lau makna tua, ma makna kuda, jadi Lau Ma bermakna kuda tua yg dimaksudkan sebagai Mahathir).
Kamu inginkan macam mana maka buatlah macam mana (yg kamu suka). Eloklah buat sampai 100 tahun. Anwar nak jadi Perdana Menteri, pelan-pelan tunggu. Sekarang selain dari menipu masih lagi menipu.
Sungguh kecewa dgn Pakatan Harapan. Jikapun diri sendiri dah tahu yg tak boleh tukar kerajaan tetapi masih gunakan ayat manis menggoda nak menipu rakyat.
Sepertilah seorang lelaki yg ingin memikat seorang gadis, dia akan menggunakan seribu satu bahasa manis menggoda utk memujuk gadis hingga ke ranjang.
Akhirnya gadis termengandung. Bagi gadis itu pula, dia tidak terfikir yg sekali "cucuk" akn menyebabkan dia mengandung. Gadis itu tiada upaya utk memelihara bayi itu. Silakanlah membuangkannya. Bagi gadis itu, ia adalah satu penodaan yg dahsyat! Inilah wajah-wajah Pakatan Harapan sekarang!!
Sungguh tajam dan rasa kecewa nukilan dari David Wong.
sumber dari
HISEMUDIN KASSIM