Tuesday, March 27, 2018

KERAJAAN DAP PULAU PINANG NAIK KAN HARGA GILA BABI

Ini yang berlaku di Pulau Pinang. Yang paling jelas ialah kos pembangunan untuk projek-projek perumahan di negeri ini telah meningkat sebanyak RM130 sekaki persegi.

Ianya mengakibatkan peningkatan harga rumah hingga rakyat Pulau Pinang hanya mampu melihat bukannya mampu miliki rumah.

Sebelum ini, caj pembangunan untuk hartanah kediaman ialah RM5 setiap kaki persegi dan RM7 kaki persegi untuk hartanah komersil.

Selepas DAP mentadbir negeri, ianya meningkat masing-masing RM15 dan RM21.

Peningkatan melampau ini yang didedahkan oleh Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.

Selain daripada itu:
1. Caj untuk Surau dan kemudahan komuniti meningkat dari RM25 setiap kaki persegi (ketika BN mentadbir) kepada RM500 setiap kaki persegi (DAP mentadbir).

2. Caj saliran meningkat dari RM10,000 satu ekar kepada RM50,000 setiap ekar.

3. Caj tempat letak kereta dari RM15,000 setiap bay kepada RM25,000 setiap bay.

4. Caj perumahan kos rendah daripada tiada (ketika BN mentadbir) kepada sebanyak RM120,000 untuk pemaju Pulau Pinang atau RM150,000 untuk pemaju bukan Pulau Pinang (DAP mentadbir).

5. Caj untuk tadika sebanyak RM500 per kaki persegi. TIADA caj ini di bawah kerajaan BN.

6. Menaiktaraf jalan sebanyak RM15 kaki persegi.TIADA caj ini di bawah kerajaan BN.

7. Caj perumahan mampu milik sebanyak RM200,000 per unit (min 750 kaki persegi) dan RM300,000 per unit (min 850 kaki persegi). TIADA caj ini di bawah kerajaan BN.
Kenaikan caj-caj yang melampau ini sudah pasti akan terpaksa ditanggung oleh rakyat bukannya pemaju perumahan. Pemaju mahukan keuntungan sebanyak yang mungkin.

Peniaga kecil juga dizalimi apabila caj gerai meningkat daripada RM25 kaki persegi (RM3,000 per gerai) kepada RM58,000 per gerai (DTL) dan RM35,000 per gerai (DBD)!

Disebabkan kerajaan DAP memeras rakyat sebegitu zalim, Zainal Abidin berkata Barisan Nasional (BN) akan mengkaji semula keperluan yang dikenakan ke atas pembeli rumah dan pemaju oleh kerajaan DAP jika BN menang semula negeri itu pada PRU-14 ini.

Tidak seperti kerajaan DAP yang tidak pernah mendengar suara rakyat, BN akan menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja terdiri daripada stakeholerders, agensi kerajaan, pihak berkuasa merancang, majlis tempatan, persatuan pemaju perumahan, kumpulan pembeli rumah dan pertubuhan bukan kerajaan akan terlibat untuk mengkaji semula keperluan.

Zainal Abidin berkata beberapa keperluan akan dimansuhkan dan dipinda, mengikut jenis perumahan.
"Jika BN mula berkuat kuasa selepas PRU-14, kita akan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat.

"Itu adalah keutamaan kami," kata Pengerusi Umno negeri ini.
Rakyat telah memberi masa 10 tahun tetapi kerajaan DAP ternyata gagal malah telah menimbulkan pelbagai masaalah yang mencekam rakyat negeri.

Tanah dan bilion ringgit wang rakyat juga digadai oleh kerajaan DAP tanpa kawalan.

Kerana itu, PRU14 adalah masa terbaik untuk rakyat Pulau Pinang 'mengajar' dan menolak kerajaan DAP.

Friday, March 23, 2018

JAWAPAN BILA NAJIBRAZAK NAK SAMAN WSJ

Korang biasa tengok macai mai meroyan dengan tanya soalan di atas kan? 

Acapkali depa mai dan kata, bila Najib nak saman WSJ? Berapa hari Selasa dah berlalu bla bla bla...

Tadi ada cai mai buat taktik keji ini la. 

Meh aku ajar hangpa macam mana nak jawab. 
Mudah je nak kilas ejekan cai ni. 

Pertama sekali, cakap kat depa yang PM Najib memang dah kasitau beliau tak bercadang untuk saman. Ini adalah kerana kes DOJ sekarang ini sendiri akan merungkai kebenaran dengan sendirinya. 

Lagipun media US dilindungi oleh Freedom
of Speech US. 

Bumi Iraq hancur akibat berita palsu WSJ la. So tak payah beriman sangat pada WSJ macam Rukun Iman yang ke 7. 

Cai akan kata kita beri alasan2 je. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Berani kerana benar bla bla bla. Macam biasa zikir dedak pun akan terpacul dari mulut depa. 
Takpe. 

Ini kilasan maut untuk depa: 

Sebut pada depa, kalaulah saman boleh menutup isu dan merupakan penentu kebenaran, maka bilakah: 

1. Kit Siang hendak menyaman Dr Zuhdi Marzuki (PAS) berkenaan tuduhan derma RM 1.2 billion dari Israel buat DAP? 

2. Bilakah Kit Siang hendak menyaman Raja Petra berhubung dakwaan menerima rasuah  RM 1 billion dari Tun Mahathir? 

3. Bilakah Tun mahu menyaman penulis buku Malaysian Maverick, Barry Wain yang menuduh Tun menghilangkan RM 100 billion wang negara dengan pelbagai salah laku? 

4. Bilakah Tun mahu menyahut cabaran Kit Siang pada 2016 agar menyamannya kerana mengulangi dakwaan Barry Wain bahawa Tun telah menghanguskan wang negara sebanyak RM 100 billion? 

Note: Untuk rekod, Barry Wain adalah wartawan WSJ. 🤣🤣🤣🤣🤣

Selepas korang cakap macam ni, insyaAllah cai senyap. Anggap je depa dah pulang ke rahmatullah. 😇




Thursday, March 15, 2018

@NajibRazak TERIMA KUNJUNGAN RAJA SAUDI

Perdana Menteri menerima kunjungan Putera Abdulaziz bin Saud bin Nayef bin Abdulaziz Al-Saud. 

Dekat2 PRU plak Raja Saudi suruh mai Malaysia... 😎

Jangan tension cai..... 🤣🤣🤣🤣

AIR DAN 1MDB

Saya agak tertarik dengan statement dari Azmin Ali ini. Memandangkan jawapan dari Azmin Ali agak kebudak-budakan, saya cuba membalas dengan skema jawapan yang lebih nampak kebudakan dan manja.

4hari tak ada air. Maka 4hari rakyat susah nak mandi, basuh baju, kereta, berniaga.
Tapi masalah 1mdb, ada ke sampai rakyat tak mandi? Ada ke sampai rakyat terpaksa makan rumput? Tak terjejas walau sikitpun aktiviti harian rakyat.

Nak buat perbandingan pun biarlah kena pada tempatnya. Epal dengan epal. Ni sikit-sikit 1mdb.

Bila nak matang sedara?

bangang itu indah . 

MENJAWAB 19 TOHMAHAN PADA @NajibRazak

Ada macai mai tepek poster seperti di bawah untuk memperlekehkan kejayaan2 DS Najib mentadbir negara dengan cemerlang. 

Berikut adalah jawapan2 kepada 19 tohmahan itu: 

1. Proton- tak pernah untung. Bisnes 33 tahun rugi memanjang. Baik jual dari dokong biawak hidup vendor kroni Tun. 

2. F1- projek tak pernah menguntungkan negara.  Rakyat marhaen pun tak pernah mampu nak beli seat mahal2 tu. 

3. Lapangan Terbang Sg Besi dijual sebab hilang nilai strategik ketenteraan. Diganti dengan Pengkalan Tentera Sendayan dan 7 lagi kem tentera. Tapak LT Sg Besi bakal bedirinya Bandar Malaysia dengan bullet train ke Singapura. 

3. 1MDB gagal- Katalah gagal pun, 1MDB membayar hutangnya sendiri. TIDAK ADA BAILOUTS. Sedangkan sebenarnya tak gagal. TRX tu 1MDB la tgh buat sekarang. 😇 Tak seperti company2 zaman Atok. Memanjang bailout. Bailout harga berganda2 plak tu demi pastikan kroni kekal kaya. 

5. Ringgit merudum- Ringgit paling banyak meredum zaman Tun. 1USD.= RM 4.80. Rezab bank negara menipis. Sampai terpaksa ditambat dan pelabur2 lari. Ringgit sekarang jatuh ke RM 4.20 je dan kini mengukuh kembali ke RM 3.80 TANPA PERLU DITAMBAT! Rezab Bank Negara Malaysia sekarang dah dekat setengah trillion ringgit. 

6. Tol meningkat- Ini salah Atok. Dia yang buat perjanjian bodoh dengan syarikat konsesi. (atok sendiri ngaku dia bodoh). Hasilnya DS Najib yg terpaksa settle masalah ini. DS Najib arahkan KWSP beli konsesi tol. Supaya kalaupun rakyat kena bayar, hasilnya tetap pergi kepada rakyat (pencarum KWSP). 

7. GST dilaksanakan- Ini tindakan bijak yang telah menyelamatkan ekonomi negara ketika harga minyak jatuh. GST sistem cukai paling telus di dunia. Wang dibayar pasti masuk ke kantung negara. Sistem cukai lapok SST zaman Tun penuh ketirisan. Peniaga caj cukai SST, kita bayar, tapi depa tak bayar pada kerajaan. Masuk poket peniaga2 yg tamak. GST menyekat amalan ini. Hanya penyangak je tak suka. 170 negara dunia dah buat GST termasuk Arab Saudi yang jauh lebih kaya dengan hasil minyak. 

8. Kedai 1 Malaysia tutup- Ini adalah kebodohan. Kedai 1 Malaysia dinaik taraf ke Kedai 1 Malaysia 2.0. 

9. Felda jahanam- Jahanam apa kebendanya? Peneroka2 paling ramai jadi jutawan zaman DS Najib. Dan depa dapat durian runtuh hampir setiap tahun. Bukan macam zaman Atok, depa terabai pasal konon Tun nak jadikan negara ni negara perindustrian dan bukan negara agrikultur. 

10. Petrol naik- Ini adalah masalah global. Satu dunia kena. Takkan ni pun salah Najib. Badigol sood tul. 

11. Pelabur asing lari- Ni zaman Atok bukan zaman Najib. 
Setakat Mei 2017, sebanyak RM 400 billion pelaburan asing telah dibawa masuk oleh DS Najib. 

12. Ahli UMNO keluar parti- Hahahhaha!!! Ni apa kena mengena ni? Ahli UMNO dah keluar parti sejak tahun 50an (PAS), 1988 (Semangat 46), 1999 (PKR) dan terbaru Bunge. Tapi UMNO kekal memerintah dgn jayanya. 

13. Warga asing bertambah- Ini petanda ekonomi negara mantap. Warga asing tak pergi negara2 gagal dan miskin.  

14. Aset negara dilelong- Aset apa yg dilelong ni? Hahahhah. Jual beli syarikat adalah normal. Mercedes Benz dibeli oleh Geely. Apakah Germany dah lelong Mercedes? 

15. Tanah strategik digadai- Tanah mana tu yang kena gadai? Temberang je lebih. Forrest City yang Atok kata gadai tu tanah tambak ngok. Satu inci pun bumi johor tak jual pada China. 

16. Kapal terbang hilang- Aisey....nahas macam ni pun jadi bahan untuk kenakan Najib? Zaman Tun dulu Highland Tower runtuh. Tu sebab Tun jugak kan? 🤣

17.  Petrol naik- Cai siap tulis 2 kali utk panjangkan list. Baru la nampak banyak. Benda ni dah ulas kat atas. (Perkara no 10). 

18. Kos sara hidup naik- Takde satu negara dalam dunia yang kos sara hidup dia kekal atau turun dengan peredaran masa. Kalau ada, ko pindah la pi sana. 

19. Kadar pengangguran naik- Ini adalah tipu. Kadar pengangguran negara adalah paling rendah dalam sejarah negara pada zaman DS Najib Tun Razak. Malah projek2 infrarakyat yang beliau bina ini telah mencipta lebih dari 2 juta peluang pekerjaaan berkemahiran tinggi. 
Tapi Pakatan dah kata depa nak kaji semula dan batalkan projek2 infrarakyat seperti rel2 dan train2 ini. So mengundi Pakatan adalah merupakan langkah kebelakang yang dangkal. 
Untuk rekod, kadar pengangguran adalah tertinggi pada era pemerintahan Atok. Dah la macam tu, gaji pun ciput. 
Related Posts with Thumbnails