Saturday, December 3, 2016

UCAPAN PENUH PENGGULUNGAN PRESIDEN UMNO #PAU2016

Alhamdulillah, Allahumma salli 'ala Muhammad wa Ali Muhammad

Yang Berhormat Tan Sri Pengerusi Tetap UMNO (Tan Sri Badarulddin Amiruldin); Timbalan Pengerusi tetap (Tan Sri Mohamed Aziz); Saudara Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO.

Saudara Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Naib Presiden UMNO; Yang Berbahagia Kak Zat (Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil), Ketua Wanita UMNO; Yang Berhormat saudara KJ (Khairy Jamaluddin Abu Bakar), Ketua Pemuda UMNO; YB Datuk Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Puteri UMNO; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Ketua Penerangan, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) dan yang saya amat hormati Tun Abdullah Ahmad Badawi, satu-satunya bekas Presiden yang setia dengan kita ya... dan isteri, Tun Jeanne Abdullah.

Sidang perwakilan yang kekal dari hari pertama hingga berakhirnya perhimpunan dengan semangat luar biasa, juga sidang pemerhati.

Alhamdulillah persidangan tahunan UMNO pada kali ini sudah sampai ke penghujungnya dan seperti biasa, sebagai Presiden parti saya akan meluahkan penilaian saya terhadap perjalanan persidangan kita dan kalau saudara saudari tuan-tuan bertanya kepada saya, dalam tempoh saya tak putus-putus hadir sejak tahun 1976 sampailah pada hari ini. Saya berani menyatakan persidangan UMNO kali ini adalah yang terbaik pernah saya lalui.

Saya katakan bahawa persidangan ini yang terbaik kerana tentu kalau kita mengimbau kembali apa berlaku, pada tahun lalu, berlaku ketegangan... seperti disebut Datuk Seri Hishammuddin. Tapi pada hari ini saya amat serasi kerana kita mempunyai barisan pemimpin UMNO yang tinggi semangatnya, yang padu pendirian, yang walak, yang komited dan inilah barisan pemimpin UMNO yang turun gelanggang berjuang habis-habisan.

Dengan Timbalan saya, Melayu-Jawa yang kesetiaannya tak pernah saya ragu... tak perlu toleh belakang... dia berdiri di belakang saya pun saya tak takut.

Saya juga ada Melayu Turki yang tak kurang kesetiaannya... yang ada di sisi saya adalah Ketua Wanita dengan semangat Tun Fatimahnya, dengan tuntutannya yang belum lagi kita tunaikan. Tapi kita tak boleh tolak Wanita cuma masa menentukannya.

Kita ada Ketua Pemuda yang ada semangat Tariq Ziyad. Saya tak masukkan dia dalam cold storge, sebaliknya saya bagi peluang reinvent. Hari ini dia jadi panglima muda kita TN50.

Kita ada Ketua Puteri tak kurang semangat, Setiausaha Agung yang masih steady lagi. Kita ada Bendahari. Saya minta maaf dalam kesedihan bonda tercintanya kembali ke Rahmatullah. Moga roh bondanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Begitu juga Ketua Penerangan yang petah bercakap. Malam tadi saya tengok berita BERNAMA, Annuar Musa pertahan saya ada sebabnya. Cukup cantik bahasanya pertahankan saya. Ada kelas tersendiri. Dulu dia suruh Dr Mahathir turun ada sebabnya. Nasib baik beliau tak suruh saya turun.

AMT (Ahli Majlis Tertinggi) semuanya bersama dalam satu pasukan --- Pengerusi Tetap pula sangat unik, apa saja kita suruh pasar dia boleh. Jagung pun boleh. Tak kurang hebatnya Timbalan Pengerusi Tetap.

Kita sudah bersedia sebenarnya, saudara-saudara di bawah sidang perwakilan semua mempunyai satu iltizam bahawa kita dah selesai masalah dalamman UMNO. Tiada lagi timbul kita nak hadap ke mana.... kita hadap PRU-14, bukan pemilihan UMNO.

Saya nampak ada sikit main tali halus. Saya dah lama dalam politik saya tahu. Bila perwakilan sebut ada main tali halus. Saya tahu siapa dia sokong.

Main tali halus sikit tak apa. Jangan hilang hala tuju, jangan hilang fokus. Fokus kita mestilah pastikan parti keramat ini boleh berjaya dengan gayanya.

Boleh apa tak boleh. Kita dah menang. Kita dah menang. Kita dah menang di Sarawak, Sungai Besar, Kuala Kangsar dan 20 Universiti Awam. Semua kita menang. Pimpinan mahasiswa pun bersama dengan kita. terima kasih pemimpin mahasiswa. Siapa cakap generasi baru tak sokong UMNO.

Dan dua hari lalu kita menang MTUC baharu. Kepemimpinan boleh kerja sama dengan UMNO dan BN... itu pun satu petanda yang baik kita.

Namun kita mesti sedar bahawa kemenangan satu dua bab, tidak semestinya kita menang waktu ujian besar nanti. Kita mesti sedar, kita jangan anggap enteng kepada musuh-musuh kita.

Jangan percaya kepada opinion poll, jelas sekali mereka salah ramal berkaitan Brexit, begitu juga pilihan raya di Amerika Syarikat mereka salah ramal.

Kita kerja dalam satu pasukan, dalam satu ikatan, ikatannya macam mana, macam lagu gurindam jiwa, lagu Tan Sri Bad suka. Rambut tersimpul mati, maknanya kalau kita ikat begitu dari atas ke bawah dan kita bekerja keras, kerja kuat, dengan mesej jelas semua peringkat ikatan dari atas ke bawah. Bekerja kuat, dengan mesej jelas, Insya-Allah UMNO dan BN menang sekali lagi dalam Pilihan Raya.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Ramai pemerhati yang datang, waktu persidangan kita termasuk perwakilan luar negara. Mereka kagum dengan cara dan budaya UMNO ni. Unik bagi mereka dan mereka lihat sebagai sebuah parti, kita ini bukan soal melihat dalaman UMNO saja, jelas sekali UMNO ini berjiwa besar sebagai parti. Kita ini bukan memikir tiga juta ahli saja dalam perbahasan tiga hari ini jelas UMNO tak fikir pasar ahli saja tapi keseluruhan 31 juta rakyat Malaysia.

UMNO ingin menjadi parti yang merupakan penggerak kepada transformasi nasional negara kita dan UMNO juga berjiwa besar sehingga rakyat, kumpulan etnik Rohingya pun... tak pernah saya tengok perasaan hati, terutama sekali waktu sembahyang Jumaat, saya duduk baris hadapan belakang imam, ada seorang dua menangis teresak-esak... waktu imam baca Qunut Nazilah atas isu Rohingya itu.

Dan semalam saya nak beritahu tuan-tuan, pejabat Presiden Myanmar keluar kenyataan, Isi kandungan itu katanya... kalau saya sebagai perdana menteri hadir dalam rapat umum hari esok, dia akan anggap saya campur tangan dalam urusan dalaman Myanmar.

Saya nak beritahu pada dia, ini bukan soal campur tangan dalam urusan Myanmar... ini adalah soal kita pertahankan nilai kemanusiaan, nilai universal... (perwakilan bangun tepuk dan bersorak) ... Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar..

Saya nak tanya pada sidang perwakilan. Apa patut saya buat? Perwakilan berteriak hadir) Hadir? (Perwakilan berteriak hadir) Hadir? (Perwakilan berteriak hadir) Hadir? (Perwakilan berteriak hadir)

Insya-Allah esok, Najib Razak Presiden UMNO akan hadir (Perwakilan bertepuk tangan) dan saya tidak berganjak seinci pun kerana bukan hanya Najib Razak yang hadir, Najib Razak mewakili tiga juta ahli UMNI. Ya, ini pendirian kita... inilah parti yang berjiwa besar.

Lagipun, macam mana dia nak kata ini urusan dalaman... sebab kalau dia tak selesai masalah itu... mereka ini akan jadi orang pelarian ke Malaysia. Malaysia dah ada ikut rekod kita 56,000 orang Rohingya Myanmar yang memegang kad UNHCR (Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) yang kita tahu, yang saya tanya Datuk Zahid tadi... yang tak tahu berapa? Yang ada di celah-celah (ladang kelapa) sawit itu, ada dalam belukar itu, tak berapa nampak itu.. berapa ribu? Bila saya kata tak berapa nampak orang pandang kat Datuk Azeez Rahim (MT UMNO)... tak patut... tak patut... automatik dia pandang (Azeez).. KJ (Khairy Jamaluddin) pandang belakang.. tak patut..

Jadi tuan-tuan sekalian... macam mana nak kata ini urusan dalaman, kalau dia bawa masalah tak boleh selesai di sana, kalau dia zalimi orang dia dengan video yang Datuk Zahid tunjuk tadi... bakar manusia hidup-hidup... manusia... wanita dirogol tanpa belas kasihan, anak-anak dicincang hidup-hidup... Ini bukan ASEAN komuniti yang boleh kita terima.

Ini bukan... rantau ASEAN ini tak boleh tolerate behavior yang tidak bertamadun... yang zalim... yang brutal. Kita minta mereka ubah.. ubah sikap mereka, betulkan keadaan ini. Ini pendirian UMNO. Apa nak jadi... jadi kita tetap dengan pendirian kita.

Tuan-tuan sekalian,

Persidangan kita kali ini banyak yang kita bincang tapi kita pun tahu bahawa pihak sana ini... kaki dia apa? kaki menghasut... Dia akan mereka cerita. Saya nak tunjuk video sikit... (tayangan video Rafizi mengaku menghasut rakyat)

Maknanya, inilah pendedahan secara terbuka bahawa kerja pembangkang adalah untuk menghasut rakyat. Ini kerja dia...kalau takda cerita... dia akan cipta cerita... dan peluru dia, corong senapang itu akan dia hadap pada saya. Bukan kerana Najib Razak.. kerana saya Presiden UMNO.

Takda cerita dia akan reka cerita. Apa takde ceritanya, setiap kali ada pembunuhan... Najib terlibat.... (perwakilan gelak) Orang yang saya tak kenal pun dulu satu ketika dulu... Antaltuya pun saya terlibat... tak payah polis, kalau saya terlibat Antaltuya, isteri saya dah buat sesuatu dah... (disambut gelak tawa perwakilan)

Walaupun saya dah sumpah dalam masjid apa semua, bangkit lagi cerita. Takde evidence (bukti) langsung... langsung tiada. Ini baru ini (kes) Kevin Morais kata saya terlibat kononnya... tiada kena mengena langsung... jadi dia cipta cerita... isteri saya, cincin lagi cerita. Lepas itu kata dia bercakap saja tak betul... gurau dia kata... bergurau... tapi orang putih kata "the damage is done".

Kita nak cungkil ini semua, nak garap. Kita jangan main peringkat nak projek kecil sahaja... tak boleh... kita kena ada strategi yang akan menjana Melayu yang hebat, Melayu yang unggul yang boleh kita banggakan. 

Semua ini mesti ada, jangan fikir bukan-bukan. Saya nak sebut saya pergi ke China ni untuk apa? Tujuannya nak bawa investment. Bukan sahaja big investment, tadi saya dapat laporan, saya cakap dengan presiden Xi (Presiden China)... tolong beli minyak sawit lebih dari Malaysia, Presiden Xi setuju, sebelum saya pergi ke China, harga minyak China CPO (minyak sawit mentah) RM2500, hari ini RM3100 lebih.

Now yang untung siapa? 550,000 pekebun kecil termasuk peneroka FELDA dapat faedah... dan saya nak apa? saya nak ia naik lagi. Bila sampai election biar ia naik lagi. Semua yang nak kata feel good factor, inilah dia.

Harga... sarang burung walet pun naik juga... Oleh itu... janganlah politikkan. Bila masa saya gadaikan kedaulatan Malaysia? Saya cakap soal kedaulatan itu soal lain. Saya Perdana Menteri untuk Malaysia, saya tak boleh give up dan surrender our sovereignty. Saya tidak akan serah kedaulatan Malaysia... kena pertahankan.

Tapi soal kita buat baik dengan China apa salahnya? Dia biggest economy by 2040...China ni part of Asia. Dia suka kita. Tuan-tuan tahu kenapa dia suka kita? Salah satu sebab adalah Tun Abdul Razak. Pada tahun 1974, Tun Razak buat hubungan diplomatik yang pertama di rantau ini dengan China.

China ada satu falsafahnya... saya selalu sebut, kita minum dari telaga, jangan lupa penggali telaga itu. Jasa budi mesti dikenang budi. Budi itu mesti kena ingat. Tak ingat budi itu susah, bukan budi terhadap saya atas peribadi saya... tidak... budi itu hubungan kita... semasa kita.

Oleh itu saudara sekalian, kita mesti lihat bahawa ini adalah usaha kita nak majukan Malaysia... nak meletakkan kita bukan second rate nation, tak nak jangan bersaing dengan negara lain... nanti orang lain marah.

We must be a first rate nation, betul tuan-tuan. Itu sebab bila saya minta KJ (Khairy Jamaluddin) buat TN50 (Transformasi Nasional 2050) dengan orang muda semuanya... Akhirnya ke arah mana? kita mesti ada satu goal atau matlamat ke arah mana.

Matlamatnya... we must be at least top 20 nation in the world nanti, sekian masa... mesti... jangan orang perlekehkan Malaysia. Kita memang boleh menjadi first rate nation tuan-tuan dan puan-puan. Boleh?

Kita buat kerja kuat, atur strategi, kita pastikan yang paling penting puak-puak ini menang sebab puak-puak sana tak boleh pakai.

Sebelum itu, saya tak lupa juga, soal FELDA dekat di hati saya, FELDA ini 54 kerusi Parlimen bergantung kepada FELDA.

Jadi ada isu utama... bayaran buah sawit lambat... kedua kerana dia punya penyata banyak sangat dan mengelirukan... ketiga soal hutang, banyak hutang... purata RM100,000 peneroka Felda sebab waktu tanaman semula dia dapat RM1,500 sebulan. Dia kumpul-kumpul jadi hutang banyak sampai RM100,000. 

Tiga isu ini kita sudah buat lab dalam masa 2 bulan. Saya suruh Datuk Razali, uruskan lab, kita dah buat lab dan lab dah buat recommendation kepada saya... saya dah terima recommendation itu, dan sabarlah tidak lama lagi adalah pengumuman-pengumuman berita baik yang saya akan buat untuk meleraikan kekusutan tersebut... sebab itu saya tak lupa peneroka FELDA adalah vote bank kepada UMNO dan Barisan Nasional, kita jangan lupa kepada mereka... Ini banyak kawan-kawan kita bergantung kepada FELDA.

  Banyak sebut sebab cost of living... cost of living ini... sara hidup ini maknanya memang satu perkara yang perlu diberi perhatian oleh kita. Soal cost of living ini sebenarnya bukan satu perkara yang baharu.

Zaman Rasulullah pun sudah ada. Di Madinah, mengikut sebuah hadis ada sahih riwayat Abu Daud, sahabat-sahabat Rasulullah telah bertanya... Ya Rasulullah harga barang naik, maka tetapkanlah campuran untuk kami. Jawapan Rasulullah berkata bahawa... harga ditentukan oleh pasaran tetapi dalam keadaan tertentu wajar kerajaan atau pemerintah campur tangan. Dalam keadaan apa? Dalam keadaan berlaku penindasan, penipuan dan kemiskinan.

Bukankah itu yang dilakukan kerajaan BN pimpinan UMNO? Kalau sekiranya ada keperluan... kita buat... kita buat hospital dengan klinik rakyat 1 Malaysia, kita belanja dalam pendidikan. Saya dah terangkan dan dalam bidang essential good... banyak yang tak naik sama sekali... yang orang tak sedar. Saya tengok figure, tak naik-naik.... yang lain naik... yang ni tak naik.

Sebab itu yang tak naik antaranya... LPG (gas petroleum cecair) tak naik... saya ada banyak angka... minyak masak pun sebenarnya tak naik masih RM2.50 satu kilogram poli beg... tepung tak naik, banyak yang tak naik, gula naik sikit sahaja sebab kita tarik subsidi.

Gula ini lebih kurang macam rokok sahaja, kurang makan gula lagi bagus. Jadi, ini semua kita kawal dan kalau kita bandingkan Negara ASEAN, kita lebih murah lagi, kita kawal serta kita bagi subsidi...

Minyak masak riuh 10 hari... dah selesai dan dah tenang sekarang... bila tenang kita jimat RM42 juta sebulan. Ini pada harga sekarang. Kalau setahun pula berapa?  RM500 hingga 600 juta setahun jimat.

Kalau harga naik RM3,000, orang kaya tak patut beli minyak yang kita tampung sebagai pembayar cukai... biar dia bayar harga pasaran. Kalau kita nak beli, kita boleh beli sebab kita kawal harga. Saya dah minta Datuk Hamzah (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), kalau tak cukup kita flood the market pastikan rakyat dapat minyak masak pada harga RM2.50 sekilo.

Kalau ada complain lagi, saya nak beritahu saya bincang Datuk Hamzah, di bawah kementerian iaitu KPDNKK... ada peruntukkan untuk tubuh koperasi, jadi saya nak buat tawaran bahagian-bahagian kalau nak koperasi, perniagaan, peruncitan dan pemborongan tolong hubungi KPDNKK. Kita akan beri RM300,000 pada setiap koperasi, RM150,000 geran, RM150,000 pinjaman, boleh terlibat, boleh jual di kawasan masing-masing produk barangan untuk rakyat pada harga berpatutan.

Ini tawaran pada bahagian-bahagian...boleh masuk koperasi atau majukan koperasi sedia ada, dapat supply dari Giant, Tesco... harga hypermarket boleh jual di kawasan masing-masing...boleh tuan-tuan dengan tawaran ini?

Jadi kita ikhtiar kalau ada masalah kos sara hidup, kita ikhtiarkan... kita selesaikan. Ini BR1M, bukan soal dedak. Saya nak beritahu BR1M ini cadangan dari BNM (Bank Negara Malaysia), bukan dari saya... tapi bila adat atau keputusan atas nama PM, seolah-olah nak beli undi... bukan.. nk beli undi cuma nak tolong  rakyat yang susah. Kalau orang tak mahu beri tak payah terima, no problem..

BR1M ni kita dah naik RM1,200, maknanya janji ditepati...tahun depan kita bayar 3 kali... sekali atas permintaan para perwakilan dan kita akan serah oleh pimpinan peringkat melalui tangan kita sendiri... boleh tuan-tuan? nak kita akan beritahu bila?

Melalui tangan kita sendiri,  tepuk beriya itu setuju, bagus sekali, nanti kita akan beritahu bila, bila nak serah, itulah pengumuman-pengumuman yang saya nak buat hari ini. Projek perumahan pun saya nak beritahu menarik juga, kita ada projek perumahan rakyat.

Projek perumahan rakyat untuk tahun 2016 hingga 2017, 12,500 unit, harga pasaran RM165,000, harga jualan RM35,000. Bukan itu sahaja , kita ada skim sewa dan beli... bayar RM250 sebulan, dalam masa 15 tahun boleh memiliki rumah itu. Mana ada kerajaan di dunia ini ada skim macam ini.  

Kita buat  ini sebab kita tahu ada 11,000 rumah yang tak boleh diisi sebab orang tak dapat pinjaman daripada bank. Sebab mereka tiada pendapatan tetap... bank tidak bagi (beri) termasuk 1,000 unit yang kita selesaikan.

Baru-baru ini, Tan Sri Noh Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) selesai di Parlimen Gua Musang... sebab senarai yang dibawa oleh Yang Berhormat Mulia, Tengku Razaleigh, dua tahun tak dapat selesai sebab orang itu tidak diluluskan pinjaman bank tapi baru ini sebab kita ada skim sewa dan beli maka keseluruhan 1,000 unit di Parlimen Gua Musang sudah didiami.

Maknanya, saya sudah dapat melunaskan hutang saya kepada Tengku Razaleigh sedikit sebanyak. Tengku Razaleigh kata dia tidak kecil hati dengan saya, tapi dia kata saya salah pilih.

Jadi tuan-tuan sekalian, satu lagi projek yang cukup baik... ini untuk orang muda... Projek Rumah Transit Belia, di mana skim yang pertama di Mukim Batu, 1,000 unit 'studio apartment', saya beritahu mesti bawah harga pasaran... 4,000 unit akan dibuat pada awal tahun hadapan.

Skim pertama untuk tolong anak muda dengan syarat dia sewa untuk lima tahun sahaja.  Lepas itu dia kena beli rumah yang dia mampu beli untuk pastikan dia mampu beli. Katakanlah kita kenakan sewa RM500, kita tambah RM300 lagi dan RM300 itu 'force saving' , sebab selepas 15 tahun, RM300 itu kita akan serah pada dia untuk dia beli rumah.

Dengan skim ini maknanya, dia ada RM18,000 simpanan beli rumah dan RM800 itu lebih rendah daripada harga pasaran. Ini skim yang cukup inovatif. Belum pernah mana-mana negara yang buat ini... kita negara pertama akan melancarkan program ini.

Untuk apa? untuk tolong anak muda dan kita akan buat banyak lagi program, termasuk rumah mesra SPNB (Syarikat Perumahan Negara Bhd), rumah mesra rakyat... ada 15,000 unit lagi, RM20,000 subsidi kerajaan, RM31,000 lagi subsidi kadar faedah, ini pun kita bagi...rumah RM60,000.

Itulah kerajaan pimpinan UMNO untuk tolong rakyat dan banyak lagi kita kena buat. Saya pun tidak mahu ulas terlalu panjang... banyak lagi perkara kita nak buat. Bab yang lain, saya tengok di sini, saya ambil perhatian perkara-perkara yang dibangkitkan oleh siding perwakilan sekalian.

Ada satu lagi projek yang saya ingin sebut di sini, 'My Beautiful New Home' , 'My BN Home' , ini pun subsidi RM20,000... rumah RM40,000, RM60,000 kos rumah... bayar balik dalam masa 20 tahun, RM200 sebulan sahaja, kita akan mulakan skim ini di Perak.

Datuk Zambry sudah bagi tanah, kita akan mula di Perak dan saya akan turun lancarkan projek ini yang pertama di Perak dan kita akan buat 5,000 unit tahun depan, tanah sendiri ataupun dapat kelulusan. Cuba kita bayangkan dapat rumah RM60,000, RM20,000 subsidi kerajaan, ini lah dia keprihatinan kerajaan pimpinan UMNO.

Jadi tuan-tuan sekalian, kita sedar bahawa ini semuanya adalah hasrat kita untuk majukan negara, bab-bab sebelah sana itu, dia ini memperkudakan antara satu sama lain, cuba kita tengok video ini.

Tidak payah saya jelas siapa guna siapa... sebab itulah saudara sekalian, jelaslah segala kudrat yang ada dengan seluruh keringat yang mengalir... kerajaan pimpinan UMNO tidak pernah kunjung jemu menabur jasa dan bakti. Segalanya bukan cakap-cakap kosong, tapi semuanya dibuktikan dengan prestasi dan rekod kita yang tidak boleh dipertikaikan.

Kita akan terus dengan komitmen kita untuk mensejahterakan rakyat, membangunkan negara, memakmurkan ekonomi kita sehingga kita dapat menjulang  Malaysia sebagai antara 20 negara teratas kedudukannya... kejayaan di dunia dalam tempoh waktu TN50 nanti. Insya-Allah... moga Allah memberi perkenan dan pertolongannya, taufiq dan hidayahnya kepada segala usaha UMNO dalam memimpin umat Islam, Melayu, Bumiputera dan rakyat Malaysia.

Saudara saudari,

Makanya wahai bangsaku, wahai UMNO partiku, masa yang berlalu takkan kembali lagi, kesempatan yang hilang tidak mungkin berulang berganti, inilah... inilah saatnya kita tidak boleh lagi mensia-siakan harapan anak cucu dan keturunan kita, kerana... kerana jika kita hilang anggota tubuh dalam perjuangan... itu tidak mengapa, namun jika kita hilang maruah bangsa dan UMNO yang tercinta, ertinya kita telah hilang segala-galanya.

Lantas agar Melayu terus gemilang, demi ummah kekal cemerlang, ayuhlah kita rapatkan saf dan berpadu teguh, demi UMNO... demi Islam... demi Malaysia. Walau seribu arah melintang, walau sejuta dugaan mendatang, jalan yang sukar kita rempuhi... kita rempuhi jua.

Hidup UMNO!

Hidup UMNO!

Hidup UMNO!

Hidup Barisan!

Hidup Barisan!

Hidup Barisan!

Hidup Malaysia!

Hidup Malaysia!

Hidup Malaysia!
Related Posts with Thumbnails