Calon Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan, berjanji akan berhubung dengan agensi persekutuan untuk membawa masuk lebih banyak dana untuk membangunkan Pulau Pinang, khususnya di Bukit Gelugor
Jika pengundi Bukit Gelugor memberi mandat kepada PCM. bersedia membuka tiga pusat khidmat masing-masing di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong yang terletak dalam parlimen Bukit Gelugor
Berikut adalah kandungan manifesto:
BERSAMA KITA MAJUKAN PULAU PINANG KE HADAPAN;
MEMBASMI DAN MELAWAN RASUAH DALAM BN DAN PR;
MEMBUKA TIGA PUSAT KHIDMAT DALAM BUKIT GELUGOR (SERI DELIMA,AIR ITAM DAN PAYA TERUBONG);
PERANG TERHADAP JENAYAH DAN MASALAH SOSIAL;
PERMOHONAN UNTUK DANA PERSEKUTUAN DARIPADA PELBAGAI KEMENTERIAN;
AUDIT TANAH KERAJAAN NEGERI;
LOBI UNTUK MEMBINA RUMAH KOS RENDAH;
PASTIKAN PENGUATKUASAAN KETAT DASAR PEMBANGUNAN DENGAN HUKUMAN YANG LEBIH BERAT;
MEMASTIKAN PENDUDUK PULAU PINANG MENIKMATI KUALITI HIDUP YANG BAIK DAN PEMBANGUNAN YANG MAMPAN *MENYELESAIKAN MASALAH KESESAKAN LALU LINTAS MELALUI PELAN INDUK PENGANGKUTAN YANG BERKESAN.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.