Sunday, November 14, 2010

ANUAR NAK JADI PM UNTUK APA..!!!,

Dalam satu artikel kolum berjudul "Tujuh Kesilapan", Timbalan Ketua Editor Sin Chew Daily, Lim Sue Goan menyenaraikan tujuh kesilapan yang dilakukan Anwar, menurut penilaiannya terhadap Anwar dalam tempoh lebih dua tahun kebelakangan ini.

Pertama, Anwar tidak respon kepada Program Transformasi Ekonomi yang diketengahkan oleh PM Najib;


Kedua, membiarkan semangat Pakatan Rakyat untuk terus menjunam;


Ketiga, tidak melaksanakan idealisme reformasi;


Keempat, organisasi Pakatan Rakyat yang lemah;


Kelima, Anwar tidak menggunakan pengalamannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk menggabungkan sumber politik yang ada di empat negeri Pakatan Rakyat, misalnya mengemukakan dasar penyelesaian ekonomi;


Keenam, gagal menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR;


Ketujuh, kekurangan daya pimpinan dan membuat pertimbangan.


Menurut Lim Sue Goan, Anwar memperlihatkan semangat yang tinggi sebelum 8 Mac 2008, tetapi amat berbeza setelah terjerat dengan kes mahkamah dan kegagalan rancangan 16 September 2008.

sumber dari : Media Permatang Pauh

arab nak komen: ini lah natijahnya kalu bernafsu songsang , tubuh KEADILAN pun kerana nak menjatuhkan kerajaan yang dah ada, dan terbukti yang terbaik, tak boleh menjadi PM kerana dendam kesumat hingga ke tulang hitam, tubuh parti lain, matlamatnya hanya satu, bu hook or by crook, nak jadi PM juga, helloooooo kalu hang jadi PM pun apa hang boleh buat anuar weiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, melainkan nak menghancurkan apa yang telah ada boleh laaaaaa!!!!!!!

DAP ada lah beruk makyeh!!!!!!!!

Siapakah yg terlibat dalam tunjuk perasaan besar-besaran di KL dan siapakah yg terlibat dalam tunjuk perasaan semasa kejatuhan Kerajaan DAP di Perak dan siapakah yg terloncat-loncat semasa sidang DUN di Perak??? Sekiranya Tiga ADUN DAP Pulau Pinanag yg mengatakan penunjuk2 perasaan adalah seperti Monyet, sebenarnya mereka dan pemimpin-pemimpin DAP lah monyet-monyet tua yg Kurang Ajar dan dan Ketua Menteri Pulau Pinang LGE adalah Bapak segala monyet iaitu Beruk Makyeh seperti gambar ni....

Monday, November 8, 2010

Karangan Terbaik UPSR tahun 2007,

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.



arab nak komen...sesekali meh kita lupakan kisah2 politik sejenak dan membaca karangan ini, untuk hiburkan hati,

Sunday, November 7, 2010

PRK GALAS menjadi SAKSI, pertembungan dua ustaz,


Sambil menunjukkan jari ke muka masing-masing

Mohd. Nor: Mu (kamu) la berkawan dengan DAP.

Nik Aziz: Oh, selagi UMNO berkawan dengan MCA... selagi UMNO berkawan dengan MCA.

Mohd. Nor: Yahudi nak berkawan dengan Nabi Muhammad masa di Madinah dulu.

Budak mencelah sambil menjerit suruh kedua-dua berhenti bertengkar: "Jangan gaduh!"

Mohd. Nor: Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini, siapa dia ahzab, siapa dia?

Mohd. Amar (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) meminta kedua-duanya bersalam.

Nik Aziz: Tak payah salam.

Mohd. Nor: Aku pun tok sir (tak mahu) salam dengan mu (kamu).

Nik Aziz: Aku tok sir (tak mahu).

Mohd. Nor: Kalu (kalau) masuk UMNO, aku dakap (peluk) denganmu.

Mohd. Amar minta Mohd. Nor bersabar kerana mereka datang bukan hendak berbahas.

Mohd. Nor: Sama dengan ambo (saya) pun.

Mohd. Amar: Kita bukan hendak berbahas, kita mari (datang) nak ziarah, kalau nak berbahas dengan ambo pun tak apa.

Nik Aziz pada ketika ini dilihat duduk atas kerusi tetapi Mohd. Nor kembali berdiri.

Mohd. Nor: Kalu (kalau) Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-generasi kita jadi anjing suruhan DAP.

Mohd. Amar: Kita bahas semula (kemudian).

Mohd. Nor: Semula tak semula pun, biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia.

Nik Aziz: Mu dulu (taubat), dulu mu orang Pas.

Mohd. Nor: Mu orang Pas juga, aku taubat dah hari-hari (setiap hari).

Nik Aziz mencelah lagi menyuruh Mohd. Nor bertaubat dulu.

Mohd. Nor: Hey, mu nak kafir (kafirkan) dengan ayat Wa'tasimu bihablillah hijamiia' wala tafaraqqu (surah Ali-Imron, ayat 103).

Mohd. Amar: Dengar dulu ambo nak ghoyat (cakap), duduklah.

Tetamu dalam rumah itu turut meminta Mohd. Nor duduk.

Mohd. Amar: Ustaz dengar ambo ghoyat, kita sama-sama di rumah orang, bukan rumah kita, malu ko (kepada) tuan rumah...mari (datang) dengan izin tuan rumah.

Mohd. Nor: Saya duk (datang) sini doh (dah), tuan rumah izin doh.

Mohd. Amar: Tak pe sebab itu kita tanya khabar lagu mana (macam mana), sama-sama tetamu kita buat adat sebagai tetamu.

Mohd. Nor: Adat Nabi Muhammad kalau nak kafir, lagu mana? Kalau nak munafik lagu mana?

Mohd. Amar: Lepas ini, lepas ini!

Mohd. Nor: Lepas ini, tunggu bila? Tunggu kafir (DAP) perintah Malaysia dulu...ahzab-ahzab ini, siapa ahzab Malaysia ini...panggil Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), panggil Ustaz Nik Aziz, bincang sesama Islam, jangan kembali kepada DAP dan PKR.

Nik Aziz kemudian bersembang dengan keluarga Omar.

thanks to penangwasabi. 

ini lah satu suasana atau keadaan yang paling menarik, PRK GALAS menjadi saksinya,

Friday, November 5, 2010

terconteng pungkok diri sendiri...

terconteng pungkok kat puak puak pas, pkr dan dap, 

Monday, November 1, 2010

PAS dan HUKUM HUDUD...... ada lah satu pembohongan,


Pas dan hukum hudud rasanya sudah berjuta kali kita bercakap hal ini, berpuluh bloggers telah menjawabnya, dah pemimpin pemimpin umno tak jemu2 memberi penerangan mengenai isu ini, penceramah2 juga telah berceramah di segenap pelusuk kampung menerangkan PAS dan hukum HUDUD,

apa yang arab nak bagitau kat sini, kita buat lah apa pun, kita dedahkan lah apa yang patut, penyokong2 pas tetap bersatu tidak berganjak walau seinci pun, kerana apa??? itu persoalannya,  kerana bagi mereka, matlamat mereka hanya satu, nak tumbangkan kerajaan yg di terajui oleh UMNO dah BN,

ada seorang bloggers panggungopera telah mendedahkan penyelewengan pemimpin pas, menjawab segala fitnah yang di lemparkan oleh wali selipar pas kepada pemimpin2 umno klik sini
Related Posts with Thumbnails