GEORGE TOWN: Permatang Pauh Umno division chief Datuk Abdul Jalil Abdul Majid said the Barisan Nasional candidate for Permatang Pasir Rohaizat Othman should have been honest with party leaders about his background and the issues surrounding his candidacy.
"If he had informed me (about all this), I would have objected to his candidacy ... instead, he chose to keep the truth to himself. "He was not honest and has put Umno and the BN in a bad light." Jalil said the division should, therefore, not be blamed for the Barisan Nasional's defeat in the Permatang Pasir state by-election on Tuesday.
In this regard, the division would also review Rohaizat's position as the Permatang Pauh division secretary, he said.Jalil also pointed out that Rohaizat's candidacy was not decided by the division leaders.
nst
Sudah banyak saya menulis tentang Rohaizat iaitu pada 19hb Ogos 2009 dan 21hb Ogos 2009.Disebalik sokongan yang saya beri kepada Rohaizat dalam tulisan saya, sebenarnya ada usaha dari 15hb Ogos 2009 lagi supaya Rohaizat tidak dijadikan calon BN di Permatang Pasir kerana sudah tahu isu yang ada disekelilingnya.
Pada 15hb Ogos 2009 YAB TPM Tan Sri Muhyudin berada di Kuantan untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar secara berkelompok. Pagi itu saya menerima message melalui Facebook dari Cucu Tok Selampit sebegini
"DSN, nak minta tolong. Saya check calon kita pernah kena denda dengan Bar council seperti berikut:Order under Section 103D LPA 1976 Rohaizat bin Othman - 7 March 2008 (Struck Off) Saya tidak faham maksudnya dana apa maksud struck off. Harap Dato' tolong jelaskan. Saya pasti perkara ini akan dimainkan oleh pembangkang. Kita kena prepare dulu. Linknya sini :http://www.malaysianbar.org.my/disciplinary_orders/
_disciplinary_orders_january_march_2008.html"
Saya panjangkan makluman itu kepada YAB MB Pahang yang berada bersama dengan YAB TPM dengan harapan supaya calon lain dicari untuk gantikan Rohaizat. Malangnya, apabila maklumat dari saya itu diterima, TPM meminta pandangan dari Lawyer UMNO. Lawyer Umno mengambil pendekatan yang sangat jauh lari dari sasaran apabila menasihatkan bahawa Rohaizat layak bertanding dan pencalonannya tidak akan ditolak oleh SPR walaupun ada tindakan disiplin oleh Majlis Peguam. Begitulah keadaannya apabila Lawyer Umno "cannot see the woods from the trees!"
Rohaizat tetap dicalonkan dan memang betul pencalonannya tidak ditolak. Mula dari hari pertama kempen sehinggalah ke hari akhir, Pas terus bawa isu Rohaizat "struck off" oleh Bar Council atas kesalahan seleweng duit pelanggan.
Pada 20hb Ogos 2009 jam lebih kurang 11.55 malam, saya dapat panggilan telefon dari rakan sejawat yang berkhidmat dengan TPM, mengatakan Rohaizat baru sahaja selesai berucap di Pentas Pemuda menafikan dia ada isteri kedua. Rakan itu minta tengok rekod di Mahkamah Syariah Pekan Pahang kerana sebenarnya Rohaizat telah daftarkan perkahwinan kedua itu di Pekan Pahang! Apakan daya saya di waktu tengah malam itu? Satu lagi non-disclosure dilakukan oleh Rohaizat! Kenapa Rohaizat suka besembunyi? Rayuan tentang hukuman Majlis Peguam yang telah dibuat ke Mahkamah Tinggi Penang pun disembunyikan. Isteri kedua pun disembunyikan. Mungkin dia takut B1N1 ! Tapi dalam PRK, B1N1 tidak penting! Minta maaf sahaja lah kalau susah sangat untuk minta izin!
Nah...kedua-dua isu itu dimainkan oleh Pas dan tiada lagi dalam sejarah PRK sejak 10 tahun saya menjadi Setiausaha Politik, BN terpaksa menyelesaikan isu peribadi calon sehingga tiada masa untuk bincang atau selesaikan isu di kawasan pilihanraya itu.
Siapa kah yang silap dan siapakah yang harus "hara-kiri?" Kita semua tahu dan orang yang mati-mati hendakkan Rohaizat terus bertanding sebagai calon sepatutnya selepas ini tidak lagi menjadi pemimpin kita. Mereka patutnya sudah mati akibat harikiri! Tidak terkecuali Lawyer Umno dan Pengerusi Umno Pulau Pinang! "Don't kill the messenger!" kalau UMNO mahu terus mahu hidup lama lagi !..
Komen Pisau:
Sebenarnya Pisau tidak mahu membuat komen,tetapi memandangkan Datuk Jalil memilih media tanpa berfikir panjang dan untuk mengkambing hitamkan calon,maka inilah masa yang sesuai teguran patut dibuat.
Sejak dari awal lagi sebelum pilihanraya, perkara ini harus di perhalusi, buat Datuk Abdul Jalil,seharusnya bukan Rohaizat di persalahkan,tetapi kamu harus dipertanggungjawabkan dan seluruh bahagian Permatang Pauh. Kerana kamu dan 4 orang lagi puncanya Umno berpecah ,ini termasuk Ustaz firdaus,Cikgu Zaidi,Arif Shah dan Ahmad Saad. Kamu berlima bersama penyokong masing masing tak sedar diri,sepatutnya kamu semua letak jawatan atau pun undur diri dari politik,dan berikan kepada muka baru.Tidak ada faedah nya berpuak puak,setiap kali berlakunya pilihanraya di Permatang pauh,isu yang sama pasti akan berlaku,pasti ada antara kamu akan memboikot jika calon bukan dikalangan kamu atau orang suruhan kamu .
Datuk Jalil ,kamu sudah lama memegang jawatan di Umno Bahagian,tiada satu pun kebaikan yang kamu bawa,melainkan perpecahan yang tidak berpenghujung.Dan jangan cuba kambing hitamkan Rohaizad atas kegagalan kamu sebagai seorang pemimpin bahagian.
Datuk Jalil,kenapa tidak mengusulkan agar kamu sendiri meletak jawatan apabila gagal menang di Dun penanti?Banyak sebab kamu kalah kalau nak disenaraikan.
Buat ketua Pemuda,sedar sedarlah sama, Cikgu Zaidi juga puncanya perpecahan,tiada istiqamah didalam perjuangan, jangan hanya beretorik yang tak kemana,pemuda permatang pauh lumpuh dan tiada semangat, sepatutnya taburlah semangat bersatu padu jangan hanya kerana ketua pemuda tidak terpilih kamu semua buat kerja sambil lewa dan anak anak muda di anak tirikan.
Ada ketua pemuda cawangan didalam bahagian Pmtg Pauh tidak keluar langsung,katanya buat apa keluar bantu berkempen kerana tidak berkepentingan kerana calon bukan wakil pemuda.
Prihatinlah kepada budak budak pemuda umno,jagalah mereka yang masih memberi sokongan,janganlah layan mereka seperti barua,mereka sanggup berembun,basah kuyup ,berjaga dan ambil cuti semata mata mahu berjuang.
Pisau cadangkan agar Umno Pusat membubarkan Bahagian Permatang Pauh atau pun mengambil alih pentadbirannya, mereka yang tidak mampu dan merosakkan parti dari dalam harus keluar ataupun di pecat.Runtuhkan saja bangunan bahagian permatang pauh,bina yang baru,selagi berdirinya bangunan itu,selagi itu lah terpalit sejarah kotornya anwar ibrahim dan betapa tidak cekapnya pimpinan yang ada sekarang.
Sepatutnya Umno berkemampuan untuk menang di Permatang Pasir, tetapi hanya kerana perangai segelintir pemimpin di peringkat bahagian,peluang untuk menang terlepas.Kempen PAS hanya menyerang peribadi calon,langsung tidak menyentuh apa yang boleh PAS buat untuk Permatang Pasir.Peluang ini tidak diambil dengan baik oleh Umno .Sedangkan PAS bertanding diambang krisis dan tidak mendapat bantuan daripada pkr dan dap.
Kenapa ahli Umno sendiri tidak keluar mengundi ,dikhabarkan hampir 5oo ahli umno tidak keluar mengundi,adakah ini satu protes?Protes kepada siapa?Jika keseluruhan pengundi putih dan kelabu keluar pasti umno mampu menawan permatang pasir,tetapi malangnya jentera kali ini bukan buat kerja untuk menang,tetapi buat kerja untuk kalah.
Kenapa setiap kali pilihanraya baru kelam kabut mencari data pengundi? sejak tahun lepas sudah berapa kali pilihanraya? mana data pengundi? mana profiling pengundi? masih gunakan yang lama?Kenapa baru tibanya pilihanraya permatang pasir soal pengundi hantu baru timbul? Itu tandanya tak buat kerja
Buat Ahli Umno Permatang Pauh, jika anda lebih sayangkan parti dari individu,baik anda cadangkan agar mereka yang membuat onar di bahagian ditendang keluar atau desak agar letak jawatan.
Berubahlah atau diubah atau rebah!
Buat pengerusi perhubungan negeri Ds Zahid,inilah realiti politik pulau pinang dan permatang pauh terutamanya. Anda harus ambil tindakan yang tegas dan buat rombakan drastik jika mahukan kemenangan.
Selagi kamu semua berpecah belah,lebih baik jangan bertanding apabila adanya pilihanraya.
BUANG MASA!BUANG DUIT!
DAN BUAT PAKATAN HARAM DI PERMATANG PAUH,ANDA MEMANG LAYAK MENANG ATAS SEMANGAT RAJIN FITNAH & SEMANGAT BERSATU PADU ANDA!
Kata orang PAS,Umno dah nak mampus, ini bukti dia. kalau tak sedar sedar jugak, memang PRU13 UMNO boleh mampus.!
Ini ubat dia,pahit bukan!
JANGAN SOKONG MEMBAWA REBAH!PADAH AKIBATNYA.KALAU TAK BETUL HARUS DITEGUR!
Kalau rasa kecewa dengan UMNO lebih baik tegur ,tapi mahukah mereka ini dengar?
dont kill the messenger!
Pisau kata " Permatang Pauh jadi menatang pauh,tak guna buat post mortem,mayat yang selalu kena post mortem pun hancur jadinya, "
sumber dari facebook megat pisau,