Thursday, May 17, 2012

TUNKU AZIZ TIDAK AKAN MENGADAIKAN MARUAH, DIA MALU..!!!!

Ketua menteri paling cilaka dan lidah biawak memang mengamalkan rasuah tegar. sepanjang yang arab tahu. dia pernah cuba merasuahkan beberapa pihak untuk menutup kejahatan kepimpinannya dalam DAP. Tungku Aziz memang patut rasa malu kerana mempunyai pemimpin seperti guan eng lidah biawak dan memang patut dia keluar dari parti DAP.

Patutlah Tunku Aziz tidak percaya dan menganggap Lim Guan Eng DAP tidak patut dihormati walau sedikit pun. Lim Guan Eng seorang kaki putar belit dan lidah biawak.

Dalam entri terbaru kroni tegar Lim Kit Siang DAP itu, Guan Eng dengan tanpa malunya menulis 'serta boleh menerima perbezaan pendapat dengan DAP' tetapi siapakah yang melenting meroyan berlebihan apabila Tunku Aziz tidak bersetuju dengan demo jalanan Bersih 3.0?

Bukan Lim Guan Eng kah?

Di dalam entri tersebut Guan Eng DAP dengan tebal muka tak tahu malunya menulis kononnya 'memberi ruang yang luas dan tempat' untuk Tunku Aziz! Sungguh memalukan!

Entri Guan Eng DAP : Apabila mengumumkan perletakan jawatannya daripada DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim telah menyatakan “perbezaan pendapat” sebagai sebab, atas perselisihan dengan pendirian rasmi DAP untuk menyokong Bersih 3.0 dan menyertai protes “duduk-bantah” di Dataran Merdeka untuk menuntut pilihan raya bersih, bebas dan adil. DAP memberi ruang yang luas dan tempat untuk Tunku Abdul Aziz untuk kekal sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan serta boleh menerima perbezaan pendapat dengan DAP atas usaha Bersih untuk membuat protes “duduk-bantah” di Dataran Merdeka untuk menuntut pilihan raya bersih.
Dan untuk menguatkan lagi sikap biadap Lim Guan Eng terhadap Tunku Aziz ialah beliau seolah-olah tidak serius dan berusaha untuk dapat berjumpa dengan Naib Pengerusi DAP tetapi sebaliknya hanya merujuk kepada laporan portal pro-pembangkang yang banyak kali kantoi kerana berbohong di dalam laporan mereka.

Ironinya, wartawan dapat bercakap dengan Tunku Aziz tetapi Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang mendakwa 'gagal' untuk menghubungi Naib Pengerusi DAP itu! Come on la Guan Eng.....ada orang mau percaya ka alasan anda itu?

Mengikut laporan Malaysiakini, Tunku Abdul Aziz telah menyatakan bahawa akibat perselisihan pendapat secara terbuka dengan DAP, beliau sendiri tindak ingin dicalonkan semula sebagai senator Pulau Pinang selepas tamat tempoh perkhidmatannya pada 30 Mei 2012, dan juga menyatakan bahawa beliau tidak diberhentikan daripada jawatannya dalam Dewan Negara oleh DAP. Tunku Aziz juga telah mencadangkan kepada pimpinan parti supaya “mengambil tindakan tatatertib yang setimpal dengan ahli-ahli lain” kerana menyuarakan pendapatnya yang berbeza. Oleh sebab tindakan tatatertib tidak diambil, beliau mengambil keputusan untuk letak jawatan daripada DAP untuk mengelakkan malu.

terima kasih dr MIM

0 comments:

Related Posts with Thumbnails