Friday, April 15, 2011

UMNO masih main PLAY SAVE walaupun Anwar tiada kredibiliti...


KUALA LUMPUR 14 April – Pengendali laman web antikerajaan, Raja Petra Kamaruddin muncul dalam siri kedua temu bual eksklusif malam ini dengan menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hilang kredibiliti sebagai seorang pemimpin.

Raja Petra yang merupakan salah seorang rakan karib Anwar menegaskan, dalam pembangkang pun Anwar tidak dihormati.

Pengendali laman web Malaysia Today itu dalam temu bual bersama Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah berkata, janji-janji kosong, krisis dalaman yang tidak berkesudahan dalam pembangkang serta masalah peribadi yang dihadapinya sudah cukup untuk rakyat menilai kepimpinan Anwar.

Situasi itu kata beliau, menimbulkan satu persoalan bagaimana Anwar boleh memimpin negara.

‘‘Jadi di sini nampaknya Anwar gagal menjaga parti pembangkang dan menjaga pemimpin-pemimpinnya. Alasan yang diberi ialah bagi kebebasan bersuara.

‘‘Tetapi itu pun tak betul sebab apabila ada sesiapa yang mengkritik pemimpin, dia ambil tindakan terhadap mereka. Kebebasan tidak diberi,’’ katanya dalam temu bual yang disiarkan dalam Buletin Utama malam ini.

Raja Petra yang menghilangkan diri sejak sekian lama, semalam muncul dengan pengakuan bahawa beliau tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya Raja Petra menegaskan, beliau berbuat demikian kerana didesak dan dipengaruhi oleh beberapa individu yang tidak mahu melihat Najib menerajui kepimpinan negara sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Mengenai pembangkang, Raja Petra berkata, parti-parti pembangkang tidak boleh bersatu kerana berlainan ideologi.

Beliau mengambil contoh kerajaan negeri Selangor yang menyaksikan perselisihan faham antara Pas, DAP dan PKR yang amat ketara.

Di Selangor, katanya, Exco kerajaan negeri, Datuk Dr. Hassan Ali mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja berbeza dengan kerajaan negeri berhubung isu penjualan arak tetapi di kalangan pemimpin Pas sendiri.

‘‘Hassan Ali kata ini dasar Pas. Pas pula kata bukan, itu pandangan peribadi Hassan Ali. DAP pula kata tak boleh, hingga kecoh.

‘‘Dalam isu penjualan arak misalnya, orang sudah keliru. Boleh ke tak? Yang ini kata boleh, yang ini kata tak boleh. Yang ini kata rampas, yang ini kata serah balik, tak boleh rampas. Jadi apa polisi sebenar dalam isu ini?,’’ soalnya lagi.

Menurut Raja Petra, sebagai Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Selangor, Anwar tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu dan menjelaskan apa dasar sebenar dalam isu penjualan arak.

‘‘Tetapi Anwar diam, bagaimanapun di bawah pula bergaduh sesama mereka. Ini bukan contoh kepimpinan yang baik. Pemimpin sepatutnya tahu mengawal orang di bawahnya.

‘‘Selepas tiga tahun berkuasa di beberapa negeri, rakyat sudah boleh menilai prestasi pakatan pembangkang.

‘‘Ramai yang memberitahu saya mereka sudah disillusioned. Mereka sudah tidak yakin dengan pembangkang,’’ tegasnya. 

Sumber dari - utusan malaysia.


Komen Arab :JMM telah membuat laporan polis berhubung kenyataan RPK ada 4 orang yang mendalangi konspirasi fitnah menghalang dato seri najib menjadi perdana menteri.  KLIK SINI 

bloggers 2 pro umno dan kerajaan telah memainkan peranan begitu konsisten, momentum masih berterusan,

sayangnya orang UMNO hanya memandang sepi pada isu begini. tiada seorang pun dari mana mana ketua umno bahagian yang berani ke depan untuk memberi sebarang ulasan, persoalannya sekarang adakah mereka takut atau di arah supaya tutup mulut,( TAK KAN LAH NAK SURUH UMNO BAYAR KOT KAT HANGPA BARU NAK CAKAP, RAKYAT DAH MENYAMPAH LAH NGAN PERANGAI HANGPA NIE.)

Pemimpin UMNO harus tampil ke depan untuk menjawab,, jangan bersikap "play save" .

Antara ketua umno bahagian yang berani memberi ulasan ialah Datuk Wira Syed Ali Alhabshee Ketua UMNO bahagian Cheras,KLIK SINI 

 

0 comments:

Related Posts with Thumbnails