Tuesday, March 27, 2018

KERAJAAN DAP PULAU PINANG NAIK KAN HARGA GILA BABI

Ini yang berlaku di Pulau Pinang. Yang paling jelas ialah kos pembangunan untuk projek-projek perumahan di negeri ini telah meningkat sebanyak RM130 sekaki persegi.

Ianya mengakibatkan peningkatan harga rumah hingga rakyat Pulau Pinang hanya mampu melihat bukannya mampu miliki rumah.

Sebelum ini, caj pembangunan untuk hartanah kediaman ialah RM5 setiap kaki persegi dan RM7 kaki persegi untuk hartanah komersil.

Selepas DAP mentadbir negeri, ianya meningkat masing-masing RM15 dan RM21.

Peningkatan melampau ini yang didedahkan oleh Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang.

Selain daripada itu:
1. Caj untuk Surau dan kemudahan komuniti meningkat dari RM25 setiap kaki persegi (ketika BN mentadbir) kepada RM500 setiap kaki persegi (DAP mentadbir).

2. Caj saliran meningkat dari RM10,000 satu ekar kepada RM50,000 setiap ekar.

3. Caj tempat letak kereta dari RM15,000 setiap bay kepada RM25,000 setiap bay.

4. Caj perumahan kos rendah daripada tiada (ketika BN mentadbir) kepada sebanyak RM120,000 untuk pemaju Pulau Pinang atau RM150,000 untuk pemaju bukan Pulau Pinang (DAP mentadbir).

5. Caj untuk tadika sebanyak RM500 per kaki persegi. TIADA caj ini di bawah kerajaan BN.

6. Menaiktaraf jalan sebanyak RM15 kaki persegi.TIADA caj ini di bawah kerajaan BN.

7. Caj perumahan mampu milik sebanyak RM200,000 per unit (min 750 kaki persegi) dan RM300,000 per unit (min 850 kaki persegi). TIADA caj ini di bawah kerajaan BN.
Kenaikan caj-caj yang melampau ini sudah pasti akan terpaksa ditanggung oleh rakyat bukannya pemaju perumahan. Pemaju mahukan keuntungan sebanyak yang mungkin.

Peniaga kecil juga dizalimi apabila caj gerai meningkat daripada RM25 kaki persegi (RM3,000 per gerai) kepada RM58,000 per gerai (DTL) dan RM35,000 per gerai (DBD)!

Disebabkan kerajaan DAP memeras rakyat sebegitu zalim, Zainal Abidin berkata Barisan Nasional (BN) akan mengkaji semula keperluan yang dikenakan ke atas pembeli rumah dan pemaju oleh kerajaan DAP jika BN menang semula negeri itu pada PRU-14 ini.

Tidak seperti kerajaan DAP yang tidak pernah mendengar suara rakyat, BN akan menubuhkan sebuah jawatankuasa kerja terdiri daripada stakeholerders, agensi kerajaan, pihak berkuasa merancang, majlis tempatan, persatuan pemaju perumahan, kumpulan pembeli rumah dan pertubuhan bukan kerajaan akan terlibat untuk mengkaji semula keperluan.

Zainal Abidin berkata beberapa keperluan akan dimansuhkan dan dipinda, mengikut jenis perumahan.
"Jika BN mula berkuat kuasa selepas PRU-14, kita akan membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat.

"Itu adalah keutamaan kami," kata Pengerusi Umno negeri ini.
Rakyat telah memberi masa 10 tahun tetapi kerajaan DAP ternyata gagal malah telah menimbulkan pelbagai masaalah yang mencekam rakyat negeri.

Tanah dan bilion ringgit wang rakyat juga digadai oleh kerajaan DAP tanpa kawalan.

Kerana itu, PRU14 adalah masa terbaik untuk rakyat Pulau Pinang 'mengajar' dan menolak kerajaan DAP.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails