Tuesday, December 4, 2012

SYED AZMI PEMIMPIN UMNO "MENINGGAL DUNIA" TETAPI MANA KUBURNYA..@NajibRazak @dzainalabidin @Khairykj .

nama Syed Azmi ini adalah salah seorang pemimpin yang tidak patut kita lupakan, sejarah "mamu" ini dalam umno pulau pinang seolah olah cuba di padamkan oleh umno bahagian tanjung. kenapa jadi macam itu sekali, ianya seolah olahnya cuba menafikan hak ahli umno yang telah lama berjuang di dalam umno pulau pinang hanya kerana beliau sokong orang yang telah kalah di dalam bahagian. 

jawatan syed azmi di dalam bahagian paling tinggi ialah

  • no ahli umno : 00480240
  • ahli jawatankuasa pemuda bahagian, 
  • setiausaha pemuda umno bahagian,
  • ahli jawatankuasa umno bahagian 
  • dan pernah bertanding sebagai timbalan pengerusi tetap pemuda umno malaysia pada tahun 2008. 

melihat jawatan yang pernah di pegang, mana mungkin nama besar seperti ini boleh di padamkan begitu sahaja. syed azmi menjadi ahli umno pada tahun 13.1.1989. selepas pemutihan tahun 2010 nama dia telah di singkirkan. ini yang telah di cerita kan oleh beliau kepada arab sewaktu berjumpa di PWTC baru baru ini. 

arab sendiri telah membawa dia untuk membuat pengesahan di kaunter membuat kad ahli umno. bilamana dia mengisi borang tersebut dan  di buat semakan, nama syed azmi tidak ada dalam rekod ahli umno membuatkan kami tertanya tanya kenapa jadi macam itu. urusetia di kaunter itu menyarankan kepada kami supaya membuat surat rayuan. ini semua kerja gila, syed azmi bukan di pecat ahli umno tetapi telah di buang namanya sewaktu pemutihan. 

Proses pemutihan ahli UMNO didakwa telah disalahgunakan oleh pihak tertentu adakah ini salah satu sabotaj di dalam umno bahagian tanjung?? kita sibuk memperkukuhkan barisan didalam umno tetapi ada pulak yang sedang membuat perancangan dalam senyap membuang ahli ahli umno yang bakal mengugat kedudukan mereka di dalam umno bahagian. kata syed azmi. 

Majlis Tertinggi (MT) Umno telah  membuat keputusan untuk mengeluarkan seramai 380,000 ahli yang tidak dapat dikesan termasuk meninggal dunia menerusi proses pemutihan senarai keahlian di semua peringkat bahagian, dalam 380 ribu itu adakah nama syed azmi juga ada dalam itu. kalau syed azmi telah meninggal mana kuburnya wahai datuk ketua umno bahagian tanjung.



0 comments:

Related Posts with Thumbnails