Thursday, February 23, 2012

SEMUA NAK JADI HERO AGAMA dan BANGSA,,,,,!!!!!

Satu lagi NGO bernama Jati baru dilancarkan pertubuhannya. Jati bertujuan, katanya, untuk mempertahankan "Islam, Melayu dan Raja".

Pertahankan Islam.

Jelas sekali dinegara kita ini ada banyak pertubuhan-pertubuhan, kerajaan dan bukan kerajaan, yang hendak "mempertahankan" Islam. Kalau saya hendak catitkan kesemua badan-badan ini disini, ia akan berjelar-jelar panjangnya! dalam senarai ini belum lagi termasuk kesemua jabatan-jabatan Islam disetiap Negeri.

"Cita-cita" untuk mempertahankan Islam ini mungkin boleh menimbulkan pelbagai persoalan, termasuk "mengapa Islam perlu dipertahankan, adakah ianya dicabar?", "dicabar oleh siapa?", "nak pertahankan dengan kaedah macam mana dan untuk siapa?", "Islam fahaman mana yang nak dipertahankan dan kenapa fahaman tersebut", "siapa yang memberi otoriti kepada pihak-pihak berkenaan untuk 'pertahankan Islam?' dan sebagainya.

Dengan begitu banyaknya pihak-pihak yang "mempertahankan Islam", adakah pengetahuan dikalangan Muslim berkaitan dengan isi kandungan Al-Quran itu telah meningkat sekian lama? Jika jawapannya tidak, apakah ada sebarang usaha dibuat untuk menkaji mengapa perkara ini berlaku? Apakah individu Muslim itu tidak terpanggil dengan sendiri nya untuk berusaha memahami isi kandungan Al-Quran tanpa pertubuhan-pertubuhan ini atau sering kali memerlukan dimotivasikan oleh orang-orang lain?

Mempertahankan Melayu

Ini menjadi lagi bermasalah bagi sau pertubuhan yang mengatakan mahu mempertahankan Islam tetapi juga kaitkan perjuangannya dengan "Melayu". Adakah ini bermakna bahawa pertubuhan ini tidsak akan "mempertahankan" hak-hak dan kepentingan Muslim yang bukan Melayu? Bagaimana pula dengan hak-hak bukan Melayu bukan Muslim yang ditindas? Islam dari segi ajaran Al-Quran amat jelas bahawa ia menjanjikan keadilan kepada semua makhluk (bukan sahaja manusia) tanpa mengira agama dan bangsa..

Satu lagi persoalan yang timbul ialah: adakah penubuhan Jati ini menampakkan ketidakyakinnya sebahagian orang Melayu kepada UMNO untuk membela nasib mereka? Perkasa juga ditubuh bagi menjaga kepentingan Melayu amnya. Apakah Perkasa juga dikira tidak efektif? Megapa tidak bergabung sahaja dengan UMNO jika UMNO dirasakan sebagai efektif dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu?

Persoalan lagi ialah: adakah penubuhan Jati ini akan mengelirukan serta mencairkan "perpaduan sosio-politik" orang Melayu kerana terdapatnya begitu banyak pertubuhan yang bermotifkan mahu "menjaga kepentingan orang Melayu?"

Saya cuma berharap ini bukan lah satu lagi kaedah untuk memperalatkan label "Islam" dan "Melayu" untuk mencapai kepentingan peribadi.

"Melayu berani pukul orang melayu"

0 comments:

Related Posts with Thumbnails